Thursday 19 November 2015

Masa Depan Di Tangan Kami



Ni entri mengejut namanya. Baru sahaja tadi tertengok satu video di Facebook. Ada statement budak USM Penang kena hentam katanya. Alkisahnya dalam video pendek berdurasi 2 minit, ada seorang lelaki muda ingin menemubual seorang lelaki dewasa. Namun, malang tidak berbau, lelaki muda tersebut diperlekehkan kerana ingin mengadakan satu forum spontan bersama orang awam (mungkin berkisar isu semasa atau politik) tapi diperlekehkan hanya kerana masih berstatus pelajar dan belum grad. Mulalah pakcik (lelaki tua) tersebut menyatakan bahawa hal sebegini tidak patut dilakukan kerana kamu belum grad pun, masa depan belum tentu, kos sara hidup sekarang pun ditanggung oleh orang lain, bla3. Nak kata belum mampu berdikari sendiri lah agaknya.

Look pakcik..

Saya sebagai salah seorang remaja generasi Y masa kini sangat TIDAK SETUJU dengan kata-kata pakcik. Sampai bila kami hendak jadi ibarat kerbau dicucuk hidung? Ikuuuuuutttt je apa orang kata. Buaattttt je apa orang suruh. NO pakcik NO. Walaupun kami masih muda, masih belajar, masih belum grad, masih ditanggung, kami tetap punya hak untuk bersuara dan berkelakuan seperti orang dewasa. Takkan kami nak develop semua tu dalam sekelip mata bila dah grad? Tak mampu pakcik, tak mampu. Hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di zaman universiti lah kami belajar untuk hidup selepas tamat universiti. Golongan yang pasif dan tekun belajar semata-mata adalah sangat rugi. Untuk hidup kelak kami perlu ilmu, tapi bukan ilmu buku semata-mata. Apa pun tak dinafikan apa yang hendak dilakukan jangan melampaui batas dan had. Cuma bagi kami peluang untuk berfikir luar daripada kotak.

Ingat pakcik, masa depan negara di tangan kami. Corakkan kami sebaiknya dengan menunjukkan teladan yang baik.

Tuesday 5 May 2015

Klinik Mata

Bismillahirrahmanirrahim

Dah lama tak rasa sedih menangis teresak-esak, hari ni Allah datang kan rasa itu.

Pagi tadi pergi Klinik Optometri UiTM Puncak Alam. Niatnya nak tolong Kak Yati cukupkan patient dia alang-alang boleh dapat check mata free. Dapat jugak tau apa yang student opto belajar. Tapi end up keputusan ujian kurang baik. Hmm.

Dipendekkan cerita, saya ada juling pendam. Juling ni mungkin agak common untuk mereka yang berkaca mata. Yang tu okay lagi lah bila kata common. Test jugak untuk 3D. Penglihatan 3D saya tak bagus. Daripada 10 kotak yang ada hanya 3 kotak sahaja yang saya boleh nampak ada objek timbul. Hmm.

Pergi buat funduscopy pulak. Optic disc belah kanan lebih besar daripada belah kiri. Ratio optic disc dan cup boleh bertambah sekiranya ada peningkatan pada tekanan pada mata (intra ocular pressure), dan optic disc yang besar boleh mengurangkan visual field. Check pressure normal tapi visual field borderline, bukan pada normal value. Hmm mungkin ada something wrong somewhere. Kak Yati cakap kalau kalau optic disc besar, visual field kurang boleh suspek glaucoma. Lagi teruk glaucoma can cause blindness kalau tak tau dan tidak mendapatkan rawatan.

