Ukhuwah fillah abadan abada..
Bertemu dan berpisah kerana Allah..
Kita selalu mendengar rangkai kata ini, namun hakikatnya, tak ramai yang dapat hayati.
Bila sesuatu hubungan itu tercipta menurut landasan yg betul, niat yg ikhlas, mencintai saudara mahupun sahabat kerana Allah, pasti manis dan indah ukhuwah itu. Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk kita harungi segalanya bersama. Andai perpisahan itu terjadi, tiada apa yang perlu dikesalkan kerana janji Allah untuk pertemukan kita di syurga itu pasti. Hanya sebab, kita pernah saling mencintai kerana Dia di dunia ini. Walaupun pertemuan itu seketika cuma..hati kalian telah berjaya menyentuh hati kami. Kami pasti berasa selamat dan tenang, andai kami bersama kalian kelak. Doakan moga Allah mempertemukan kita kembali kelak.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment