Saturday, 28 January 2012

Musibah

Innalillahiwainnailaihirajiun..daripada Allah kita datang kepada Allah jua lah kita kembali.

Rilek2..jgn cuak..xde sesiapa pun yang meninggal..hehe

Apabila ditimpa musibah bukan kah lebih afdhal kita mengungkap kalimat ini. Ingat kan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Pada awalnya, sesi beramah mesra antara mentor dan mentee berjalan dengan sangat lancar. Kami bertolak dari KMKN lebih kurang jam 8.30 pagi. (Malam sebelum tu ye2 je Akhyar-class rep- msg kt sy suruh berkumpul jam 7.45 pg. Sudahnya, budak lelaki jgk yag lewat. Haihhh..And then lepas tu kitorang tunggu teacher sampai) Sampai di Titi Hayun, Yan jam 9.45 pg. Memandangkan masih tidak kelihatan kelibat dua orang guru a.k.a mentor kami Teacher Syafeeza dan Cg Rizanawati, kami mula bergerak sendiri mencari port yang sesuai untuk melakukan aktiviti.

with my mentor Cg Zana!

Teacher Syafeeza with Una and Yayan and her baby :D


Oh ya..yang mengikuti picnic ini adalah 12 lelaki dan 20 perempuan dan semua classmate saya hadir memandangkan sebenarnya ini adalah rancangan daripada kelas kami. Tapi ada pihak2 yang telah menjemput foreigner, berlapang dada sahajalah..huhu.





 First aktiviti kami adalah senamrobik. Berlatarbelakangkan lagu Jai Hoo dan di conduct oleh Nazrin (not my classmate but mentee-mate, yes)..


port xbpe cantik sbb bkn tmpat lapang btul


Sebenarnya xbanyak pun aktiviti kami. hehe. Lepas tu 4 5 org budak laki stop exercise sbb teacher dah sampai and diorang pergilah tolong setel kan barang2 yang perlu. Tup2 teacher suruh kitorang maen2 je kat area bawah. Katanya senang nak jenguk. Bergerak turun lah kami semua.

kami..gadis2 M2. sepatutnya 15 org semuanya. lelaki kami hanya 3. huhu  



patah balik turun bawah
Sambunglah kami bersenamrobik di area bawah. Dekat tempat parkir kereta. Selesai Jai Ho 3 4 round sambung pulak dgn chicken dance.







Seterusnya barulah kami diberi kesempatan untuk mengisi perut..Teacher belikan nasi lemak sebagai minum pagi. Bertebaranlah kami makan di atas2 batu..




Seusai makan kami berpoya2 seketika sambil menunggu arahan daripada budak lelaki untuk memulakan game..Mostly picnic ni mmg banyak budak lelaki yang handle. huhu..Kami bergerak mengikut arahan jer..hehe



Okeh2..Edien dah bg arahan dan ajak main. "Kotak Beracun". Walaupun game biasa selalu dengar tapi tetap fun! =D Buatlah kami akan satu bulatan sambil duduk atas tanah.





ni lah edien. 1/3 lelaki malaya M2. Hoho


Game ni best..sbb semua org sporting! Mangsa pertama yang terkena ialah Kamil! haha.. tak sempat nak snap gambar dia. Bersungguh2 mencium batang pokok sambil menjerit I LOVE KMKN. Alih2 turn kedua kotak berhenti kat tangan saya pulak masa lagu diberhentikan. Haihhh..Org x ready lg ni..disuruh pulak TIRU GAYA FARID KHOSIM..huish..mne la reti..kawan2 lain apa lagi..diorang bgtau sebut je "ya hayyu ya qayyum ya hayyu ya qayyum.. ibu saya seorang IR" haha..memang tak dapat la kan nak tiru gaya sebijik macam dia. Orang paling berkaki lebar kot kat KMKN ehem2 berkaliber sebenarnya. hehe. Anak emas pengarah lagi..haha. (oppss..sori laa..tersebut sikit2 pasal anda. tapi, saya tetap respect kt dia. huhu) dan turn2 org lain jgak banyak yang menarik..

gelek gerudi mcm Inul Dangdut nasib baik kna kt Nazrin. Fuhh


Teha jln kepit kaki 10 langkah

yang ni apa lagi??? kena terjun sungai la

Bella posing je boleh..kena panjat pokok sebenarnya

Zuhri terkena plak propose sesape yg lahir 15 Jun (Mas) smbil nyanyi lgu Twinkle2
Fatin Ali : cabut bunga, bg kt pakcik keling yang jual aiskrim dan ckp kt dia i love u
Dayah : silat
Pura : amik secawan air sungai, curah kat sesape yg dia nak dan yg terkenanya adalah Aqlan. huhu. nasib lah
Idan : buat gaya sakit perut tapi xjumpa tandas
Akhyar : greet mak cik sebelah tanya dia ada anak perempuan x
Domo : nyanyi lagu hindustan sambil menari
Amirul : nyanyi lagu Ombak Rindu sambil kepit hidung
Fini : promote produk kecantikan

hurm..xegt dah yang laen..huhu. Lebih kurang jam 12.30 tghari baru kami dibenarkan mandi. 

