Wednesday 30 May 2012

Syukur Saya 19

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur. Kerana masih diberi ruang dan peluang untuk publish entry kali ini. As I have told you before, (kalau masih ingat lah) I wanna have my 29th post on 29th May which is my 19th birthday. Soo, look.. I did it! Hehehe.

First of all, thanks to Allah because HE never forget to wake me up everyday. And today, HE makes my close persons not to forget my special day. And again thank you very much for all the wishes and du'as.. I appreciate all your kindness ;-)

Sedar tak sedar rupanya sudah genap 19 tahun saya hidup di muka bumi ini. Ya, tidak dinafikan ramai lagi manusia di luar sana yang menganggap bahawa usia 19 adalah masih mentah, hidup jua masih dikira setahun jagung. Saya juga mengaku banyak lagi perkara yang belum diketahui dan perlu dilalui. Dan saya juga pernah terfikir..tatkala berumur 19 tahun, Sultan Muhammad Al-Fateh sudah mampu menakluk kota besar Constantinople, tapi..bagaimana pula dengan saya??? Apakah jasa yang telah saya taburkan dan budi yang telah saya pahatkan kepada agama, bangsa, keluarga dan ibu bapa terutamanya.

19 tahun yang lalu, umi bersusah payah bertarung nyawa untuk melahirkan anak ke-4 iaitu seorang puteri. Alhamulillah proses kelahiran mampu dilakukan secara normal walaupun terlewat seminggu. (pernah terdengar orang cakap, anak yg lahir terlewat daripada tarikh yg ditetapkan, seorang yang matang, sbb dah matang dalam perut. hewhew) Tepat jam 2.58 petang 29 Mei 1993 bermula lah episod hidup seorang annisa yang diberi nama Siti Nadiah. Sejak itu, abah dan umi berusaha bersungguh sungguh untuk membentuk peribadi puteri tunggalnya agar tidak menyerupai saudara2 lelakinya. Alhamdulillah, satu kalimah yang mampu diucapkan kerana bagi saya, niat dan usaha mereka diberkati Allah dan mereka berjaya mendidik seorang puteri yang punya pegangan agama dan hidup yang tersendiri.

Pernah abah ungkapkan, mempunyai anak perempuan ini bukan senang untuk dididik. Mungkin Allah tahu bahawa abah hanya mampu mendidik seorang. Maka seorang lah yang dikurniakan. Ya, ramai yang tahu bahawa wanita lah golongan terbanyak menjadi ahli neraka. Saya sedar akan itu. Dan saya juga sedar bahawa andainya seseorang wanita itu telah rebah dan longlai di dalam api yang menjulang, bukan dirinya sahaja yang rentung dibakar, malah, suami, anak lelaki, bapa, saudara lelaki(adik beradik) turut diheret sama. Nauzubillah..Saya tak mahu menjadi penyebab dan menjadikan mereka turut terseksa. Justeru, bantu lah saya untuk teguhkan iman, tetapkan akidah, dan tingkatkan ketakwaan agar dapat memelihara diri dan bantu menyelamatkan mereka di sekeliling.  Dan saya juga bersyukur kerana diberi peluang untuk sedar akan hakikat ini.

Bergelar anak tunggal perempuan bukanlah hal materialistik yang perlu difikirkan semata mata. Namun, ingatlah..hal ini ibarat nasib mereka berada di tangan kita. Bertindak bijaklah dengan memilih jalan kebenaran.

Andai disebut satu persatu nyata panjang berjela lah nama yang ingin diucapkan jutaan terima kasih. Seluruh ahli keluarga telah bersusah payah mempersiapkan satu jamuan kecil kecilan untuk menjamu saudara mara terdekat. Umi abah along angah abang naim, terima kasih yg tidak terhingga. Sedih juga kerana adik tiada bersama untuk meraikan. Terima kasih juga buat umi angah adik bik suhana nek mah nek lin dan tak lupa kepada kak shuhada and cousin atas hadiah dan penghargaan yang diberikan. Semuanya amat bernilai dan bermakna.

Mohon dititpkan doa agar kehidupan kami sekeluarga sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya, sentiasa dipandu menuju ke jalan yang satu tanpa tergelincir walau sedikit pun, kami mampu menjadi anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa, dan dikurniakan imam yang soleh dan makmum makmum yang solehah serta zuriat2 yang menyejukkan mata dan hati ibu bapanya ;-DD








Wednesday 23 May 2012

LoveLetter ;D

Salamullahialaikum..

Alhamdulillah, yesterday was a great day. 1 Rejab already left and 1 great thing that I really proud (ish xbaik2) of, I managed to fasting. Yeahh because sometimes, for me it is not easy to fasting at home. I did not know why, maybe I used to live at hostel for 6 years of living and yesterday was the first day I was fasting at home for this 2012 (uishh teruk sgt ni kan dush dush =.=). Another great thing, although I was fasting, around 12 at noon until 2++ pm I was accompanying my mother who was eager to buy some flowers. (tenga2hari tuu kot. Luckily the weather is not tooo hot as usual) Just for a decoration to put on at a corner or somewhere at our house. Actually, last Saturday we went to Nilai 3 and my mum already bought two vases. Till then, we bought the flowers pulak. (tp bukan bunga hidup pun but I really2 love it because it follows my taste, beautiful nice and simple). Returned back at home and around 5 pm (today my dad came back early) both of us, me ad my dad went to a free carpark area near Stadium Melawati Shah Alam to have my driving class. Ngeh2. It's not a formal class actually, just to give me some basics and unfortunately today was my last class with dad. Starting from tomorrow I will have my formal class. Blow me some of luck kay so that i don't have to pay for extra class (if failed it is needed). Then, at night i was trying hard to make karipaps. Hukhuk. Tiba2 abah mintak so as the reward I asked for cendol. (tiba2 rasa kempunan pulak, sejak semalam). Sampai kena postpone plan nak skype dengan orang jauh. Its okayy.. Esok masih ada, insyaAllah ;)

The intro is just some stories about myself. Terasa rajin pulak nak bercerita tentang diri sendiri hari ini. Sebab every time I manage to use my time wisely, I'll feel very2 happy :D:D Sorry if the stories actually unneeded!

..................................................................................................................................................................

THIS IS FOR YOU


Every day, I never forget to look at the calendar. Is 18th July is coming closer?? The first time you told me that you are going back on 18th July, at that moment I immediately marked on at my cell phone's calendar. It's almost a year we do not meet each other. But as I have said at facebook 'budak oversea dapat scolarship mcm durian runtuh' i am sure, of course we still can meet once a year, haha. 


And i have promised before to make a post for you. Here it comes ;)


I am glad that you are going to finish your First Year in medicine soon. But for now, you still have papers for final exam. I never forget to have your name in my du'as. Sometimes, you are mambling to me and say that you feel the laziness to study, lose the focus and feel discourage. Yeahh I know how is that feelings..


But, please remember my dear..


Our path, our field, our career actually do not really need a genius. I am NOT a genius as well. We just have to be hardworking persons. And that's how we can cope with our life. We are in the same field but what make us difference is the distance. Allah knows that you can do better if you are far away. You will be more courage, more cautious, more matured, more independent and another more more and more. That is the answer why you are there??


For every single living things, they will have their own bad times. And I know both of us have ours as well. I am not going to say that I can settle down all my problems easily but just to share with you that every problems every difficulties every bad times have their own key to solve. Then it depends on us how to find the key. For the bad times I have, I keep reflecting back and accusing myself to have any wrongdoings. Each of us have to admit that we may do something wrong without realise about it. That's why we should never stop to ask for HIS forgiveness. We should always hope that HE will polish our hearts at every moment and remove away the bad stains every minute.


