Baru saya perasan bahawa saya tak dapat nak membezakan penggunaan kata belok dan senget. Belok saya kata senget. Senget saya kata belok. Akibatnya, saya ditertawakan. Huhu. Sadis sungguh rasa. Mengimbau kejadian lalu, semasa kitorang bertungkus lumus hendak menyiapkan carta organisasi untuk board JTAI, saya menegur, "beloklah awak tampal gambar tu..." errr..belokk??? Rakan2 terpana. Kenapa awak sebut belok? Eh, salah ke?? Bila terfikir-fikir balik..hmm..betul jgk. Diri sendiri dah terkeliru rupanya. Bukan nak menyalahkan tapi ni mesti kes duduk Kelantan lama sangat. Ter influence jadinya. Hoho. Masa mula2 daftar sem1 ada seorang roomate kagum dengan kebolehan saya. Haha. "Hebatnya kau boleh switch bahasa macam tu je" Dengan dia saya totally cakap bahasa standard, takde bunyi dialek langsung. Tapi dengan roomate sorang lagi, orang Kampung Laut meme kecek qlate pure lah. Tu yang dia pelik. Kalau sebelum tu saya bercakap dengan budak KL pastu beralih cakap dengan dia bahasa saya memang akan tukar on the spot. Even masa saya duduk kat Kelantan dulu saya memang x akan guna bahasa standard kalau saya tahu orang itu orang Kelantan. Huhu. So konklusinya..
Belok adalah ini..
Senget adalah ini...
Hehe. Btw, saya pandai buat mulut senget macam adik ni ^_^
No comments:
Post a Comment