Wednesday 27 June 2012

Awak, saya tak lupa ;PP

Salam alaik..

24 Jun. Birthday dia. Saya ingat, dan tak pernah lupa. Tapi tahun ni, saje lah pulak tak nak wish awal2. Tapi akhirnya, nasi dah jadi bubur. T_T. Saya terlambat. Saya sedih rupanya dia tunggu2 jugak saya wish. Tapi dia lagi sedih. Sebab ingat saya lupa. Dia concern pasal birthday. Maklumlah, wanita. Hewhew. Wanita mana lah yang tak concern sebab selalunya bagi mereka pada waktu ini lah kita akan tahu siapa yang benar-benar prihatin dan appreciate diri ini. Waahhh ayatt..

Alhamdulillah.

Dah hampir 12 tahun saya kenal dia. Sejak saya tak pandai cakap Kelantan sampailah dah tak pandai cakap bahasa standard balik. Hahaha. Okay itu tipu sebab kat rumah memang saya guna bahasa standard even masa kat Kelantan dulu.

Saya mula kenal dia sejak berusia 8 tahun. Dan kami bersekolah bersama hinggalah berusia 17 tahun. Lama kan?? Hehe. Masa sekolah rendah, tiap2 tahun saya sekelas dengan dia. Tapi masa sekolah menengah, tiap2 tahun saya tak sekelas dengan dia. Eh. Adalah. In the middle. Haah. Masa Form 3. Kami sekelas. Masa tu dia naik kelas. Tapi saya turun kelas. Waahhh hebat kan dia???

Sebelum saya keluar dari Kelantan, kami ada buat gathering batch sekolah rendah. Ada seorang kawan, Ain Nadia nama dia bagi farewell present kat saya. Jam loceng yang ada frame untuk letak gambar. Nak tahu gambar apa dia letak??? Hihi. Segan jugak nak uplod sebenarnya tapi demi awak, saya uplod jugak sayang..






Nahh saya letak dua-dua sebab keduanya ada gambar awak. Harap-harap awak cam lah ye yang mana satu awak. Hehe. Nasib baik dia bagi gambar ni, kalau tak saya pun tak ada langsung simpanan gambar sekolah rendah.

Awak lain dari sahabat yang lain. Sebab awak lah satu-satunya sahabat yang saya tahu mengenai seluruh ahli keluarga. Nama mak ayah abang adik-adik awak semua saya ingat tau. Walaupun adik-beradik awak ramai, 7 orang. Haha. Seronok betul adik-beradik ramai ni, meriah hidup. Hehe. Lagi-lagi awak antara yang besar, kena uruskan adik-adik sebab awak anak no 2 dan kakak yang sulung. Adik-beradik awak berselang-seli, lelaki, perempuan, lelaki, perempuan, lelaki, perempuan, lelaki. Jarang kan dapat jumpa macam ni. Ada jugak yang saya pernah jumpa, adik-beradik 7 tapi flow dia lelaki, lelaki, lelaki, lelaki, lelaki, lelaki dan akhir sekali baru lah perempuan. Haha. Kadang-kadang saya suka observe orang. Nanti saya observe ea apa persamaan korang.

Saya rasa saya lah satu-satunya teman yang benar-benar melalui zaman transformasi awak. Ahha. Transformasi nama panggilan je pun sebenarnya. Masa sekolah rendah awak memperkenalkan diri sebagai Syazwani. Tapi masa sekolah menengah saya pun tak tahulah macam mana kawan-kawan boleh panggil awak Farah. So macam pelik lah pulak kalau saya sorang panggil awak Wani. Saya pun ikutlah perubahan semasa. Sampai kan bila kita jumpa kawan sekolah rendah balik diorang rasa janggal dengar saya panggil awak Farah. Hehe. Tu lah susah jugak kan kalau ada nama panjang-panjang ni.

Masa sekolah rendah awak agak pendiam. Pemalu pun mugkin kot. Tapi ye lah kadang-kadang orang labelkan kita pendiam bila kita kurang bergaul dengan lelaki, tapi bagus lah kurang terjebak dengan cerita-cerita hangat zaman muda. Haha. Bila kita naik sekolah menengah, wahhh awak tiba-tiba jadi famous. Orangnya pun jadi lebih peramah. Penglibatan awak dalam bidang bukan akademik pun makin aktif. Wahhh caya lahh. Bukan semua orang boleh buat. Saya pun tak termampu. Di sini, awak mula menjadi lebih bagus dari saya. Awak boleh berkomunikasi sewenang-wenangnya di khalayak ramai. Menjadi lebih petah dan berkeyakinan dari saya. Tapi awak tak sedar hal ini. Dan ini lah sebenarnya yang saya selalu cemburu dengan awak.

Kita bersaing secara sihat sejak kecil. Hal-hal cemburu ini, biasa lah. Mungkin ada perkara yang awak cemburu dengan saya, tapi tak pernah utarakan. Dan sebenarnya ada hal yang saya iri dengan awak tapi tak perlu juga diluahkan. Asalkan perkara ini membawa kebaikan kepada diri kita, tak salahkan.

Setiap manusia punya kelebihan mereka yang tersendiri. Awak petah berkata-kata, sebaliknya saya hanya ligat untuk menulis. Kerana itu lah Dia telah menetapkan hala tuju kita berbeza. Rezeki awak, siapa sangka  bakal bergelar pendidik yang hebat. Jika difikirkan balik, dalam dunia ini, kerjaya apa yang boleh kita laksanakan tanpa berguru terlebih dahulu??? Tiada bukan. Bahkan saya pandai menyiang ikan pun, abah lah yang mula-mula mengajar saya. Itu dah semestinya abah guru terhebat saya sepanjang hayat.

Andai ketika kecil kita punya cita-cita yang sama, tetapi pada saat ini kita berada atas jalan berbeza. Namun jangan lah itu menjadi jurang antara kita untuk mengikat tali saudara sampai ke syurga. Moga awak berjaya dalam kerjaya dan cita-cita :D

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, 
Dengar lah rintihan hati ini
Yang sentiasa memohon agar hidup si dia sering dirahmati


Ya Allah
Dia telah menjadi sebahagian hidupku
Yang telah melakar memori bersamaku sejak dulu


Kau pertemukan kami di awal waktu tahun dua
Maka perkenankanlah hajat kami
Izinkan lah kami berbicara hingga ke akhir usia


Kurniakanlah segala kebaikan ke atas dirinya
Juga segala kemudahan menghadapi ujian buatnya
Kami tak mampu andai Kau tak restu
dan kami tak dapat andai Kau tak mencurahkan rahmat


Hanya padamu ku bermohon
Agar hidupnya sentiasa tenang di dalam lindungan Mu




SELAMAT HARI LAHIR KE 19

Finally..
It's done for you!
My sweetie sunsweet NUR FARAH SYAZWANI BT MOHD ZURHAN

Sunday 24 June 2012

Denim.

Assalamualaikum..

Tiba-tiba hari ini terasa nak post pasal denim. Dah lama admire cuma belum ada kesempatan nak memiliki. Maklumlahhh masa belajar ada jugak wang sakunya. Tapi bila tengah cuti segala-galanya terhenti seketika. Elaun yang patut masuk pun tak kesampaian. Hukhuk. Ni dah nak masuk degree minggu depan insyaAllah lagi lahhh berganda ganda ganda kos sara hidupnya.. =.=

Hanya mampu meluahkan rasa di sini sahaja. Harap tiada yang rajin nak terklik dan baca biar saya boleh menulis seenaknya. Hahhhaa. Tadi ternampak ramai yang like denim kat facebook. Ohh tunggu lah satu masa nanti, pasti saya pun bolehhh...memilikinya.




Ahha. ni lahh denim yang saya nampak kat facebook tadi. Yes! Jubah Denim namanya. Denim tu adalah jenis kain dia. Nampak selesa kan kalau pakai. Dan tak fit sebenarnya. Tu sebab dia pakai kat patung and pin tang belakang bagi nampak ramping, tapi still bagi saya ok la sbb dia tak melekat kat badan macam sesetengah kain tu. Even jubah tapi kualiti kain tak sesuai, tu memang kena berhati-hati memilih. And denim ni nampak santai. Yang penting tang tangan dia tak tercekik. Huhu. Saya kureng suka lah bab-bab tercekik. Sama lah dengan tracksuit tercekik, oh antinyaaaaa.

Casual and simple!







Simple kan. Tak de lah heavy corak and labuci-labuci bagai. Heavy2 ni kategori mak-mak dah. Tak sesuai dengan si kecil molek ni. Haishh kecil2 molek pun jangan ingat tak ada saiz..cuma biasalah kena alter bagi pendek sikit. Hewhew.

Rasanya first time nampak masa pergi Kelantan dulu, kat Rantau Panjang. Mak aihhh RM150++  fuhh macam tak berbaloi je. Kat tempat lain ada lagi kot yang lebih murah. Usha jubah denim Jordan pun RM160. Last-last terjumpa blog mana2 ntah yang promote denim ni ada je yang below 100. 

So, tengok lah one dayy..i'll make it! Haha

#saya bukan orang fesyen tapi ini taste saya saje nak tulis sebab dah tak mampu nak tahan dalam hati haha#



Tuesday 19 June 2012

Daysss to Remember

Assalamualaikum..

Last few days, saya merantau seorang diri. Haha. Bak kata abah, nadiah pergi balik kampung. Ahha..kampung lah sangat.. kampung yang tak ada saudara mara sedarah sedaging yang tinggal. Waris yang masih hidup, hanya kakak angkat dan sahabat handai yang ada. Hehe. Dan yang paling berharga masih tinggal kat sana adalahhh KENANGAN.

Saat tiba di sana, tiada kata yang boleh menggambarkan rasa. Lidah kelu menutur bicara. Jiwa damai seakan  gembira kembali ke desa. Namun saat itu semuanya hanya dapat ditafsir dengan lenggok ekor mata. Tiada pena untuk melakar tinta.

5 hari termasuk perjalanan pergi dan balik sangat memadai. Jika terlama mungkin terasa senggang. Jika terkurang mugkin juga tunggang langgang. Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan sangat lancar. Orang-orang terdekat juga memberi kerjasama yang sangat hebat. Menghulur bantuan tanpa punya sedikit kurang. Malah diri ini terasa terhutang.

Syukur, hajat di hati banyak yang sudah terlaksana. Ingin ketemu insan-insan istimewa. Kembali menghangat talian saudara. Yang jauh mahupun dekat semuanya bersahabat dengan satu niat, ikhlas LillahiTaala insyaAllah.

Maka, bertambah lah pahatan memori. Dengan adanya potret-potret ini. :DD













Million thanks to kak mimi, kak fatin and aliah for being our tourist guide, safuraa for letting me stay for 3 nights at her house, dayah for being a real tourist, mak ayah and family pura, fathiyah and umi for susah payah datang machang just to see me, beloved kak dah for the great treat and a night to remember when we had pillow talk until 3.30 am before sleep, mak ayah kak dah yang baik hati, last but not least kak shuhada ghazali, nice to meet you but your cousin, sorry i'm not ready to meet you yet.

^____________________^

Monday 11 June 2012

Crackk..

Tadi. Tak sampai sejam yang lalu. Saya tutup semua lampu dan kipas. Lantas cuba menapak ke setiap anak tangga dalam kegelapan. Takut juga kalau tersadung. Alhamdulillah. Berjaya sampai ke atas dengan selamat. Saya teruskan langkah untuk masuk ke kamar. Tiba-tiba. Aduhhh. Sakitnyaaa. Tersepak bakul baju rupanya. Terus teraba-raba suis lampu. Ouhh. Kuku kaki jari kelingking sebelah kiri patah. Crackkk..


p/s: mintak tolong bleh. klik. tunggu sekejap. close. hihi. senang kan?
      http://nadiahsabri.says.com/recommendations/wwf-turtle-eggs 
http://nadiahsabri.says.com/recommendations/win-prizes-everyday
    
     #try to earn money#

Wednesday 6 June 2012

Dia Kesayanganku..






Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.

Entry kali ini lain sikit gayanya. Semuanya gara gara tuhhh..banner kat atas. Gatal sangat nak join2 contest bagai. Haha.

Okayy  first, let me show you the person that I wanna to talk about..





See.. a boy! :D

Selama saya hidup, tak tahu kenapa saya tak pernah sedar bahawasanya wajah dia mirip saya sehingga lah ada beberapa sahabat yang mengatakan "eh, muka adik awak sama macam muka awak lah" Hoho. Yes, dia adalah satu-satunya adik saya. Kefahamanku, itulah maksud namanya, Fahmi. Maksud tersirat yang ada pada namanya sudah cukup untuk menggambarkan personalitinya. Dan dia juga merupakan anak bongsu. Dan dia setahun lebih muda dari saya. Dan dia mempunyai saiz dan ketinggian yang lebih dari saya. Haha. Itu sudah pasti!

ADIK.

Kami sekeluarga menggelarnya begitu sehingga sekarang, tatkala usianya hampir mencecah 18 tahun. Rasanya tak mungkin gelaran itu akan berubah, walaupun usianya makin bertambah kerana kami semua sudah betah. Mungkin ramai yang tertanya, kenapa saya pilih dia untuk dilabelkan sebagai orang tersayang?? Bukan saya ingin menidakkan kewujudan seorang ibu atau bapa sebagai yang tersayang bahkan suami jika ada namun tak salah bukan kita jadi orang yang lain dari yang lain. Haha. Bajet!

Secara surface untuk diceritakan, saya punya 5 beradik. 3 abang dan seorang adik. (kalau saya pilih salah seorang abang sebagai yang tersayang, nanti abang2 lain jeles hehe) Tak ramai yang tahu bahawa umur kami tak jauh beza. Bermula 24, 22, 20, 19,18. Memandangkan tiga yang bawah jarak usia dekat2 maka kami selalu bersama. Maksudnya, kalau kat sekolah rendah, kami bertiga di sekolah yang sama. Seterusnya, ke kelas mengaji Quran juga ditempatkan kelas yang sama. Dan walaupun ketika sekolah di peringkat menengah kami berasingan dan tinggal di asrama ketiga-tiganya, kami tetap akan bersama apabila waktu pulang hujung minggu.

Dan saya mengaku, sejak kecil saya lebih rapat dengan abang yang lebih tua setahun berbanding adik. Mungkin sebab title abang, rasa boleh dipercayai atau lebih berpengalaman dan akhirnya saya tak sedar bagaimanakah akhirnya hubungan saya dan adik. Ambil tahukah saya pasal dia? Ambil beratkah saya? Bergurau senda kah saya dengan dia?

Sampai satu ketika, abang pergi melanjutkan pelajaran di menara gading. Tinggal lah saya dan adik berdua terkontang-kanting. Ohh,, macam mana saya nak mulakan kalau selama ini saya biasa2 sahaja dengan dia. Dan dia juga punya satu sifat sejak azali. Dia tak pernah kisah jika diri dia tak punya kawan dan hakikatnya memang selalu kawan yang akan mendekati dia. Kat mana2 pun saya tengok semua macam tu. Jika ditafsir dari luar mungkin orang akan labelkan dia pendiam tapi saya tahu, dia akan menjadi lebih ramah dengan orang yang dia masyuk. Dan kat rumah pun macam tu lah dirinya. Umi kadang2 geram sebab dia tak nak cakap. Haha. Ada masa2 nya ditanya 10 patah dijawab sepatah. Memang spesies pelik sikit adik saya ni. Mungkin ramai yang setuju bahawa anak bongsu, manja. Tapi, saya percaya bahawa dia akan bangkang 100%. Haha.

Segalanya berubah ketika saya berada di Tingkatan 5. Kami belajar di sekolah berbeza kerana sekolah saya pelajarnya semua perempuan. Kalau balik hujung minggu pun memang kami berdua sahaja yang ada kat rumah (umi dengan abah tu ada la). Adik bersekolah di sekolah yang mana senior2nya ramai kenalan sekolah rendah saya. Bukan lah kata pasang spy, cuma kadang ada je cerita2 tentang adik saya sama ada baik atau buruk akan sampai ke telinga saya.

