Sunday, 22 March 2015

Hudud

Bismillahirrahmanirrahim
Hudud isu hangat. Sekadar nak menghitam putihkan apa yang terbuku. Dewasa bicaralah hal hal yang lebih mencabar bukan. Sampai bila rasa nak takut takut. Apa pun coretan ini hanyalah sekadar pandangan peribadi. 
Baru sahaja tonton video pencerahan hudud daripada tv kelantan, tonton video aisyah tajuddin kupas hudud dan baca artikel respon semula en tajuddin (dikatakan gelaran professor hanya boleh digunakan ketika masih dalam perkhidmatan) tentang ugutan bunuh dan rogol anaknya.

Berbicara mengenai hudud, tak boleh untuk kita mengenepikan nama Kelantan kerana negeri ini lah yang bersungguh sungguh untuk melaksanakan hudud. Sebagai seorang muslim adalah wajib bagi kita mengamalkan undang undang Islam. Sebagai mana seorang anak yang wajib patuh kepada nasihat ibu dan ayahnya selagi mana tidak melanggar syarak juga wajib seorang isteri mentaati suaminya selagi mana tidak terpesong. 

Bercakap dari sudut seorang mahasiswi berusia 22 tahun, dengan gampangnya saya boleh menyatakan apa yang dikatakan Aisyah adalah terpesong. Pedih hati saya tatkala melihat dia mempermain-mainkan hukum Islam bahkan memperkecil kecilkan suasana menutup aurat di negeri Kelantan. Malu lah kamu wahai manusia dengan hujah tidak berakal kamu. Kenyataan hudud isi periuk nasi adalah sangat tidak wajar. Lupakah kamu bahawa yang Maha Memberi Rezeki itu ialah Allah SWT. Lupakah kamu bahawa pencipta yang lebih berkuasa itu siapa. Astaghfirullahalazim. Mengucaplah kamu kembali. 

Saya juga memuji tindakan TV Kelantan menyiarkan video yang mampu memberi kefahaman sedikit sebanyak tentang hudud. Isu penting ini perlu diviralkan demi kemaslahatan sejagat. Beri kefahaman kepada semua bangsa mahupun agama apa konsep sebenar hudud. Ke atas siapa dan bagaimana syarat-syarat yang boleh terlaksananya hukum ini. Bukan disembunyi malah dibangkang pelaksanaannya oleh muslim sendiri seperti apa yang terjadi pada masa kini. Satu komen yang saya petik daripada video tersebut. Komen ini telah meraih 173 likes.

Snookie Boo Aku suka video ini.. I am Chinese and am not from Kelantan. Makes things a bit clearer about hudud for me.

From start I also think it's a good idea. Tapi nak tanya kwn kwn Muslim sini.. Boleh percaya org politic atas yang akan menguat kuasakan hudud? 
Dia org cam x boleh caya sgt.. Pas ke.. Pkr ke.. Umno ke.. Semua cam mau jlnkan agenda personal masing masing.. Kalo disalah gunakan hukum Allah ni, amat bahaya.. Kita bukan hilang freedom dan consituition negara, malah kaki tangan dan kehidupan harmoni yang ada..

Example is communism, idea Karl Marx mmg bagus dan adil.. Tapi lihat communist yang setia ada.. Zalim, angkuh, greedy, rakyat di tindas and yang menentang di tembak..
Tindakan Encik Tajuddin pula saya tidak bercadang untuk mengupas panjang. Cukuplah sekadar peringatan kembali, melentur buluh itu biarlah dari rebungnya. Anak yang baru lahir itu ibarat kain putih. Bergantunglah kepada ibu dan bapanya untuk mencorakkannya menjadi Majusi atau Nasrani.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment