Tuesday 11 December 2012

Formal pulak boleh ?


Lama jugak saya tak update kan. Dah sebulan lebih. Sedar-sedar je eh, lamanya baru perasan. Hehe. Sorryy.

First and foremost, alhamdulillah blog ni dah setahun lebih usianya. Dan alhamdulillah jugak rasanya setakat ni tak ada lah saya post yang merapu-rapu sangat. Isu peribadi juga saya tak kan post, nama lagi peribadi kan. Ehhee. So, kali ni saya bercadag nak post isu FORMAL. 

Isu formal yang dimaksudkan adalah macam mana sistem belajar dekat medical college, spesifiknya RCMP. Sebenarnya saya dah letih dah nak jawab banyak kali benda yang sama. So, lain kali kalau orang tanya saya bagi link entry ni je la boleh?

Royal College of Medicine Perak (RCMP) adalah satu kolej perubatan yang unik. Sistem belajarnya adalah sangat menarik. RCMP juga boleh dikategorikan sebagai private college sebab bukan under mana-mana IPTA. Dulu RCMP ada juga collaboration dengan UM tapi bermula 2012 RCMP telah melahirkan anak sulung solid RCMP sendiri, no more collaboration dengan UM. InsyaAllah, after 5 years time, saya adalah salah seorang graduated MBBS programme batch ke 6 daripada RCMP. Doakan ye ^^

Di RCMP program yang ditawarkan hanya lah yang berkaitan medical field sahaja. Terdapat beberapa program diploma tapi untuk degree hanya 1 iaitu Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (MBBS). Manakala diploma ada radiography, physiotheraphy, nursing dan pharmacy. Mostly student dekat RCMP akan dapat tajaan atau pinjaman daripada MARA. 

Okayy let me talk about MBBS, sebab tu je yang saya tau. Hee. Lagi spesifik MBBS first year.

Saya terdetik nak tulis pasal ni sebab kadang-kadang orang selalu tanya, bila cuti??? Haa kalau dah tanya pasal cuti ni lah kena bukak cerita panjang lebar sikit.

Lets the story begin ...

MBBS program hanya ada satu intake iaitu July every year. Dan saya register dulu pun 1 July 2012. After registration selalunya ada orientasi kan dan port biasa RCMP bawak student pergi orientasi adalah kat Pulau Pangkor. Secara tak sengaja dapat lah jugak jejak kaki kat Pangkor kan, tempat Senario buat movie.
Sistem belajar pulak kami tak guna sem. So, kalau orang tanya cuti sem bila saya cakap tak ada sebab memang betul tak ada cuti sem. Bunyi macam sedih tapi itu lah hakikat. Pernah sekali saya nak sangat balik rumah sampai sanggup balik walaupun tak sampai 24 jam berada kat rumah. Pastu dah kena balik Ipoh semula. Huhu.

Untuk 1st year, kami belajar 6 module :

Module 1 : Foundation of Medical Study 1 (FOMS 1)                              7weeks
Module 2 : Foundation of Medical Study 2 (FOMS 2)                              7weeks
Module 3 : Haematology, Immunology, Genetics, Oncology (HIGO)         6weeks
Module 4 : Introductory Clinical Exposure (ICE)                                       3weeks
Module 5 : Cardiovascular Module                                                           5weeks
Module 6 : Respiratory Module                                                                5weeks

Setiap habis satu module akan ada exam End of Module (EOM) kecuali bagi module ICE. EOMs pula dikira sebagai continuous assesment di mana result exam akan menjadi carry marks utk Final Exam, pada bulan April 2013 nanti. Minimum passing mark adalah 50%. Even kalau dapat 49.9% tetap dikira fail! Semua modul ni akan belajar melalui lecture, tutorial dan lab kecuali ICE. 
ICE adalah satu module istimewa. Hari ini, 10/12/12 adalah hari pertama untuk module ICE kami. ICE adalah satu-satunya module di mana kami tak ada lecture langsung. Selama 3 minggu kami hanya perlu buat visit visit dan visit dan memenuhkan ruangan logbook yang diberi. Modul ni sebenarnya nak beri kami sedikit exposure tentang clinical years tapi untul modul ni tak lah secara detail lagi. Masih ada lagi tempat yang kami tak pergi. Nama lagi introduction kan. So, sikit-sikit dulu lah. Kalau 5-5 modul tu kami sarat dengan lecture exam lecture exam, so ICE ni kami relax lah sikit. Just buat visit. Beberapa tempat yang group saya kena visit adalah :
- psychiatry
-ward 2A (surgery ward)
-klinik kesihatan Jelapang
-general practitioner (klinik persendirian di Bercham)
-health education unit
-physiotheraphy
-occupational therapy
-radiology
-dialysis
-lab
-mortuary
-accident & emergency
bukan visit :
-be a patient
-clinical skill
-community