So, nak tau betul ke visual field reduce kena check sekali lagi 6 bulan akan datang. Dan tengoklah progression macam mana, perlu tidak untuk follow up lagi. Kalau betul ada masalah, kena refer ophtalmologist. Treatment untuk prevent glaucoma mungkin medication, untuk treat tu tak pasti lah. Surgery mungkin? Tu kalau dah teruk sangat kot. 
Alhamdulillah Allah gerakkan hati nak pergi check mata. Sekurang kurangnya kalau ada apa apa boleh trace awal :')

Sunday 22 March 2015

Hudud

Bismillahirrahmanirrahim
Hudud isu hangat. Sekadar nak menghitam putihkan apa yang terbuku. Dewasa bicaralah hal hal yang lebih mencabar bukan. Sampai bila rasa nak takut takut. Apa pun coretan ini hanyalah sekadar pandangan peribadi. 
Baru sahaja tonton video pencerahan hudud daripada tv kelantan, tonton video aisyah tajuddin kupas hudud dan baca artikel respon semula en tajuddin (dikatakan gelaran professor hanya boleh digunakan ketika masih dalam perkhidmatan) tentang ugutan bunuh dan rogol anaknya.

Berbicara mengenai hudud, tak boleh untuk kita mengenepikan nama Kelantan kerana negeri ini lah yang bersungguh sungguh untuk melaksanakan hudud. Sebagai seorang muslim adalah wajib bagi kita mengamalkan undang undang Islam. Sebagai mana seorang anak yang wajib patuh kepada nasihat ibu dan ayahnya selagi mana tidak melanggar syarak juga wajib seorang isteri mentaati suaminya selagi mana tidak terpesong. 

Bercakap dari sudut seorang mahasiswi berusia 22 tahun, dengan gampangnya saya boleh menyatakan apa yang dikatakan Aisyah adalah terpesong. Pedih hati saya tatkala melihat dia mempermain-mainkan hukum Islam bahkan memperkecil kecilkan suasana menutup aurat di negeri Kelantan. Malu lah kamu wahai manusia dengan hujah tidak berakal kamu. Kenyataan hudud isi periuk nasi adalah sangat tidak wajar. Lupakah kamu bahawa yang Maha Memberi Rezeki itu ialah Allah SWT. Lupakah kamu bahawa pencipta yang lebih berkuasa itu siapa. Astaghfirullahalazim. Mengucaplah kamu kembali. 

Saya juga memuji tindakan TV Kelantan menyiarkan video yang mampu memberi kefahaman sedikit sebanyak tentang hudud. Isu penting ini perlu diviralkan demi kemaslahatan sejagat. Beri kefahaman kepada semua bangsa mahupun agama apa konsep sebenar hudud. Ke atas siapa dan bagaimana syarat-syarat yang boleh terlaksananya hukum ini. Bukan disembunyi malah dibangkang pelaksanaannya oleh muslim sendiri seperti apa yang terjadi pada masa kini. Satu komen yang saya petik daripada video tersebut. Komen ini telah meraih 173 likes.

Snookie Boo Aku suka video ini.. I am Chinese and am not from Kelantan. Makes things a bit clearer about hudud for me.

From start I also think it's a good idea. Tapi nak tanya kwn kwn Muslim sini.. Boleh percaya org politic atas yang akan menguat kuasakan hudud? 
Dia org cam x boleh caya sgt.. Pas ke.. Pkr ke.. Umno ke.. Semua cam mau jlnkan agenda personal masing masing.. Kalo disalah gunakan hukum Allah ni, amat bahaya.. Kita bukan hilang freedom dan consituition negara, malah kaki tangan dan kehidupan harmoni yang ada..

Example is communism, idea Karl Marx mmg bagus dan adil.. Tapi lihat communist yang setia ada.. Zalim, angkuh, greedy, rakyat di tindas and yang menentang di tembak..
Tindakan Encik Tajuddin pula saya tidak bercadang untuk mengupas panjang. Cukuplah sekadar peringatan kembali, melentur buluh itu biarlah dari rebungnya. Anak yang baru lahir itu ibarat kain putih. Bergantunglah kepada ibu dan bapanya untuk mencorakkannya menjadi Majusi atau Nasrani.

Wallahu'alam.

CORAT CORET



Bismillahirrahanirrahim 

Conteng wall sikit malam ni. Sebelum bertolak ke Sungai Petani esok insyaAllah. Dah setahun lebih tinggalkan blog ini tak bertulis. Zaman bloggers pun dah makin layu. Sekarang instagram, whatsapp lebih mendominasi media sosial. Tapi disebabkan hati ini terasa nak meluah kembali, di sinilah tempat terlerai isi hati. Tapi since first post cipta blog ni dah set, takkan terpateri kisah peribadi di sini. Because it is too privacy. I dont really share with foreigner. Nak tau meh tanya sendiri. 

