Sunday 23 September 2012

Cerita Kita Berbeza


Bismillahirrahmanirrahim

Surah Al Hujurat ayat 7,

Dan ketahuilah bahawa di tengah-tengah kamu ada Rasulullah, kalau dia menuruti (kemahuan) kamu dalam banyak hal pasti kamu akan mendapatkan kesusahan. Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.

Saya tertarik dengan ayat ini sewaktu tadabbur surah Al Hujurat ketika berusrah minggu lepas. Sahabat2 selalu kata, saya suka bercerita. Jika diminta untuk membuat expalaination, saya memang suka untuk relatekan dengan diri sendiri. Berkongsi tentang perkara yang benar, perkara yang saya sendiri alami. Dalam ayat ini ada satu kisah yang saya ketengahkan berdasarkan statement kalau dia menuruti (kemahuan) kamu dalam banyak hal pasti kamu akan mendapatkan kesusahan. Ini bermakna, kita disuruh melakukan perkara yang tidak kita sukai walaupun hakikatnya ia memberi kemaslahatan kepada kita.
Saya bersyukur kerana dididik oleh ibu bapa dengan begitu sempurna. Saya diajar berhijab sejak dari kecil. Tak tahu nak cakap exact umur berapa sebab saya ada simpanan gambar yang mana ketika itu saya belum tumbuh gigi penuh lagi, saya duduk di atas tangga dan berserkup. *kalau waktu ni saya kat rumah boleh lah scan gambar tu dan uplod.

Pada usia 6 tahun, saya dihantar ke PASTI. Belajar di PASTI tentulah wajib memakai tudung bukan. Sewaktu kecil kadang2 saya rasa rimas juga bertudung dan saya sering mempersoalkan kenapa aku kena pakai tudung, budak2 lain tak pun. Kecik-kecik biar lah dulu nanti besar-besar sikit dah masuk sekolah rendah ke aku pakai lah. Saya ingat lagi even time raya pun kena pakai baju kurung tudung siap serkup bagai. Sangat jealous dengan cousin2 sebaya pakai skirt. Ye lahh umur 6, 7 tahun budak-budak pun nak bergaya. Baju kurung ni untuk orang besar2 je. Tapi masa tu pendam je lah kan. Takkan nak bangkang pulak kang tak ada baju raya syahdu pulak pagi2 hari. Haha.

Sampai satu ketika, semasa berusia 7 tahun saya sempat bersekolah kat kampung setahun. Budak2 kampung lagi lah, dalam beratus orang tu boleh kira dengan jari berapa orang yang pakai tudung. Waktu tu, nak dekat hari sukan. Ingat lagi masa darjah 1 saya rumah merah. Cikgu bukak order baju rumah saiz apa nak lengan panjang ke pendek. Saya dengar kawan2 ramai yang order lengan pendek. Ye lah main sukan kan panas, berpeluh nanti. Punya lah balik tu saya pujuk umi bagi kebenaran nak beli baju lengan pendek jugak. Dalam kepala duk pikir, kalau umi bagi beli lengan pendek boleh la nati pujuk tak nak pakai tudung waktu hari sukan. Hoho. Seolah olah diberi betis nak peha pulak ye. Kecik-kecik dah pandai. Ish ish ish 
= ='. Tapi saya tak ingat lah masa tu umi bagi tak saya beli lengan pendek ke tak.

Sama jugak masa darjah 3  ke 4 time sukan jugak. Masa tu pegangan dah kuat sikit. Cewahh. Saya mintak kebenaran dengan cikgu nak lari pakai tudung. Cikgu lelaki rumah sukan saya tu beriya tak bagi takut saya kalah lari. Dia cakap pakai tudung berat lah nanti tercabut lah. Last2 dia cakap kalau nak jugak pakai serkup je. Hoho. Macam makcik2 pulak gayanya. Terpaksa lah. = ='. 

Sekurang-kurangnya saya bersyukur, sejak saya mula bersekolah di Kelantan saya tak pernah tidak berhijab sampai ada sorang kawan lelaki masa tu cakap, dalam ramai2 budak perempuan rambut saya seorang je yang dia belum pernah nampak, panjang ke pendek ke. Alhamdulillah saya terpelihara :)
Bila masuk KMKN baru saya sedar beruntungnya saya dah dibiasakan berhijab sejak dari kecil apabila ada seorang teman membuka cerita bahawa dia malu dengan diri dia kerana waktu kecil dia sangat tidak suka untuk berhijab. Ketika berada di Tingkatan 4 baru lah timbul kesedaran itu.

Nampak kan perkara yang pada mulanya kita tidak suka akhirnya memberi kesan positif yang sangat besar kepada diri kita. Syukur, tak semua orang punya nikmat dan kelebihan ini. Justeru, hendak membentuk anak, aculah sejak dari kecil :))

Wassalam





No comments:

Post a Comment