My dear,


It is better for us to have a good mind set and always refresh our niat. As you are at bumi anbiya, try to get as much knowledge as you can so that you can share with me everytime you feel free ;) 


Till then, I always pray the best for you as I love you because of ALLAH. May HE ease our ways :D:D




With love,


ma[H]ay ~


::finish written at 3:37 am 23/5/2012

Friday 18 May 2012

O Allah, Please Hear Me T_T

Assalamualaikum

Semakin hari kita semakin dewasa. Banyak benda yang perlu kita hadapi dan kadang-kadang kita tak tahu kita mampu ke tidak untuk lalui segala dugaan. Tanpa adanya pahit itu, yang manis tak akan terasa bukan? Hidup sebagai seorang manusia, satu benda yang perlu kita belajar (instead of memang banyak lagi benda lain yang perlu dipelajari). Belajar untuk terima kenyataan, walaupun ianya pahit. Kelatnya pahit itu kadang-kadang boleh menyebabkan air mata turut bergenang. Tiada siapa pernah meminta agar perkara yang tidak disukainya terjadi kan? Walaupun bukan terjadi kepada diri sendiri. Tapi serius hal ini bukanlah benda baik, sebab itu tidak disukai.

Please, just be realistic for what you have done! Don't simply do things without thinking the consequences. You might hurt others especially the beloved ones. We should be grateful because we have the understanding people around us. I just saying this because i care much about you although i know that you wouldn't hear me. O Allah, please soften and whiten their hearts!

p/s: i don't know whether the word 'whiten' is exist or not. huhu






Sunday 13 May 2012

End & Begin

Salamullahialaikum..kesejahteraan daripada Allah ke atas kalian, insyaAllah!

Wahhh dah hampir sebulan tak menarikan jari di atas keyboard untuk update blog ni. Sampai kan format new post ni pun dah lain. Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan kerajinan. Ahhaa.

An Ending Is Just A Beginning. Means, satu pengakhiran itu sebenarnya adalah satu permulaan. Sedar tak sedar itu adalah hakikat. Seperti mana pengakhiran hidup di dunia sebenarnya adalah permulaan untuk kita hidup di alam sana. Sebab itu lah Rasulullah SAW tidak menolak tatkala Jibrail AS ingin meleraikan roh daripada jasad. Sebab baginda dah x sabar nak bertemu dengan Penciptanya.

Alhamdulillah, 10 bulan menjalani hidup dengan title student foundation telah berakhir. Memulakan langkah dengan kosong, terpinga pinga di tempat orang, tiada kawan dahulu berjalan seiring akhirnya dapat menamatkan segalanya dengan lancar. Sekejap sangat masa berlalu. Namun, waktu yang sekejap itu lah yang sangat berharga. Walaupun hidup jauh di pedalaman, ceruk kampung, sempadan Siam, namun hidup di KMKN lah yang banyak merubah diri saya. Saya cuba untuk tidak berputus asa, saya cuba untuk tidak bersedih, saya cuba untuk kuatkan hati di saat musibah menimpa diri, saya cuba berfikiran positif, saya cuba menahan amarah, saya cuba untuk memahami orang lain dan saya cuba untuk menyimpan segalanya sendiri.

Saya bersyukur ditempatkan di KMKN kerana di sana saya jumpa ramai sahabat2 yang osem. Saya kagum dengan seorang sahabat kerana dia sangat istiqamah dalam menyampaikan dakwah dan bersemangat dalam menuturkan segalanya mengenai Islam. Kadang2 saya cuba perhatikan dia dari jauh. Semua yang ada pada dirinya kelihatan sempurna berbanding diri saya yang kerdil ini. Setiap pagi dia pasti bangun untuk qiamullail dan di waktu petang dia tidak menghabiskan masa seperti mana pelajar lain yang mengambil peluang untuk merehatkan diri. Memang tak hairan lah ilmu yang dia peroleh seperti air yang diserap sepenuhnya oleh span yang kering.

Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan beberapa sahabat yang sangat tabah. Salah seorang clasmate saya adalah batchmate abang kedua. 2012 umurnya menginjak 22 tahun berbeza tiga tahun dengan kami. Tak ramai yang mampu untuk memulakan segalanya dari kosong setelah perjalanan yang dilalui sudah hampir separuh. Kak M gelaran kami buatnya. Dahulu Kak M adalah student medic yang belajar di Mesir. Namun, di tahun kedua pegajiannya, ayahnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Tidak sanggup untuk meninggalkan ibu dan adik2 yang sememangnya hilang tempat bergantung, sebagai anak sulung Kak M mengambil keputusan untuk berkorban demi keluarga. Memohon daripada pihak Mara untuk menamatkan pengajian di Mesir dan menyambung di Malaysia. Rezeki itu ada tapi kita lah yang harus bersabar dan berusaha untuk mencarinya. Tatkala pengambilan batch kami barulah Kak M berpeluang untuk meneruskan pengajian itupun dengan syarat mulakan dari bawah. Kak M pernah ungkapkan kepada seorang sahabat, kalau dia mampu untuk repeat belajar walaupun sudah hampir ke tahun 3 kenapa tidak kalian mampu untuk repeat setelah berhasil memperoleh sekadar band 3.

Di KMKN jugalah saya bertemu dengan classmate2 yang sangat tekun dan konsisten belajar. Begitu juga yang sangat bersopan santun dan berlemah lembut. Hakikatnya, buruk dan baik itu ada di mana-mana dan saya memilih untuk mengetengahkan yang baik ;)

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat lecturers yang sangat baik hati, lawak dan sering memberi inspirasi dan kata motivasi. Mereka adalah Cg Azran (lec bio) Cg Hafizi (lec chem) Tc Syafeeza (lec bi) Cg Roslan (lec math) Cg Nik Nadiah (lec bio) Cg Hadidah (lec cts) Cg Rizanawati (lec it/mentor) dan Ust Ramli (lec ils). Lepas ni dah takde dah lawak jenaka cg azran, loghat english yang lucu cg hafizi dan game2 yang super best masa kelas English teacher syafeeza. Tak lupa juga kenangan bersama cg zana yang memang tak dapat dilupakan. Tersinggungkan hati cg tanpa sengaja dan kami berjaya melakukan satu surprise mohon maaf sehingga cg mengalirkan air mata keharuan. Memang kami tak akan lupa saat itu. Juga segala air tangan cg temasuklah bubur kacang, laksa dan kek serta kfc yang cg belanja utk kami mentee2 cg. Cg tersangatlah baik hati. Kadang2 cg melayan kami ibarat adik2 sendiri. Berkongsi cerita tak terkecuali kisah peribadi dahulu untuk kami ambil iktibar. Moga Allah dengar dan makbulkan hasrat cg untuk menambah zuriat.

KMKN's life ends means saya dah tak perlu lagi dah nak sibuk2 pasal kutip tutorial, remind kat clasmate buat benda tu buat benda ni, dateline assignment haribulan tu haribulan ni, msg kt 17 clasmate bnda yg sama, organize trip utk mlawat baby baru cg hadidah, organize utk celebrate bufday2 clasmte n prank2 yg menakutkan dan saya tak akan lagi menerima msg 7.30 pg tny 'kelas kat mana', msg 'jadual exam apa' .
Okayy..saya akan rindu memori2 yang tercipta. Saat kita berbuka puasa bersama, baca mathurat bersama, outing makan kfc bersama dan berkelah kt air terjun bersama.

Moga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Perjalanan masa depan masih banyak yang perlu ditempuh. Diri kerdil ini masih banyak yang perlu dipersiapkan kerana perjalanan hidup sebenar baru bermula tatkala diri tidak lagi bertitle pelajar KMKN. Kutitip doa buat sahabat2 agar ukhuwah kita kekal berpanjangan dan dapat mengistiqamahkan diri dengan usaha ketika di RCMP kelak. Tak lupa juga titipan doa buat yang sedang menduduki final exam ;)

















p/s : saya dah pandai cakap kedah..heee..credits to ija shariza & siti syahida
       cuma keinginan saya untuk berjalan2 tengah bendang belum tercapai