Saturday 7 January 2012
TITIPAN 2011
Alhamdulillah. Telah hampir seminggu kita melangkah ke tahun Masihi 2012. Pasti banyak memori dan kenangan yang tercatat dalam diari 2011. Namun bagi saya, tahun 2011 adalah tahun di mana telah berlaku banyak peristiwa yang tidak pernah dirancang atau pun mengejutkan. Saya sendiri tidak pernah menyangka bahawa saya akan mengalami pengalaman 'itu' seawal usia 18 tahun. Setelah berfikir secara rasional dan terbuka alhamdulillah dapat diatasi 'kekacauan' tersebut. Bermula Januari 2011 juga lah saya tiba2 punya keinginan untuk bekerja. Serius, sebelum ini saya tidak pernah merancang untuk mencurah bakti di mana2. Apa yang dirancang hanyalah ingin mengikuti kelas bakery. Namun semuanya tidak menjadi. Rancangan saya berubah hanya kerana rasa tercabar setelah mengetahui bahawa seorang sahabat telah mula bekerja di Kedai Kain Hasmadi, Ketereh. Huhu. Dan sehingga kini saya tidak pernah menceritakan kepada sesiapa kenapa sebenarnya saya ingin bekerja. Memilih untuk bekerja di farmasi pada mulanya kerana ingin menimba pengalaman dan pengetahuan dalam bidang tersebut. Setelah terjadinya berbagai peristiwa bermula usia 12 tahun sehingga 17 tahun, saya telah bertekad untuk mengambil bidang farmasi sebagai kerjaya. Namun, takdir Allah tiada siapa yang dapat menebaknya. Segala2nya bermula apabila dengan tidak disangka2 saya memperoleh keputusan SPM yang agak cemerlang, 10A 1B. Yang lebih mengejutkan B yang saya peroleh adalah Chemistry, bkn Biology. Memang tidak dapat dinafikan bahawa saya sedih bahawa B itu adalah Chemistry kerana selama ini selama ini subjek yang paling saya tidak dapat kuasai adalah Biology. Dengan izin Allah, punya keputusan SPM sebegitu, impian saya untuk membuka satu farmasi suatu hari nanti juga telah tersimpang nampak gayanya. Saya sangat terkejut malah menggeletar agaknya sebaik sahaja mengetahui bahawa permohonan saya untuk mendapatkan biasiswa MARA dalam bidang perubatan untuk pengajian dalam negara telah berjaya. Sedikit pelik kerana rasanya saya tidak menerima berita tersebut dengan perasaan sangat2 gembira sebagaimana calon lain yang juga berjaya. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Saya menjadi sedikit tertekan dan lebih banyak berfikir. Inilah kali pertama saya berusaha berfikir serasional mungkin untuk membuat satu pilihan yang sangat mustahak dan melibatkan masa depan seluruhnya. Namun, apa yang saya masih ingat sehingga kini, umi sangat2 gembira apabila mendapat tahu bahawa saya telah dipilih untuk melanjutkan peajaran dalam bidang perubatan. Tatkala itu saya punya dua pilihan, antara medic under MARA atau asasi sains UiTM. Jika mengikuti program asasi, saya masih berpeluang untuk menjadi seorang ahli farmasi. Seolah2 di sini saya terpaksa memilih untuk menjadi seorang ahli farmasi atau doktor. Sebenarnya, saya punya alasan tersendiri kenapa saya ingin menjadi ahli farmasi pada mulanya. Alhamdulillah setelah lebih kurang seminggu mengalami kekacauan jiwa dan fikiran, saya telah menetapkan satu keputusan. Dengan petunjuk yang diterima, saya telah memilih doktor sebagai kerjaya dengan lapang dada insyaAllah. Memandangkan cuti saya masih lagi berbaki hampir satu bulan setengah di saat sahabat2 lain sibuk mendaftarkan diri di matrikulasi mahupun asasi, saya mengambil peluang tersebut untuk mempersiapkan diri dengan bidang yang bakal ditempuhi. Satu lagi peristiwa yang saya tidak pernah terfikir pun telah berlaku, iaitu bermusafir ke rumah ibu saudara di Johor dan bermukim di sana selama 2 minggu. Ibu saudara saya mempunyai sebuah poliklinik. Justeru, saban hari saya akan mengikutinya keluar bekerja untuk mendapatkan pendedahan awal mengenai kerjaya doktor. Walaupun hanya 14 hari saya di sana, banyak ilmu dan pengalaman yang telah dapat dikutip. Masih tidak dapat dilupakan peristiwa