Modul ni seronok sebab dapat masuk hospital. Kalau ikut schedule contoh sehari ada satu visit sahaja, dan satu visit dah ditetapkan 2 jam sahaja, sebab tu lah banyak free time. Boleh update blog and bercerita pasal visit nanti. Hewhew. Hari ni saya dah pergi A&E department. Tapi cerita bukan sekarang kot sebab dah panjang lebar post ni.
Berbalik kepada jadual tahunan 1st year, dalam masa setahun hanya 2x akan diberi cuti selama seminggu dan sekali cuti selama sebulan. Cuti seminggu tu sekali before raya puasa hari tu dan sekali lagi akan cuti masa raya cina nanti. Bila dah bercampur dengan public holiday tak terasa sangat lah kan cuti tersebut khas untuk kita. Huhu. Cuti sebulan tu pulak adalah cuti after final exam bulan 4 nanti. Sebenarnya, student akan dapat cuti ni hanya kalau dia pass exam. Contoh if final adalah hari isnin sampai jumaat. Students still kena stay sebab result akan keluar hari isnin. InsyaAllah kalau pass alhamdulillah dapat balik rumah dan cuti dengan senang hatinya selama sebulan dan cuma perlu tunggu untuk register 2nd year pulak after sebulan tu. Tapi, if student tu fail, dia akan diberi masa 3 minggu untuk study dan struggle balik sebab pada minggu ke4 dia akan menduduki final exam sekali lagi yang digelar sebagai supplement exam. Bagi yang pass supplement, dia dapat proceed ke 2nd year tapi bagi yang fail supplement dia terpaksa repeat balik the whole 1st year. Hahh tu la ceritanya kalau tanya pasal cuti kami. Cuba bayang kalau yang kena supplement tu, belajar 2 tahun berturut-turut tanpa cuti panjang. Fuhhhh. Nauzubillah.
Ada lagi yang saya nak cerita pasal sistem menarik kat RCMP. Kami ada ILA dan CAS. ILA stand for Integrated Learning Activity dan CAS adalah Community Attachment Scheme. Both bawa carry mark untuk final. Secara briefly (sebab macam dah malas nak explain, lain kali kalau saya rajin saya update) ILA adalah discussion ilmiah among group member tentang sesuate case/disease yang telah diberi. After discussion, ada test, tu yang bawa carrymark. Kat sini kita banyak belajar untuk tingkatkan self-confidence. 
CAS pula adalah visit ke rumah patient utk tahu tentang history dia. Setiap group kena buat 3x visit and setiap visit kena buat presentation depan tutor a.k.a doctor. At the end of the visits, kena buat individual report. Kat sini pula kami banyak polish communication and soft skill.
Sama jugak masa ice, visit bagai2 tu kena pandai communication skill la. Kalau tak kosong je la logbook, markah pun tak dapat. Huuu. Dan diingatkan setiap visit adalah tanggungan dan transport sendiri. Lagi lah wuwuwuwuwuwu. Kat sini lah sememangnya perlu transport. Huhu. 
InsyaAllah doakan saya rajin update dan share apa yang saya dapat sepanjang modul ICE ni ! ;)



Enjoy your holiday dengan penuh manfaat ye !

1 comment:

  1. Kalau contohlah kita fail kelima2 end of module test tu, dia tetap bagi 2nd chance ke untuk amik balik test module2 tu?

    ReplyDelete