Sunday 26 February 2012

Perteguhkanlah Imannya

Saya kenal dia dalam waktu yang singkat. Rasanya kami berjumpa 2x sahaja. Alhamdulillah rupa2nya perantauan saya ke Johor pada pertengahan tahun lalu punya satu isu tersirat. Tak sangka kami dipertemukan di Poliklinik Hijrah. Pada setiap hari Selasa dan Rabu (kalau tak silap) waktu lunch break akan ada seorang ustazah muda yang datang untuk mengajar staff klinik mengaji mengikut sebutan huruf dan makhraj yg betul. Benar, kita semua pandai mengaji. Sudah bertahun-tahun lama kita mengaji, khatam dan mengulang bacaan yang sama. Tapi adakah kita sedar bahawa tiap huruf dan ayat yang kita sebutkan adalah dalam sebutan yang betul??? Renung2kan lah kembali dan perbaikinya lah jika salah. Rezeki saya ketika berada di sana dengan takdir Allah ustazah muda tersebut membawa bersama seorang gadis ayu, suci malah polos kulit wajahnya. Mengapa saya katakan bahawa dia suci??? Kerana saya yakin hatinya masih bersih, terpelihara dari segala noda mahupun sebarang titik hitam. Nur Qurratul Ain namanya. Saya senang memanggilnya Kak Ain kerana dia 3 tahun lebih tua dari saya. Kak Ain anak kelahiran Sarawak, belajar di sebuah maktab perguruan di Sabah dan pada ketika itu menghabiskan masa cuti di Johor untuk menimba ilmu. Menimba ilmu agama kerana waktu itu dia baru 3 bulan convert, memeluk agama Islam. Alhamdulillah  dia terpilih untuk menerima hidayah Allah. Dalam pertemuan yang singkat saya hanya sempat berkenalan serba sedikit dengannya. Pilihan dia untuk memeluk Islam adalah niat yang suci dari bottom of her heart diteguhkan lagi dengan galakan kawan sekeliling di maktab. Waktu cuti tersebut jugalah dia mengambil peluang mengikuti salah seorang rakannya pulang ke Johor untuk memperteguhkan lagi sesi taaruf dengan agama yang baru dipeluk. Dengan takdir Allah saya sendiri berhadapan betul2 dengan orang yang baru convert. Masih bertatih2 untuk melazimkan bacaan Al Quran. Subhanallah. Tidak pernah terbayang dek fikiran bahawa saya berpeluang untuk menyedari bahawa saya sangat beruntung dilahirkan sebagai seorang muslim sejak azali malah dididik dengan cara hidup muslim sepenuhnya sejak dari kecil. Kak Ain sentiasa menyatakan bahawa saya sangat beruntung dilahirkan sebagai muslim. Apa yang saya tahu, ketika masih berada di agama lamanya Kak Ain tidaklah mengamalkan ajaran agama tersebut sepenuhnya. Dia tidak pernah ke gereja, tidak pernah meyentuh minuman keras, malah untuk berpakaian menjolok mata juga dia berasa malu. Alhamdulillah, kuasa Allah siapa yang dapat menjangka bukan. Rupanya telah lama Allah bagi hint kat dia dan akhirnya alhamdulillah dia telah terima isyarat itu. Sewaktu saya bertemu dengannya dalam keadaan beberapa bulan baru convert, rupanya dia masih belum pulang ke kampung bertemu keluarganya. Pasti cuak bukan untuk menebak apakah reaksi keluarga melihat seorang anak pulang dalam personaliti rohani dan jasmani yang berbeza. Dan Kak Ain sebenarnya adalah anak sulung. Bayangkanlah betapa berat dugaan yang terpaksa Kak Ain tempuh memandangkan sudah pasti dia adalah anak harapan ibu bapa yang bakal menjadi contoh terbaik buat adik2. Ya Allah, kukuhkanlah hati Kak Ain dan perteguhkanlah imannya.  Moga keluarga, rakan2, sanak saudara dapat menerima dia seadanya dan turut mengikut jejak langkahnya. Ingatlah Kak Ain, Allah sentiasa bersamamu!

No comments:

Post a Comment