Sunday 24 June 2012

Denim.

Assalamualaikum..

Tiba-tiba hari ini terasa nak post pasal denim. Dah lama admire cuma belum ada kesempatan nak memiliki. Maklumlahhh masa belajar ada jugak wang sakunya. Tapi bila tengah cuti segala-galanya terhenti seketika. Elaun yang patut masuk pun tak kesampaian. Hukhuk. Ni dah nak masuk degree minggu depan insyaAllah lagi lahhh berganda ganda ganda kos sara hidupnya.. =.=

Hanya mampu meluahkan rasa di sini sahaja. Harap tiada yang rajin nak terklik dan baca biar saya boleh menulis seenaknya. Hahhhaa. Tadi ternampak ramai yang like denim kat facebook. Ohh tunggu lah satu masa nanti, pasti saya pun bolehhh...memilikinya.




Ahha. ni lahh denim yang saya nampak kat facebook tadi. Yes! Jubah Denim namanya. Denim tu adalah jenis kain dia. Nampak selesa kan kalau pakai. Dan tak fit sebenarnya. Tu sebab dia pakai kat patung and pin tang belakang bagi nampak ramping, tapi still bagi saya ok la sbb dia tak melekat kat badan macam sesetengah kain tu. Even jubah tapi kualiti kain tak sesuai, tu memang kena berhati-hati memilih. And denim ni nampak santai. Yang penting tang tangan dia tak tercekik. Huhu. Saya kureng suka lah bab-bab tercekik. Sama lah dengan tracksuit tercekik, oh antinyaaaaa.

Casual and simple!







Simple kan. Tak de lah heavy corak and labuci-labuci bagai. Heavy2 ni kategori mak-mak dah. Tak sesuai dengan si kecil molek ni. Haishh kecil2 molek pun jangan ingat tak ada saiz..cuma biasalah kena alter bagi pendek sikit. Hewhew.

Rasanya first time nampak masa pergi Kelantan dulu, kat Rantau Panjang. Mak aihhh RM150++  fuhh macam tak berbaloi je. Kat tempat lain ada lagi kot yang lebih murah. Usha jubah denim Jordan pun RM160. Last-last terjumpa blog mana2 ntah yang promote denim ni ada je yang below 100. 

So, tengok lah one dayy..i'll make it! Haha

#saya bukan orang fesyen tapi ini taste saya saje nak tulis sebab dah tak mampu nak tahan dalam hati haha#



No comments:

Post a Comment