Currently sekarang tengah bercuti sebenarnya. Tapi cuti tinggal sehari. Hmm. Tak sempat nak manja lebih lebih kat rumah. Let me choose satu topik untuk digoreng malam ni. Hmm. Banyak boleh sembang. Tentang abang. Bakal kakak ipar. Kematian. Hudud. Aisyah Tajuddin. Yang tu hangat. Hati rasa pedih terhiris pun ada. Tapi sebab rasa nak leisure sikit, pilih topik ANAK TUNGGAL.

Ramai orang ingat saya anak bongsu. Kenapa agaknya saya pun tak tau. Nampak macam manja sangat ke? Atau tak independent? Hm susah nak jawab bab independent tu. Hari ni ziarah rumah nenek andak kat cheras sebab arwah atuk andak baru pergi semalam. Semalam abah tak sempat pergi ziarah lagi. Nenek andak nampak okay, boleh terima, mungkin sebab ye lah atuk andak pun dah tua, tak sihat sangat pun, tak ada lah terkejut sangat. Nak dijadikan cerita nenek andak yang sebut untungnya saya anak tunggal perempuan sorang. Ibaratnya tak berbelah bahagi lah kasih sayang umi dengan abah. Hehe. Memang lah. Untung sangat. Tapi sorang tetap sorang. 

Dulu pun saya pernah fikir. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Baik sorang, dua orang hidup tetaplah kena rukun. Dulu abah pernah cakap, mungkin Tuhan tak bagi abah anak perempuan ramai sebab Dia tau abah tak boleh handle, sebaliknya Dia bagi anak lelaki ramai sebab Dia yakin abah boleh uruskan. Nak jaga anak perempuan ni saya rasa banyak tanggungjawab. Dan anak-anak perempuan kat luar pun kena lah sedar yang kita ni senang sangat nak tarik saudara saudara lelaki bersama kita baik ayah, abang. adik, suami mahupun anak lelaki. 

Dulu saya pernah ingatkan diri sendiri, jaga diri baik-baik Nadiah, tutup aurat elok-elok, ibadah wajib jangan tinggal melainkan keuzuran sebab sayang kat abah, abang2, bakal suami, bakal zuriat kan tak nak tarik diorang ke tempat yang tak sepatutnya. Dan saya sangat lah bersyukur sebab dari kecil umi dengan abah didik dengan baik sekali. Tadika kat Pasti. Kat tadika pun dah belajar solat. Dari kecik umi ajar pakai tudung, selalu selalu pakai baju kurung. Umi pernah nak ajar pakai tudung labuh tapi jiwa mudaku memberontak waktu tu haih. Tapi tak pe lah, asalkan pakai yang menutup aurat sekarang. Hehe. 

One day nanti kalau dah berkeluarga mesti selalu rindu kat umi dengan abah kan. Sebab tu lah nak cari orang dekat je kalau boleh senang nak balik. Herher. Ni kalau balik mana ada Nadiah duduk rumah sangat. Kalau umi keluar je mesti ikut. Kalau abah nak pergi kenduri je mesti ikut. Sebenarnya bukan la manja kededek sangat. Melampau tu. Boleh je berpisah. Cuma homesick tu biasalah. Yang selalu ikut umi dengan abah tu sebab nak kenal kawan kawan diorang. Dulu pernah terdengar satu tazkirah, antara kebaikan yang boleh kita lakukan kepada ibu bapa walaupun diorang dah tak ada ialah menjalin hubungan yang baik dengan sahabat sahabat mereka. Tu sebenarnya yang saya pegang sampai duk ikut umi dengan abah ke hulu ke hilir kalau cuti. Macam mana nak buat baik dengan sahabat sahabat diorang kalau tak kenal kan. Lagipun cuti bukan selalu, jarang jarang, Dan cara nak spend masa dengan umi abah ialah ikut diorang. Sebab wekend banyak je jemputannya. 

Sampai sini dulu. Hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada. Cium pipi diorang kiri kanan atas bawah sebelum menyesal kemudian hari ;)

Thursday 19 March 2015

Welcome Back



Assalamualaikum wrt wbt. 