Maka, terdengarlah satu ura-ura bahawa adik ada kakak angkat. Zuuppp! Terus hati saya rasa lain. Macam2 yang bermain di fikiran. Tapi saya tak lah sewenang-wenangnya menerjah. Mungkin ramai yang akan ingat saya cemburu kan? Haha. Mana ada. Tak ada langsung lahh..Em.. Ok, saya tak nak tipu, mula2 tu adalah sikit tapi rasional lah kan. Umur dah banyak kena lah fikir matang banyak. Saya suka tanya direct, so saya tanya lah dia. Rupanya bukan dia yang sangkut dengan akak tu tapi akak tu yang sangkut dengan dia. Haaa.. seee kan saya dah cakap, selalu orang yang akan cari diaa..

Saya cuba reflect balik kat diri, mula-mula dengan bahasa kasarnya saya marahi diri sendiri, "tu lah tak pandai sangat jaga adik, kan adik dah cari kakak lain" Yes, I keep on blaming myself and seriously saya dah tak cemburu pun. Saya betul2 berazam bahawa saya nak berubah! Saya nak jaga adik saya dengan lebih baik! Saya nak ambil tahu segala apa yang terjadi kat dia. Kalau bukan saya yang nak kisah pasal semua ni, siapa lagi?? Dan abah dah pesan berjuta kali sejak kami kecil bahawa along kena jaga angah, angah jaga naim, naim jaga nadiah, nadiah jaga adik. Adik beradik kena lah saling menjaga. Terang2 kat situ abah dah tanggungjawabkan saya kena jaga adik. Tak kira lah kecik macam mana pun kakak, adik kena hormat kakak. Hikhik. Yang ni pun abah selalu pesan.

Sejak hari itu, saya cuba untuk mendekati dia. Serious, ini ayat bukan tipu2 tapi betul2. Selalunya, dia suka memerap dalam bilik. So, saya lah yang pergi lepak2 dalam bilik dia. Tengok dia buat apa. Kalau dia tengah main game, saya membebel, tapi sikit je lah, sebab saya pun tak suka kena nag. Kalau dia tengah buat homework, tanya2 lah saya apa2 yang dia tak faham. Waktu itu memang kami tinggal berdua, kalau saya pun memerap jugak, memang cengkerik je lah bunyinya. Dan mungkin boleh dikatakan menambah erat sikit lagi hubungan kami ialah saya dan dia pergi tuisyen di tempat yang sama. Kadang2 je balik tak sama. Dan realitinya, yuran tuisyen dia pun saya yang tolong bayar. Haha. Dah namanya adik, selagi boleh ditolong, saya tolong. Termasuklah hari Isnin paper Arab, Jumaat Sabtu bertungkus lumus berguru dengan saya. Sanggup guru pergi heret anak murid suruh belajar, kalau nak tunggu dia gerak sendiri memang liat lah. Saya bukan apa, saya cuma nak tengok dia juga boleh survive macam saya dalam pelajaran (tak ada niat untuk bangga riak mahupun bongkak walau sedikit). Kawan2 dia mungkin akan cakap, "Untunglah kau kakak pandai boleh ajar" dan ini lah yang harus saya buktikan, tak biarkan dia terkapai2 sendirian. Ye lahh, kadang2 sesetengah orang lelaki ni tak tahu suka buat dekk je. Saya kena lah usaha lebih approach dia untuk tebus balik kegagalan saya menjalankan tanggungjawab sebelum ini.

