Sem 2 baru sahaja bermula. Tak sampai sebulan pun lagi. Tapi dah bermacam-macam perkara yang berlaku. Hidup menjadi semakin hectic. Mahu tidak mahu saya harus membiasakan diri dengan keadaan seperti ini. Mungkin keadaan selepas ini akan bertambah hectic nya, kan. Huhu. So, sepanjang minggu ini pun banyak perkara yang boleh di story. Ahad lalu bersamaan 15 Januari merupakan hari keputeraan sultan Kedah. Oleh itu, kami pelajar2 di negeri utara ini mendapat public holiday. Event yang saya sertai pada hari tersebut ialah Program Khidmat Masyarakat yang diadakan di Kg Kubang Palas, Kuala Nerang. Program ini sebenarnya dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional, PEMBINA dan KMKN adalah salah satu tempat PEMBINA menggerakkan aktivitinya. Justeru, kami sebagai pelajar2 yang bakal memasuki RCMP dijemput menyertai program tersebut. Kiranya kami assist la aktiviti2 yang diadakan di situ termasuk gotong-royong memasak, menguruskan pertandingan mewarna kanak-kanak, assist doctor2 dari Hospital Sultanah Bahiyah melakukan rawatan, menguruskan bahagian pendaftaran rawatan pesakit, mengagih ubat-ubatan dan yang paling penting menjadi peserta menderma darah (it was my 2nd time to donate. Biasalah org darah O mmg universal donater. Hehe.) Kerana nak menjimatkan masa, saya cut2 lah story. Paparkan gambar je ye.. dan ini ada link berkaitan,
http://pembinarcmp.net/2012/01/18/pembina-rcmp-bersama-jayakan-program-khidmat-masyarakat-kuala-nerang-kedah-darul-aman/
|
Yang tengah tdg kuning tu bkn student lah. Cg Nadia. Kaunselor. Muda lagi. Baru je kawen. Ngeh2 |
|
mak cik yang belakang tu namanya Mak Ngah kalau x silap. xde gigi orangnye. hehe |
|
ajk ubat-ubatan |
|
seekor lembu selamat ditumbangkan sempena majlis pada hari ini |
|
still shivering lepas kena cucuk. haihh |
|
take a rest after donating |
|
sesi pertandingan mewarna hendak bermula |
|
Teha try cek bp manually guna steteskop n her patient is me!
Oh ya..sebenarnya pagi tu kami bertolak lebih kurang jam 7.30 pagi dan akhirnya kami bergerak pulang ke KMKN jam 4.00 petang. Memang letih tak terkira lah rasanya bila sampai bilik petang tu kerana saya terus merebahkan diri dan skip dinner meal. Ok x larat nak turun. Akhirnya dinner mee sedap je. Huhu. Dan malam tu juga saya tertidur lebih awal hingga terskip moment2 nak prank Ainee Sarah. Tanggal 16 Januari adalah tanggal kelahiran Ainee yang ke 19. Ainee adalah naqibah dalam usrah Miftahul Jannah. So, kami ahli2 usrah dan classmate dia telah berpakat untuk melakukan kejutan dan ketidakbetulan. Memandangkan ainee seorang yang sangat gemar memakan biskut oreo maka mereka (saya x smpat nak join) telah modified sedikit biskut tersebut. Inti cream nya telah diganti dengan perasa fresh dari ubat gigi. Ainee yang menyangka oreo tersebut berinti mint cream mengunyah tanpa ragu. HOho.. Tapi reaksi seterusnya, saya dah tak tau..heee. 16hb malam pula kami mengadakan jamuan besar2an utk Ainee di bilik F229. Combine lah antara classmate, ahli usrah dan roommate dia. Fuhhh.. kalau lah abah tau saya makan tengah2 malam mesti dah kena tadah telinga dah. Hampir 12 tengah malam juga lah baru kami memulakan majlis kerana faktor2 yang tak dapat dielakkan. Habis sebungkus nasi goreng pattaya diselamatkan menjadi darah daging saya.
Dan kelmarin tanggal 18 Januari adalah hari kelahiran sahabat saya NUR HASYIMAH BT AZEMI. Perkara unik yang saya lakukan adalah mengewish kepadanya sebanyak 2x. Pertama adalah pada ketika waktu Malaysia jam 12.01am 18 Jan dan kali keduanya pada saat 12.01am 18 Jan waktu di Mesir. Hehe..Mah! Nak tuntut hadiah balik lah dulu kalau ye pun! |
Eh, rasa macam banyak nak cerita..Tp kenapa cam sikit je ni..hmmm..Dah cut2 habis jd no idea plak nih. Banyak je aktiviti kna bt time raya cina ni. And yang paling syok adalahhhh..........pada hari Sabtu ni saya akan berpicnic bersama rakan2 sekelas a.k.a mentee2 dari mentor yang sama di Titi Hayun waterfall. Tak sabar menanti..hehe
No comments:
Post a Comment