Eh tak sangka boleh hidup lagi blog ni rupanya. Sebab nama blog pun memang betul betul dah lupa hari tu. Rezeki tadi chatting dengan seorang sahabat terilham balik nama blog ini tiba tiba. Bila sign in elok boleh masuk senang pulak. InsyaAllah akan kembali update blog kalau rajin.

Saturday 18 January 2014

Tinta 2014


Bismillahirrahmanirrahim. 

Dah sekian lama tak memainkan papan kekunci untuk mencoret di sini. Alhamdulillah 'ala kulli hal. I bet 2014 might be a tough year. First, i will reach 21 this year. 21 sangat sinonim dengan mengundi. Mendaftar diri sebagai pengundi. Itu ukuran diri ini bukan lagi anak kecil yang hidupnya hanya memikirkan tentang diri sendiri. Manusia yang hidup untuk diri sendiri ibarat air yang mencurah tetapi tidak mengalir. Maka, terjadilah lopak air yang semakin lama semakin kotor dan membusuk. 21 juga adalah indikator diri ini bakal menjengah ke alam dewasa yang sebenar. You will gain the maturity as days pass by. Yet, maturity itu datang bukan saja saja tanpa tuntutan dan mehnah seharian.

Habis dengan umur. 2014 bakal menyaksikan tirai preclinical years ditutup dan langsir clinical years dibuka. Tak lama sahaja lagi. Sebulan dari sekarang, kami pelajar Tahun 2 MBS UniKL RCMP akan menduduki final exam. Mohon doa kalian agar najah semuanya. Final exam tiada siapa yang pernah pandang enteng. Macam-macam sindrom akan muncul tatkala periksaan akhir ini tiba. InsyaAllah banyak yang positif. Daripada yang jarang solat jemaah di masjid, akan mula kelihatan kelibatnya. Jarang bangun tahajud dinihari akan mula gagahkan dirinya. Semata untuk memohon hajat sekurang-kurangnya lulus atau mendapat distinction. Clinical years adalah satu fasa hidup yang baru. Teori bakal menjadi aplikasi. Mehnah pelajar klinikal makin hebat pula katanya. Ilmu mesti lengkap di dada. Kurang tidur itu biasa. Apa pun, sandar semua pada Dia, insyaAllah akan dihulur tanganNya. 

2014 juga ramai yang bercita-cita untuk berumahtangga. Sahabat-sahabat 2 3 pasangan je sebenarnya. Hehe. Diri ini masih terkecuali lagi. Belum bersedia hati kata. Moga membina baitul muslim yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Dan menjadi qudwah buat ummah. Ramai yang mula bimbang usia menginjak dewasa tapi calon masih tiada. Lagi-lagi kini ibarat menjadi trend kahwin di usia muda. Sekali lagi, letakkan kebergantungan pada Dia. InsyaAllah ada calon yang Dia sedia. Tidak di dunia mungkin di akhirat sana. 

Thursday 10 October 2013

Revolusi Pendidikan



Perjalanan menaiki kereta pada hari itu dirasakan agak lama. Sambil mendengar abah asyik bercerita, ku lemparkan pandangan ke luar tingkap melihat keindahan alam dunia. “Benarkah apa yang aku dengar? Masih wujud insan sedaif itu dalam zaman sekarang? Tak sangka! Aku tak pernah prihatin terhadap masyarakat. Malu lah Iman!” Ahh, tepat terkena pada batang hidung sendiri.
                
Lembut abah menuturkan kata, “Kakak nak tau? Suatu hari, ketika abah dalam perjalanan ke pejabat, abah nampak seorang pak cik tua dalam lingkungan umur 60-an berjalan kaki dalam kawasan UiTM. Abah nampak pak cik tu berjalan mendaki bukit dan jalan yang sama abah lalu hari-hari. Sebenarnya, dah seminggu abah perasan akan kehadiran pak cik tu, tapi takdir Allah pada hari tu abah berpeluang untuk tumpangkan dia dan sembang serba sedikit dengannya.”

Ya, abah adalah seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Kebanyakan UiTM memang dikenali dengan luasnya kawasan dan berbukitnya jalan. Abah sambung cerita lagi, “Rupanya pak cik tu tinggal kat Kuala Selangor. Setiap hari, dia akan berjalan kaki dan menaiki bas untuk sampai ke tempat kerja. Dari rumah ke stesyen bas dia akan berjalan kaki dalam lingkungan 20 minit. Kemudian, perjalanan menaiki bas mengambil masa lebih kurang dalam satu jam. Bas tu pula akan berhenti kat pintu depan UiTM sahaja. Selebihnya dia terpaksa berjalan kaki lagi untuk sampai ke tempat kerja. Mugkin itu lah yang abah nampak hari-hari, dia berjalan kaki dalam kawasan UiTM itu sendiri dengan badan dan tenaga yang semakin dimamah usia. Kakak boleh bayang tak agak-agak pukul berapa hari-hari dia keluar rumah untuk pergi bekerja dan sampai rumah usai siap semuanya?”
               
Fuhhh termenung panjang aku kira pukul berapa pak cik itu bertolak dan sampai rumahnya. “Tak sangka kan, tatkala majoriti rakyat Malaysia sudah berkenderaan masih wujud juga golongan yang berjalan kaki dan menaiki kenderaan awam. Ingatkan mat-mat Bangla dan minah-minah Indon sahaja yang menaiki bas. Hampir empat dekad pula pak cik tu menempuh perjalanan yang sama hari-hari untuk mencari rezeki yang halal demi sesuap nasi. Mahu bergenang juga air mata apabila terbayang kesusahan pak cik itu.”

Buat seketika, aku mendiamkan diri. Banyak perkara yang menerawang di fikiran. “Agaknya macam mana lah keadaan anak-anak pak cik tu? Cukupkah makan pakainya? Bagaimana lah status pendidikannya? Dan paling penting, adakah mereka membesar sebagai seorang yang mendengar kata? Mesti perit seorang ibu bapa untuk membesarkan anak dengan sempurna dalam keadaan serba kekurangan. Hmmm.” Aku mengeluh sendirian.
                
Tiba-tiba aku terbayang beberapa peristiwa semasa aku masih berada di Tahap 2 sekolah rendah. Tiap kali loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat, aku akan bergegas turun ke pagar sekolah menanti kedatangan abah. Pernah sekali, waktu persekolahan tamat pada pukul 12.40 petang. Tunggu punya tunggu, abah tak juga muncul. Aku sudah mula menarik muka masam dan muncung panjang apabila melihat abah sampai setengah jam kemudian. Dalam hati sudah mula terasa penuh dengan amarah lebih-lebih lagi apabila masa untuk aku bersiap solat dan mandi sebelum ke kelas mengaji semakin singkat. “Semuanya salah abah sebab ambil lambat!” Tak henti-henti aku mengomel dalam hati. Melihat kan anak daranya tak seceria seperti selalu, apabila pulang ke sekolah tak putus celotehnya untuk bercerita tentang apa yang berlaku hari ini, abah mula membuka bicara.
                 
“Kakak marah abah ke sebab ambil lambat? Abah minta maaf. Abah bukan sengaja. Kebetulan tadi abah ada meeting dan meeting tu pula habis lambat. Dari pukul 12.40 lagi abah dah tau abah kena ambil kakak tapi abah tak dapat nak elak untuk keluar meeting.  Abah minta maaf ye sayang. Lain kali abah akan cuba untuk ambil kakak tepat pada waktu ye.” Hati baranku masih belum cukup lega dengan penjelasan abah. Aku masih tetap membisukan diri. Melihatkan aku yang tidak berubah riak, abah sambung cerita lagi. “Kakak tau tak, dulu masa abah kecil-kecil abah pergi sekolah naik bas je. Masa tu bas tak banyak. Kitorang terpaksa berebut-rebut naik bas sebab sekolah jauh, sampaikan abah tak naik lalu pintu depan, abah lompat masuk guna tingkap. Masa tu abah kena jaga pak long lagi, pastikan dia naik sama, sebab ye lah pak long kan bisu dan pekak. Waktu nak balik pulak, kalau dah tertinggal bas alamatnya kena balik jalan kaki lah. Pernah sekali, abah asyik main bola dengan kawan-kawan masa nak tunggu bas datang, abah tak perasan yang bas tu dah pergi. Bila kawan tegur barulah abah sibuk nak kejar bas tapi tak dapat. Terpaksalah petang tu abah dengan pak long balik jalan kaki. Kitorang sampai rumah bila azan maghrib dah bunyi. Sampai-sampai, abah kena marah lagi dengan nenek. Abah cuma nak cakap, kakak beruntung. Sebab sekarang kakak tak payah pun pergi sekolah naik bas atau balik jalan kaki. Abah yang akan hantar dan ambil kakak balik sekolah. Sebab apa? Sebab abah sayangkan anak abah yang seorang ni. Tak kan abah nak biarkan kakak jalan kaki sorang-sorang panas-panas. ” Kata-kata terakhir abah ucapkan sambil mengukir senyuman. Tatkala mendengar perkataan ‘sayang’, kelopak mataku secara automatik penuh bergenang. Hati anak mana yang tak tersentuh apabila seorang bapa mengungkap kata sayang.
                
Kini, aku sedar mengapa abah berusaha sebaik mungkin untuk memberikan segala yang terbaik untuk aku. Mungkin abah banyak reflek dengan zaman remajanya dahulu. Usai tamat sekolah menengah, ibu bapanya tidak pernah menggalakkannya untuk belajar tinggi-tinggi. Kata mereka, memadailah masuk maktab dan keluar menjadi guru. Yang penting, ada kerja dan dapat gajinya nanti. Namun, dek kerana kemahuannya menuntut ilmu, abah sambung pengajian ijazahnya tatkala sudah berumah tangga. Tak cukup dengan itu, umi dan abah sudah punya cahaya mata untuk dibesarkan. Cuma masa itu, bukan aku yang dilahirkan. Pengorbanan umi dan abah ketika itu sangat tidak ternilai harganya. Umi terpaksa tinggal bersama keluarga sementara abah bergelar pelajar dan tinggal di asrama. Suatu ketika, aku terbaca surat yang umi utuskan buat abah. Umi terpaksa mengadu mengalami masalah kewangan sehinggakan susu anak pun tak mampu untuk dibeli kerana segan untuk meminta wang pada atuk dan nenek lagi. Walhal umi tau, hidup abah juga hanya bergantung pada elaun sara hidupnya sebagai seorang pelajar. Tak lebih dari itu. Semenjak hari itu, abah mula berusaha untuk mencari lebih wang saku. Namun apa kan daya itu lah harga yang perlu dibayar demi menggapai sebuah kejayaan dan memastikan hidup anak-anak cerah pada masa hadapan. Sumpah, tak berhenti air mataku mengalir apabila membaca warkah itu.
                
Namun, aku sedar, usaha abah bukanlah suatu yang sia-sia dan pengorbanan umi bukanlah tidak bermakna. Kehidupan kami menjadi semakin baik dari sehari ke sehari dan kini abah juga dalam usaha untuk menamatkan PHDnya. Benarlah kata pepatah, tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Tak perlu memandang jauh, aku dapat melihat contoh dalam kehidupan seharian sendiri. Tak hairanlah sejak dari kecil, abah sudah mula menanamkan benih cita-cita untuk menjadi seorang doktor dalam diriku. Dia tak mahu aku hilang arah tuju. Sebaliknya, dia mahu aku punya cita-cita dan impian sendiri. Hidup bermatlamat adalah seribu kali lebih baik daripada hidup tidak bermatlamat. Dia juga tidak mahu pisang berbuah dua kali, iaitu sedar akan kesalahan tatkala diri sudah meningkat usia. Kini, aku sangat yakin dan pasti bahawa perlunya belajar untuk hidup, bukannya hidup untuk belajar. Dan yang paling penting, sentiasa tajdid niat lillahitaala. Abah, segala nasihat dan pesananmu akan ku genggam kemas!

Sebenarnya kisah di atas adalah cerpen yg dihantar untuk satu pertandingan. Dan kalau perasan, kisah yg sama telah dicoretkan dalam salah satu post yg terdahulu.