Satu lagi cara yang saya amalkan ialah kaedah Give&Take. Saya jenis orang yang sangat2 suka kalau ada orang lain bercerita dengan saya, berkongsi masalah dan meluahkan perasaan (ohh bukan perasaan yang tidak2). Ye lahh kadang2 bukan senang nak suruh orang share masalah kalau kita tak rapat dengan dia kan. So, saya cuba mulakan dengan diri sendiri. Saya yang bercerita kepada dia. Kadang2 saya kena gosip dengan someone2 pun saya beritahu.  Lama-lama alhamdulillah dia buka mulut jugak. Bila sampai cerita dia ada hubungan dengan si fulanah bt si fulan tanpa segan silu saya tanyalah. Haha. Sekadar hendak dapatkan kesahihan. Bukan busy body pun okayy. Saya cuba nasihat setakat mana yang termampu. Kalau nak suruh break up terus memang susah lah kan masa2 remaja tengah naik. Yang terbaik, jagalah perhubungan jangan sampai melampaui batas. Dan adik siap bagi saya contact dengan si fulanah tu pun. Tapi sekarang diorang memang dah jadi kawan biasa pun. Mungkin lebih hambar dari biasa. Haha. Yang penting sebagai orang lebih dewasa, be professional. Perkara2 macam ni jangan menyalahkan mereka depan2. Cubalah berdiplomasi dengan mereka sebaiknya. Yang paling saya terharu ialah saya lah orang pertama yang dia beritahu tentang result trial SPM dia dulu. Kat KMKN, malam-malam saya dapat message. Memang lah tak memberangsangkan sangat tapi masih ada masa untuk baiki. Saya tanya kenapa tak beritahu umi abah lagi tapi masa tu alasan dia dah lewat malam. Umi abah dah tidur. Masa tu dah hampir jam 12 tengah malam. Dan walaupun result SPM dia biasa2, saya tetap hadiahkan sesuatu, sebagai ucapan tahniah dan penghargaan. Adat lah manusia memang suka dirai kan?

Satu sifat adik yang memang saya pun kalah dengan dia ialah dia seorang yang sangat berjimat. Haha. Tapi berjimat yang berpatutan lah. Saya pun apa lagi. Pernah lahhh jugaakk ayat2 suruh dia belanja. Hehe. Alaahh oblong je pun. Tapi dengan orang yang tak ada pertalian darah tak ada lah. Saya takut terhutang budi nanti. Masa cuti berbulan-bulan hari tu dia kerja. Sempatlah 4 bulan kerja kat stesen minyak. Memang nak tabik spring ring ring lah kat dia sebab hari-hari bawak bekal. Tak kira lah umi masak apa pagi tu nasi goreng ke mee goreng ke, kalau kerja syif petang dapat lah bawak nasi. Haihh bukan senang nak jumpa orang bawak bekal pergi kerja kan. Haha. Tak sangka kat stesen minyak tu boleh lah pulak ada pakcik sayang kat dia. Pakcik dah pencen tapi kerja kat situ. Sayang betul pakcik tu kat dia. Dapat lesen je pun tapi pakcik tu raikan belanja dia makan. Jealous kott..Hari tu masa on the way pergi daftar belajar pun pakcik tu call dia. Bagi amanat jaga diri kot. Hehe.

Dah seminggu adik kat KMM. Kolej Matrikulasi Melaka. Harap dia dapat bawa diri dan adapt dengan suasana sekeliling. Ada masa2nya dia cuba ber'manja' dengan saya. Tapi paham2 lah manja orang lelaki macam mana. Cubit sepak sekeh je mainnya. Hoho. Kat rumah saya memang selalu kena buli T_T Diorang ingat saya pun budak lelaki jugak kot >.< Untung adik dapat kat Melaka.. Dekat sikit. 2 jam je pun. Boleh lah umi abah selalu jenguk. Lagipun Masjid Tanah tu pun memang kampung abah.

And sekarang hubungan kami alhamdulillah getting better and better.

Mungkin pelik kan dengar cerita tackle adik sendiri. Jarang dibuat orang. Walaupun banyak cerita yang membuktikan bahawa air dicincang tidak akan putus, namun sekurang-kurangnya kita perlu berusaha sendiri untuk memperbaiki. Dan alhamdulillah, syukur, sekurang2nya saya sedar awal. Kalau lah ditakdirkan saya tak sedar2, mungkin lagi susah untuk kami perbaiki memandangkan bila dah besar makin bertambah pulak kerenah.

Apa pun, sebagai kakak, tiada apa yang lebih membahagiakan apabila melihat adik senang dan gembira. Moga dia dapat membuktikan kebolehannya di mata-mata yang ingin melihat, bersikap lebih matang, berkomunikasi lebih ramah dan berjimat dengan lebih berhemah (umi selalu bimbang kalau2 dia tak makan sebab badan kering je macam gitar) :D

:: ALLAH JUA YANG TAHU APA YANG TERBAIK UNTUKNYA ::





Sebagai melengkapkan t&s :DD

kak nisa
kak shuhada
kak ain