Wednesday 24 October 2012

2 Niat :)

Bismillahirrahmanirrahim
At last, saya dah tau nak tulis apa. Hehe.

NIAT.

Alhamdulillah saya dah pasang dua niat untuk tahun depan. Mungkin agak jarang untuk mendengar remaja seusia saya melakukannya tapi saya berharap insyaAllah cita-cita saya akan tercapai. Seawal usia 20 tahun (insyaAllah kalau dipanjangkan umur) sekurang-kurangnya saya telah meletakkan satu matlamat yang bukan omong kosong dalam hidup saya. Niat saya untuk berkongsi di sini bukan lah untuk riak dan menunjuk sebaliknya berharap agar kalian semua dapat sama-sama berusaha mencapai apa yang menjadi cita-cita kita sebagai seorang muslim. 2 niat saya ini juga sebenarnya diusulkan oleh abah :)

1) Tahun depan insyaAllah saya akan cuba meluangkan masa untuk mendaftar kepada pihak Tabung Haji bagi menunaikan ibadah haji. Abah sarankan kami adik-beradik untuk mendaftar pada usia yang muda, sekurang-kurangnya apabila giliran telah tiba, taklah kami dah tua dan kurang berkemampuan dari segi fizikal. Juga dengan mendaftar awal, kita masih berpeluang untuk mengumpul wang sementara menunggu masa itu tiba. Jadi tak salah kan daftar awal-awal. Tapi mungkin ada lah sejumlah amaun yang perlu ada dalam bank sekiranya ingin mendaftar :)

2) Abah ada mengusulkan tahun depan kami sekeluarga melakukan korban seekor lembu. Memandangkan bahagian korban adalah 7 maka cukup-cukuplah untuk kami 7 beranak. Justeru, saya dah tanam niat untuk menyertai ibadah korban buat julung2 kalinya seawal usia dua dekad insyaAllah. Anggaran kasar satu bahagian adala RM400. So, boleh lah menabung dari sekarang! :D *walaupun elaun still tak masuk2 lagi =.='

2 niat yang saya pasang ini sangat lah berkait rapat dengan Aidil Adha yang bakal kita rai. Moga Allah redha dan bimbing diri saya untuk melaksanakan segalanya :)

SALAM AIDIL ADHA buat semua ...




No comments:

Post a Comment