Allah.
Hari ni hari Sabtu. Tadi dalam pukul 8 pagi, tanpa sedar hujan turun renyai-renyai. Ya, sekarang memang kerap hujan, tapi selalunya petang. Pernah sekali, beberapa hari yang lepas saya balik rumah pada waktu petang berpayung sendirian, alhamdulillah hujan tak terlalu lebat, tapi still lebat. Keesokannya pula, saya tak sempat sampai rumah. Hujan sangat lebat lantas saya berteduh dahulu di masjid. Rezeki terjumpa rakan yang berteduh sama, sedang menunggu haousemate yang punya kenderaan. Petang tu saya tak perlu lagi berpayung sendirian.
Suasana pagi ini yang dingin mengembalikan mood saya untuk mencoret. Tambahan, ada perkara yang bermain di fikiran. Sekurang-kurangnya walau saya tidak meluahkan kepada manusia directly, saya boleh merasa lega sedikit even express indirectly.
Selalunya saya takut untuk meluahkan kerana apa yang saya akan ingatkan diri saya balik, "kau kan ada Allah, kenapa nak cari manusia untuk curhat??" Ye, kadang-kadang dengan quote ni saya rasa ada penghalang untuk curhat dengan manusia.
Tapi, kadang-kadang..kalau saya dah tak mampu nak simpan sendiri pun, sesudah itu saya ibarat macam menyesal bercerita dengan orang. "Kalau aku tahan je sikit lagi, mesti tak menyesal sebab sekarang dah lega"
Manusia, macam tu lah. Tapi, tak tahulah kalau ni saya sorang je.
Manusia, juga sentiasa idamkan apa yang dia tidak punya. Di saat begini lah kadang-kadang keinginan saya meracau. Idamkan seorang kakak, sesuatu yang sejak azali, saya tidak ada. Di saat ini, air mata saya laju mengalir. Saya tak tau kenapa dan even kalau orang tanya apa masalahnya, saya pun tak tau nak describe apa. Saya cuma harap selepas ini hati saya akan lega. Emotionally unstable!
Allah.
No comments:
Post a Comment