24 Jun. Birthday dia. Saya ingat, dan tak pernah lupa. Tapi tahun ni, saje lah pulak tak nak wish awal2. Tapi akhirnya, nasi dah jadi bubur. T_T. Saya terlambat. Saya sedih rupanya dia tunggu2 jugak saya wish. Tapi dia lagi sedih. Sebab ingat saya lupa. Dia concern pasal birthday. Maklumlah, wanita. Hewhew. Wanita mana lah yang tak concern sebab selalunya bagi mereka pada waktu ini lah kita akan tahu siapa yang benar-benar prihatin dan appreciate diri ini. Waahhh ayatt..
Alhamdulillah.
Dah hampir 12 tahun saya kenal dia. Sejak saya tak pandai cakap Kelantan sampailah dah tak pandai cakap bahasa standard balik. Hahaha. Okay itu tipu sebab kat rumah memang saya guna bahasa standard even masa kat Kelantan dulu.
Saya mula kenal dia sejak berusia 8 tahun. Dan kami bersekolah bersama hinggalah berusia 17 tahun. Lama kan?? Hehe. Masa sekolah rendah, tiap2 tahun saya sekelas dengan dia. Tapi masa sekolah menengah, tiap2 tahun saya tak sekelas dengan dia. Eh. Adalah. In the middle. Haah. Masa Form 3. Kami sekelas. Masa tu dia naik kelas. Tapi saya turun kelas. Waahhh hebat kan dia???
Sebelum saya keluar dari Kelantan, kami ada buat gathering batch sekolah rendah. Ada seorang kawan, Ain Nadia nama dia bagi farewell present kat saya. Jam loceng yang ada frame untuk letak gambar. Nak tahu gambar apa dia letak??? Hihi. Segan jugak nak uplod sebenarnya tapi demi awak, saya uplod jugak sayang..
Nahh saya letak dua-dua sebab keduanya ada gambar awak. Harap-harap awak cam lah ye yang mana satu awak. Hehe. Nasib baik dia bagi gambar ni, kalau tak saya pun tak ada langsung simpanan gambar sekolah rendah.
Awak lain dari sahabat yang lain. Sebab awak lah satu-satunya sahabat yang saya tahu mengenai seluruh ahli keluarga. Nama mak ayah abang adik-adik awak semua saya ingat tau. Walaupun adik-beradik awak ramai, 7 orang. Haha. Seronok betul adik-beradik ramai ni, meriah hidup. Hehe. Lagi-lagi awak antara yang besar, kena uruskan adik-adik sebab awak anak no 2 dan kakak yang sulung. Adik-beradik awak berselang-seli, lelaki, perempuan, lelaki, perempuan, lelaki, perempuan, lelaki. Jarang kan dapat jumpa macam ni. Ada jugak yang saya pernah jumpa, adik-beradik 7 tapi flow dia lelaki, lelaki, lelaki, lelaki, lelaki, lelaki dan akhir sekali baru lah perempuan. Haha. Kadang-kadang saya suka observe orang. Nanti saya observe ea apa persamaan korang.
Saya rasa saya lah satu-satunya teman yang benar-benar melalui zaman transformasi awak. Ahha. Transformasi nama panggilan je pun sebenarnya. Masa sekolah rendah awak memperkenalkan diri sebagai Syazwani. Tapi masa sekolah menengah saya pun tak tahulah macam mana kawan-kawan boleh panggil awak Farah. So macam pelik lah pulak kalau saya sorang panggil awak Wani. Saya pun ikutlah perubahan semasa. Sampai kan bila kita jumpa kawan sekolah rendah balik diorang rasa janggal dengar saya panggil awak Farah. Hehe. Tu lah susah jugak kan kalau ada nama panjang-panjang ni.
Masa sekolah rendah awak agak pendiam. Pemalu pun mugkin kot. Tapi ye lah kadang-kadang orang labelkan kita pendiam bila kita kurang bergaul dengan lelaki, tapi bagus lah kurang terjebak dengan cerita-cerita hangat zaman muda. Haha. Bila kita naik sekolah menengah, wahhh awak tiba-tiba jadi famous. Orangnya pun jadi lebih peramah. Penglibatan awak dalam bidang bukan akademik pun makin aktif. Wahhh caya lahh. Bukan semua orang boleh buat. Saya pun tak termampu. Di sini, awak mula menjadi lebih bagus dari saya. Awak boleh berkomunikasi sewenang-wenangnya di khalayak ramai. Menjadi lebih petah dan berkeyakinan dari saya. Tapi awak tak sedar hal ini. Dan ini lah sebenarnya yang saya selalu cemburu dengan awak.
Kita bersaing secara sihat sejak kecil. Hal-hal cemburu ini, biasa lah. Mungkin ada perkara yang awak cemburu dengan saya, tapi tak pernah utarakan. Dan sebenarnya ada hal yang saya iri dengan awak tapi tak perlu juga diluahkan. Asalkan perkara ini membawa kebaikan kepada diri kita, tak salahkan.
Setiap manusia punya kelebihan mereka yang tersendiri. Awak petah berkata-kata, sebaliknya saya hanya ligat untuk menulis. Kerana itu lah Dia telah menetapkan hala tuju kita berbeza. Rezeki awak, siapa sangka bakal bergelar pendidik yang hebat. Jika difikirkan balik, dalam dunia ini, kerjaya apa yang boleh kita laksanakan tanpa berguru terlebih dahulu??? Tiada bukan. Bahkan saya pandai menyiang ikan pun, abah lah yang mula-mula mengajar saya. Itu dah semestinya abah guru terhebat saya sepanjang hayat.
Andai ketika kecil kita punya cita-cita yang sama, tetapi pada saat ini kita berada atas jalan berbeza. Namun jangan lah itu menjadi jurang antara kita untuk mengikat tali saudara sampai ke syurga. Moga awak berjaya dalam kerjaya dan cita-cita :D
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah,
Dengar lah rintihan hati ini
Yang sentiasa memohon agar hidup si dia sering dirahmati
Ya Allah
Dia telah menjadi sebahagian hidupku
Yang telah melakar memori bersamaku sejak dulu
Kau pertemukan kami di awal waktu tahun dua
Maka perkenankanlah hajat kami
Izinkan lah kami berbicara hingga ke akhir usia
Kurniakanlah segala kebaikan ke atas dirinya
Juga segala kemudahan menghadapi ujian buatnya
Kami tak mampu andai Kau tak restu
dan kami tak dapat andai Kau tak mencurahkan rahmat
Hanya padamu ku bermohon
Agar hidupnya sentiasa tenang di dalam lindungan Mu
SELAMAT HARI LAHIR KE 19
Finally..
It's done for you!
My sweetie sunsweet NUR FARAH SYAZWANI BT MOHD ZURHAN
awklah shbt sy dunia akhirat :)
ReplyDeleteInsyaAllah..
ReplyDeletewe will :)
sweetnye :)
ReplyDeletesunsweets mmg sweet. hehe
ReplyDeletesemoga persahabatan kalian berkekalan :)
ReplyDeleteberminat lah pulak nk berkenalan dgn pakistani ni. hehe
ReplyDelete