Sunday 13 May 2012

End & Begin

Salamullahialaikum..kesejahteraan daripada Allah ke atas kalian, insyaAllah!

Wahhh dah hampir sebulan tak menarikan jari di atas keyboard untuk update blog ni. Sampai kan format new post ni pun dah lain. Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan kerajinan. Ahhaa.

An Ending Is Just A Beginning. Means, satu pengakhiran itu sebenarnya adalah satu permulaan. Sedar tak sedar itu adalah hakikat. Seperti mana pengakhiran hidup di dunia sebenarnya adalah permulaan untuk kita hidup di alam sana. Sebab itu lah Rasulullah SAW tidak menolak tatkala Jibrail AS ingin meleraikan roh daripada jasad. Sebab baginda dah x sabar nak bertemu dengan Penciptanya.

Alhamdulillah, 10 bulan menjalani hidup dengan title student foundation telah berakhir. Memulakan langkah dengan kosong, terpinga pinga di tempat orang, tiada kawan dahulu berjalan seiring akhirnya dapat menamatkan segalanya dengan lancar. Sekejap sangat masa berlalu. Namun, waktu yang sekejap itu lah yang sangat berharga. Walaupun hidup jauh di pedalaman, ceruk kampung, sempadan Siam, namun hidup di KMKN lah yang banyak merubah diri saya. Saya cuba untuk tidak berputus asa, saya cuba untuk tidak bersedih, saya cuba untuk kuatkan hati di saat musibah menimpa diri, saya cuba berfikiran positif, saya cuba menahan amarah, saya cuba untuk memahami orang lain dan saya cuba untuk menyimpan segalanya sendiri.

Saya bersyukur ditempatkan di KMKN kerana di sana saya jumpa ramai sahabat2 yang osem. Saya kagum dengan seorang sahabat kerana dia sangat istiqamah dalam menyampaikan dakwah dan bersemangat dalam menuturkan segalanya mengenai Islam. Kadang2 saya cuba perhatikan dia dari jauh. Semua yang ada pada dirinya kelihatan sempurna berbanding diri saya yang kerdil ini. Setiap pagi dia pasti bangun untuk qiamullail dan di waktu petang dia tidak menghabiskan masa seperti mana pelajar lain yang mengambil peluang untuk merehatkan diri. Memang tak hairan lah ilmu yang dia peroleh seperti air yang diserap sepenuhnya oleh span yang kering.

Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan beberapa sahabat yang sangat tabah. Salah seorang clasmate saya adalah batchmate abang kedua. 2012 umurnya menginjak 22 tahun berbeza tiga tahun dengan kami. Tak ramai yang mampu untuk memulakan segalanya dari kosong setelah perjalanan yang dilalui sudah hampir separuh. Kak M gelaran kami buatnya. Dahulu Kak M adalah student medic yang belajar di Mesir. Namun, di tahun kedua pegajiannya, ayahnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Tidak sanggup untuk meninggalkan ibu dan adik2 yang sememangnya hilang tempat bergantung, sebagai anak sulung Kak M mengambil keputusan untuk berkorban demi keluarga. Memohon daripada pihak Mara untuk menamatkan pengajian di Mesir dan menyambung di Malaysia. Rezeki itu ada tapi kita lah yang harus bersabar dan berusaha untuk mencarinya. Tatkala pengambilan batch kami barulah Kak M berpeluang untuk meneruskan pengajian itupun dengan syarat mulakan dari bawah. Kak M pernah ungkapkan kepada seorang sahabat, kalau dia mampu untuk repeat belajar walaupun sudah hampir ke tahun 3 kenapa tidak kalian mampu untuk repeat setelah berhasil memperoleh sekadar band 3.

Di KMKN jugalah saya bertemu dengan classmate2 yang sangat tekun dan konsisten belajar. Begitu juga yang sangat bersopan santun dan berlemah lembut. Hakikatnya, buruk dan baik itu ada di mana-mana dan saya memilih untuk mengetengahkan yang baik ;)

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat lecturers yang sangat baik hati, lawak dan sering memberi inspirasi dan kata motivasi. Mereka adalah Cg Azran (lec bio) Cg Hafizi (lec chem) Tc Syafeeza (lec bi) Cg Roslan (lec math) Cg Nik Nadiah (lec bio) Cg Hadidah (lec cts) Cg Rizanawati (lec it/mentor) dan Ust Ramli (lec ils). Lepas ni dah takde dah lawak jenaka cg azran, loghat english yang lucu cg hafizi dan game2 yang super best masa kelas English teacher syafeeza. Tak lupa juga kenangan bersama cg zana yang memang tak dapat dilupakan. Tersinggungkan hati cg tanpa sengaja dan kami berjaya melakukan satu surprise mohon maaf sehingga cg mengalirkan air mata keharuan. Memang kami tak akan lupa saat itu. Juga segala air tangan cg temasuklah bubur kacang, laksa dan kek serta kfc yang cg belanja utk kami mentee2 cg. Cg tersangatlah baik hati. Kadang2 cg melayan kami ibarat adik2 sendiri. Berkongsi cerita tak terkecuali kisah peribadi dahulu untuk kami ambil iktibar. Moga Allah dengar dan makbulkan hasrat cg untuk menambah zuriat.

KMKN's life ends means saya dah tak perlu lagi dah nak sibuk2 pasal kutip tutorial, remind kat clasmate buat benda tu buat benda ni, dateline assignment haribulan tu haribulan ni, msg kt 17 clasmate bnda yg sama, organize trip utk mlawat baby baru cg hadidah, organize utk celebrate bufday2 clasmte n prank2 yg menakutkan dan saya tak akan lagi menerima msg 7.30 pg tny 'kelas kat mana', msg 'jadual exam apa' .
Okayy..saya akan rindu memori2 yang tercipta. Saat kita berbuka puasa bersama, baca mathurat bersama, outing makan kfc bersama dan berkelah kt air terjun bersama.

Moga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Perjalanan masa depan masih banyak yang perlu ditempuh. Diri kerdil ini masih banyak yang perlu dipersiapkan kerana perjalanan hidup sebenar baru bermula tatkala diri tidak lagi bertitle pelajar KMKN. Kutitip doa buat sahabat2 agar ukhuwah kita kekal berpanjangan dan dapat mengistiqamahkan diri dengan usaha ketika di RCMP kelak. Tak lupa juga titipan doa buat yang sedang menduduki final exam ;)

















p/s : saya dah pandai cakap kedah..heee..credits to ija shariza & siti syahida
       cuma keinginan saya untuk berjalan2 tengah bendang belum tercapai


No comments:

Post a Comment