Tuesday 14 February 2012

Saya Tak Reti

Hari ini 14 Februari.Tak ada apa yang perlu dirai. Huhu. You get my point right??

Hmmm..berbalik kepada title..

Tak luah tak bermakna saya tak sayang. Tak ungkap tak bermakna saya tak kasih. Tak lafaz tak bermakna awak tak bermakna. Saya cuma tak reti. Mungkin ramai yang berandaian saya lincah dalam menulis ayat2 puitis, tapi hakikatnya tidak pada luaran. Saya jarang sekali mengungkap rasa sayang, meluah kalimat kasih malah mengukir bait rindu kepada insan lain. Termasuk sahabat. Saya harap awak tidak berkecil hati. Kadang2 saya hanya mampu mengekspresikan segalanya melalui tingkah laku. Namun, jangan pula ada yang memberi tanggapan salah. Tidak tahu kenapa diri ini tidak mampu untuk menzahirkan, tetapi realitinya itulah diri saya.

Ada ketika lidah ini kelu untuk mengucap kata2 manis. Malah, ada ketika lidah ini hanya mampu berkata hambar. Tapi hati sering memberontak. Kalau lah saya mampu berkata2 seperti apa yang saya mampu lakarkan.

Kadang2 diri ini tidak mahu menerima kelemahan. Pernah saya kongsikan bersama seorang sahabat. Tetap mengatakan bahawa saya mampu untuk berkomunikasi dengan baik. Mampu untuk bertutur kata bersopan santun dengan orang tua. Tapi atas satu perkara yang dilontarkan, saya terdiam. Saya tidak reti untuk memujuk. Bila difikir2 balik, rasanya terpaksa akui juga kelemahan itu. Ya! Mungkin betul, saya tak reti memujuk. Dia tambah lagi. Dia cakap, awak kena belajar! Awak memang kena belajar dan kemahiran ini sangat penting! Saya pelik. Kenapa? Mengapa? Why? Sebab nanti kalau ada berita buruk yang perlu dikhabarkan kepada patient, macam mana nanti awak nak pujuk. Hmmmm.. Alasan rasional ini mula membuat saya berfikir.

Saya tak tahu nak mula dari mana. Nak belajar macam mana. Kerana sebab terbesar saya tak mahu berkelakuan sedemikian ialah mungkin kerana rasa malu. Haihh..tak tahu lah. Malu tidak bertempat ke ni???

Ada ketika seorang sahabat menceritakan kegembiraannya kepada saya, saya tak tahu kenapa saya tak reti nak memberi respon. Kadang2 saya cuma akan mengatakan, oh baguslah. Huhu. Kejamnya saya. Tapi sebenarnya saya ambil kisah pasal awak. Saya cuma tak reti nak cakap macam mana. Kadang2 lepas solat, kita akan salam. Awak cakap awak sayang kat saya. Tapi lepas tu saya hanya mampu tersenyum. Mungkin awak mengharapkan saya akan mengungkap kalimat yang sama. Tapi saya pun tak tahu kenapa saya tak mampu.

Orang cakap baik kita luahkan segalanya sebelum terlambat. Saya tahu akan itu tapi setakat ini apa yang saya mampu hanyalah menzahirkannya melalui tingkah laku.

Saya tak luah tak bermakna saya tak sayang awak! ;-)

# Haihh..peliknya. wujud jugak budak perempuan macam ni. huhu

1 comment:

  1. Ukhwah fillah...setiap persaudaraan,ada terjadi nya sebuah ikatan...kasih pula terungkap melalui pelbagai kaedah..Islam juga menerapkan ihsan kepada teman2...asalkan landasannya betul dan jaga batasan sbg seorang muslim,itu sudah memadai..wslm

    ReplyDelete