ICE 3
Wad 2A
Hari ketiga bermula di sini. Wad ini adalah wad pembedahan lelaki. Mana-mana lelaki yang telah melakukan surgery akan ditempatkan di sini.
Task kami kat sini senang je. Kena interview patient and tahu serba sedikit tentang background/history sakit dia. Medical term nya, history taking! Eh, padahal kat semua tempat lebih kurang je, kena buat benda yang sama -.-'
Dekat wad ni sister2 dia garang. Uhuk uhuk
Patient bertuah yang saya interview adalah &#$^%. Huhu. Harus lah private and confidential kan! Hippocratic Oath ni.
Eh, hmm nak cerita panjang takut pulak menyalahi undang2. Dipendekkan cerita patient ni sedang menjalani rawatan chemotherapy selepas melakukan pembedahan kanser usus.
Fullstop.
Laboratory
Hmm. Agak boring di sini. Tapi kalau dah minat tu, mesti la xboring kerja kat sini kan. Huhu.
Sebenarnya, kat sini ada banyak lab : blood bank, biochemistry lab, hematology lab, histopathology lab. So, kat sana kami sekadar diberi briefing flow macam mana satu2 test hendak dibuat. Kat sini memang banyak guna machine lah.
Haaa macam dah tak ada apa2 menarik je yang nak storyyy.
The end.
Be A Patient
Nama je be a patient. Sebenarnya kami pergi melawat orthopedic clinic. Objektif untuk part ni adalah nak bagi kami rasa apa yang patient rasa. Apa rasanya kalau tangan kena simen? Kalau kaki kena simen? Kalau jalan kena pakai tongkat? Nak pergi ke mana2 kena guna wheelchair? Pegang beg urine? Semua tu lah.
Tapi..end up..
Kami dapat tengok je lah macam mana proses tu diadakan. Tu pun depends pada case yang kebetulan ada hari tu. Kalau tak ada, tak ada lah. Sebab nak buat kat diri sendiri macam simen tangan kami hospital rasanya perlu allocate untuk patient terlebih dahulu. Sebelum2 ni senior kami sempat merasa mungkin time tu ada bajet lebih kot. Huu.
Satu perkara menarik yang dapat kat sini adalah memang saya lihat sendiri macam mana orang yang bersimen tangannya, simen tersebut ditanggalkan? Haha.
Agak-agak..
Yes, gergaji lah jawabnya! Tapi sebenarnya tak ada lah gergaji macam kita gergaji kayu. Tipu benor tu. Tolong lah jangan percaya mitos2 ni. Banyak hiperbola je. Siapa lah punya kerja mencuakkan orang ni. Haihh -.-'
Dia adalahh machine yang digunakan function lebih kurang macam gergaji. Tapi gergaji tu kita tarik dan tolak sendiri, tapi yang ni automatik. Jangan bimbang, insyaAllah selamat :) MA yang buat pun insyaAllah berpengalaman dan cermat :) Tapi, masa saya tengok tu memang patient tu seriau la. Walaupun dia lelaki. Siap tutup mata lagi. Heheh.
Kat clinic ortho ni la macam2 saya nampak. Ada aunty tu berbalut kepala dia. Baju masih ada kesan darah lagi. Fresh sangat nampak. Mungkin memang baru lepas berlaku kejadian lah agaknya.
All the best kepada buddy 4th year saya yang akan menduduki exam end of posting orthopedic 2 minggu lagi :D Bittaufiq wannajah !
No comments:
Post a Comment