melihat seorang bayi perempuan dikhatankan (nasib je dalam 2 mggu tu takde kanak2 lelaki yang dikhatankan. huhu), seorang lelaki dewasa menjalani dressing untuk jahitan di jarinya yang hampir terputus, seorang ibu tua dan gadis muda dijahit kepalanya kerana rebah di dapur secara tidak sengaja ketika ingin mempersiapkan makan tengah hari dan accident motor bersama teman lelaki serta banyak lagi peristiwa2 lain. Memandangkan poliklinik tersebut mempunyai seorang doktor wanita, maka ramailah wanita2 mengandung yang datang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk ultrasound. Jutaan terima kasih kepada Dr Fauzanah dan Dr Arba'ai kerana telah sanggup memberi tunjuk ajar semampunya kepada anak saudaranya yang masih hijau ini. Tanggal 10 Julai 2011 saya telah mendaftarkan diri di Kolej Mara Kuala Nerang. Sem 1 di KMKN adalah fasa penyesuaian diri saya dengan persekitaran baru. Tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang sem 1 saya banyak mengusahakan kolam air mata. No no no no. Bukan kerana homesick lah. Saya bukan jenis yang homesick okay. (sbb tu xpenah mengaku bahawa saya seorang ank yang manja. heee...) Segala peristiwa pahit dan kelat yang telah terjadi telah melahirkan seorang Nadiah yang baru. Mungkin ini juga muncul seiring dengan pertambahan usia, maka logiklah diri menjadi semakin matang. Ayah saya juga pernah menyatakan bahawa beliau nampak akan perubahan dalam diri saya. InsyaAllah perubahan yang dimaksudkan adalah yang positif belaka. Sama ada percaya atau tidak, saya telah mula mengorak langkah untuk menjadi seorang ahli perubatan. Inilah yang sering saya fikirkan sendirian. Semakin lama saya semakin redha dengan ketentuan Dia. (redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. hehe) Sesungguhnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk saya. Mugkin itulah jawapan paling tepat bagi persoalan kenapa saya ditempatkan di sini. Siapa sangka cita2 yang sering disebut2 sejak berumur 7 tahun benar2 akan menjadi kenyataan. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Semuanya berjalan dengan baik sehingga lah penghujung tahun 2011. Masih teringat lagi suatu ketika saya menceritakan sesuatu kepada abah melalui satu paggilan telefon. Pada akhir perbualan abah nasihatkan anak gadisnya yang sorang ni...
1) Jangan menangis depan orang
2) Belajar kawal perasaan
3) Jangan ikut flow diri (sama lah ni dgn yg ke 2)
4) Jadi kuat luaran mahupun dalaman
5) Jangan jadi orang pertama (saya kena ada experience dulu tengok orang lain melakukan sesuatu sebelum diri sendiri melaksanakan)
6) Beranikan diri hadapi trauma
Mungkin ada sesetengah kenyataan di atas ada perkara yang kalian tidak mengerti. Tidak mengapa lah sekiranya hanya saya sendiri yang tahu. Abahlah kaunselor peribadi saya sejak kecil hingga sekarang. Setiap patah yang beliau katakan saya pasti tidak berani membantah. Apa yang saya tahu, saya sangat sayang akan abah saya! ;-)
InsyaAllah sem2 ni tidak akan punya sejarah serupa dengan sem1. Segala nasihat yang telah diberikan akan cuba saya laksanakan sebaik mungkin!
Saya percaya 2012 juga bakal mencorak kenangan yang berwarna warni...
:: Baguslah kan kalau kita punya azam yang lebih baik. InsyaAllah semuanya untuk kebaikan diri kita juga. Moga tidak menghampakan orang sekeliling ::
:: Salah 1 sebab kenapa saya tidak sabar untuk pulang ke kolej, nk join usrah, lagi dan lagi. Di KMKN inilah saya mula menghayati manisnya berusrah. Ibarat tiada langsung walau secebis halangan untuk kami berkongsi cerita apa jua variasi. Seronok juga kerana selalu mendapat peringatan sekali gus meneutralkan kembali apa jua pemikiran atau perasaan yang muncul dalam diri ::
:: Lain kali saya akan post mengenai pengisian usrah yang diterima untuk dikongsi bersama ::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment