Saturday 15 December 2012

ICE 1



Bismillahirrahmanirrahim

Okay lah, rasanya saya punya waktu yang sangat terluang untuk dimanfaatkan. Heheh.

Nak tau pasal apa?

Module ICE saya?

Ke benda lain?

Tak payah ! Haha.

Dengar saya cerita pasal ICE je eh.

A & E

A&E stand for accident and emergency. First place yang saya visit kat Hospital Raja Permaisuri Bainun adalah department A&E. Okay, mula2 apabila ada patient dihantar masuk ke sini, individu tersebut akan disaring terlebih dahulu. Disaring untuk dikelaskan ke zon mana. Tapi bergantung jugak, kalau nampak parah sangat antara hidup mati terus lah bawak ke zon merah.  Kat sini ada 3 zon iaitu zon merah, kuning, hijau. Merah=critical. Kuning=semi critical. Hijau=Non critical. Kat sini jugak ada bilik khas untuk treat asthma, minor OT (operation theatre) dan observation ward. Oh ye, A&E ni nama melayunya wad kecemasan :)

Situasi 1 : Kalau patient accident, terus dihantar ke sini, setelah disaring (depends) if parah sangat, banyak bleeding, terus bawak masuk bilik minor OT untuk buat surgery. Dah siap, akan dibawa ke observation ward, sebelum admit masuk ke wad.

Situasi 2 : Selepas disaring memang dah tahu patient ni ada asthma, terus bawak masuk ke bilik asthma untuk dapatkan rawatan. Selalunya, lepas dapat ubat menggunakan alat bantuan sedut tu, patient akan okay dan lega dan terus dibenarkan pulang. Tapi asthma bay ni untuk mild asthma je. Kalau chronic kena admit hospital jugak.

Contoh lain untuk zon hijau adalah if patient tersebut suspect dengue. Suspect baru, so dia akan diambil darah untuk buat blood test, check RBC count, WBC count, platelet, hb dll. 

Sepanjang saya berada di sana, saya tak berkesempatan tengok minor surgery. Sebab tak ada! Huhu. Cuma kat bilik asthma tu, saya ada dengar sorang uncle ni bernafas sambil mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Kebetulan ada senior kat sana, so saya bertanya lah. Perbuatan uncle tersebut digelar "asthma with strider".

Ada sekali tu, saya dan groupmate keluar la dari wad tu nak cari tempat duduk untuk jawab soalan yang ada dalam logbook. Because at the end, logbook tu kena diserahkan kepada doktor yang bertanggungjawab untuk ditandatangani. Siap2 buat report, nak masuk balik wad tu, kat muka pintu nampak cleaner tengah lap darah. Adeyhhh  terlepas la ni jawabnya. Huuu.

Occupational Therapy

Hari kedua, sebelum jam 8.30 pagi lagi saya dah terpacak kat department OT ni. Hospital Ipoh ni ada banyak building sikit sebab dia tak bertingkat sangat. OT ni kira kat building Kompleks Rawatan Harian, yang ni betul2 tepi kolej. 

Agak-agak apa yang korang faham pasal OT?? Heheh. 

Okayy, OT ni sebenarnya function sebagai satu proses atau terapi untuk memberi kebolehan/keupayaan kepada orang yang kurang upaya misalnya untuk menjalankan hidup secara normal. 

Contohnya macam ni, kanak2 yang lahir pramatang, tend to be terencat sebab ada development pada body dia yang terbantut. Kanak2 terencat ni boleh jadi IQ dia rendah. Kanak2 IQ rendah selalunya tidak dapat hidup normal sebagaimana kanak2 yang lain. Mereka mungkin tak dapat bertutur dengan elok, pemikiran agak lembap, fizikal ada yang kurang sempurna even nak makan, pakai baju sendiri pun tak reti. Kat sini lah anak2 ni mendapatkan terapi dan rawatan. Kita didik dia sejak kecil agar nanti dah besar mereka still boleh melakukan daily life' activity tanpa bantuan orang lain. Melentur buluh biar lah dari rebungnya, ye dak? Kanak2 yang hyperactive, old age people yang kena strok semua kita boleh train. Ini lah sebenarnya function OT. Mesti tak tau kan wujudnya service macam ni. Sama lah, saya pun baru tau. Huhu.

No comments:

Post a Comment