Sunday 16 December 2012

ICE 2



Bismillahirrahmanirrahim

MORTUARY

Okayy, third place yang saya visit kat HPB tu adalah Mortuary a.k.a Bilik Mayat. Haha, mesti seriau kan dengar kata bilik mayat. Masa kecik-kecik pernah dengar tak mitos yang mengatakan kalau nak jadi doktor kena tidur dengan mayat. Lagi seriau bila cakap sorang dapat satu mayat. Huu itu semua adalah mitos semata-mata. Tak benar ya wahai adik-adik sekalian !

Masuk mort ni kami diberitahu secara briefly pasal prosedur apabila berlaku sesuatu kematian. Tentang post-mortem yang dijalankan. Tentang penyimpanan mayat di bilik mayat sendiri dan lain-lain. Hanya kes-kes yang dirujuk pihak polis termasuk kematian di jalanan dan kematian di hospital sahaja yang dibawa ke bilik mayat untuk dilakukan post-mortem. Kematian biasa2 di rumah macam tu tak perlu dibawa ke mort atau dijalankan post-mortem melainkan ada sebab2 tertentu.

Bagi mayat yang perlu dijalankan post-mortem, pengecaman oleh waris perlu dilakukan terlebih dahulu. Tapi contoh kalau buruh asing ke apa, cukup sekadar majikan datang dan mengesahkan. 

Prosedur kematian sebenarnya wujud, cuma budak mentah macam kita/saya je yang tak tau atau mungkin baru tau. Even, hendak menggali kubur pun si penggali kubur perlu meminta permit mengubur yang telah disahkan daripada pihak waris. Sebenarnya permit tersebut adalah borang yang telah disahkan (yang ni saya tak pasti disahkan oleh polis atau jabatan pendaftaran). So, pihak waris perlu menyerahkan borang tersebut kepada penggali kubur dan meminta mereka untuk menggali.

Kebetulan masa visit tu, memang ada satu jasad sedang menjalani post-mortem. Apalagi, kami mengambil kesempatan meminta dibawa ke bilik autopsi. Alhamdulillah, saya kuat! Heheh. Betul2 lihat seperti dalam rancangan CSI. Tapi time kami masuk tu dah siap post-mortem. Tinggal nak jahit balik je. So, kami hanya mampu lihat tubuh yang sedang dijahit. 

Bilik mayat ni memang sangat berhampiran dengan building kolej.Kadang2 selalu je nampak dari tingkap surau (memandangkan surau kat tingkat 3) ada mayat yang sedang dibawa keluar. Mula2 dulu tengok dari jauh pun rasa macam seriau jugak. Sekarang, insyaAllah dah boleh biasakan diri kot. Doakan saya kuat ye :') 

DIALYSIS CENTRE

Next place adalah dialysis centre. Pusat hemodialisis adalah sangat sinonim dengan patient yang mempunyai chronic renal failure. Patient yang ada penyakit buah pinggang ni sangat perlu untuk kerap datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Failure=fail=gagal. Kalau chronic tu buah pinggang totally gagal untuk berfungsi. Dah tak boleh filtrate waste product etc. Semuanya akan bercampur aduk dan inilah yang bahaya! 

Dalam seminggu patiet ni perlu datang ke hospital 3kali tapi still selang2 hari. Sebenarnya, patient yang mengalami chronic renal failure juga mengalami urination problem. Pasti susah untuk membuang air kecil mahupun air besar. So, seolah2 kita makan minum banyak mana pun selama dua hari tapi kita tak buang2, tersimpan je dalam badan. Kan toksik, bahaya tau! Sebab tu lah perlu datang hospital kerap untuk cuci darah.

Konklusinya, jagalah kesihatan anda ! Sebab pernah ada patient umur 18 tahun dah datang sini.

No comments:

Post a Comment