Kisah musibahnye baru nak bermula...huhu

Sewaktu duduk2 dalam bulatan lagi saya terasa seperti digigit sesuatu. Pandang ke kiri dan kanan, betullah ada semut rupa2nya. Berwarna hitam dan saiznya agak besar macam kerengga. Huhu. Masa mula2 tu saya bt dunno je. Sampai lah bila nak masuk air mandi tbe2 terasa seluruh badan gatal2. Ya Allah, dah membengkak rupanya seluruh badan gara2 gigitan semut tadi. Spot kena gigit hanya di kaki sahaja sebenarnya tapi naik smpai ke muka bengkaknye. Apa lagi, saya minta Tira maklumkan pada teacher dalam keadaan saya belum masuk ke sungai. Saya tak mahu dikatakan kulit saya bermasalah kerana air di situ yag tercemar. Teacher dan husband dia pun datang lah dan masing2 mengatakan allergic. Yang peliknya sepanjang hidup saya memang tak pernah kena allergic. Memandangkan saya mentee Cg Zana, teacher minta lah Cg Zana bw sy ke hospital dan dia menguruskan rakan2 sy yg lain. Thanks to Wana sbb menawarkan diri utk teman sy pergi hospital. Semasa sedang menunggu suami Cg Zana sampai sy terduduk di tepi kereta sambil menahan rasa gatal seluruh badan. Tiba2 datang seorang makcik menyapa. Dia ingatkan saya terseliuh kaki dan ingin menawarkan bantuan untuk mengurut tapi sebanarnya hal lain yang terjadi. Dia pun terkejut melihat seluruh tubuh saya bengkak2. Tiba2 dia cakap kalau xkisah dia ada seorang anak yang mungkin dapat membantu. Cg hanya mengiyakan sahaja. Datanglah seorang kanak2 perempuan bertudung dalam lingkungan 10 11 tahun. Saya menghulurkan lengan kanan kepadanya. Dia hanya melihat sambil memegang lengan saya. Katanya saya perlu mandi air sungai. Saya pun mula masuk ke dalam sungai sambil ditemani oleh adik tersebut. Dia suruh saya merendamkan diri sambil diusapnya lengan saya seiring dengan bacaan ayat Kursi. Saya juga megikutnya melakukan perkara yang sama. Ada juga adik tersebut menekapkan duit syiling 5 sen dan sebatang daun di lengan saya serta membacakan doa semoga diberi kesembuhan sambil menyebut nama saya.  Pada mulanya rasa gatal tersebut hanya terasa di lengan, namun tiba2 ianya beralih ke kaki seterusnya ke kepala. Puas adik tersebut membantu saya namun keadaan saya tidak berkurang sedikit pun. Malah bertambah lagi. Akhirnya, adik tersebut mengatakan bahawa dia hanya mampu membantu sampai di situ sahaja. Apa pun, saya tetap berterima kasih kepadanya. Sesudah itu, saya tetap menyuarakan hasrat kepada cg untuk pergi ke hospital. Ketika hendak naik semula ke tebing saya asyik berasa mual dan terhuyung hayang. Beberapa kali jugalah hampir terjatuh kerana terlanggar batu. Apabila melihat diri sendiri di hadapan cermin di dalam tandas saya juga seakan2 tidak percaya kerana wajah saya nampak berlainan benar. Ditambah pula dengan muka pucat lesi dan bibir putih membeku. Sebelum keluar saya gagahkan diri juga utk siap2 mengambil wudhu' kerana mungkin selepas ini saya boleh menunaikan solat Zohor di mana2. Lebih kurang jam 1.30 kami mula bergerak ke hospital. Setibanya di Hospital Yan cg terus membawa saya ke unit kecemasan kerana dikhuatiri terpaksa menunggu lama di unit pesakit luar. Ketika cg sibuk mendaftar, saya cuba mencari tempat untuk duduk. Tiba2 ada seorang makcik nampak saya kuat menggigil dan memaklumkan kepada pegawai di situ. Saya terus dibawa masuk untuk mendapatkan rawatan. Sebenarnya memang saya seorang yang cepat sejuk dan dari tadi lagi saya rasa kesejukan kerana mandi. Lagipun saya membuat andaian sendiri mungkin saya menggigil kerana badan saya mula hendak menyesuaikan diri dengan jangkitan baru.Apa pun thanks kepada makcik tu. Kalau x mugkin saya terpaksa tunggu lebih lama lagi untuk dirawat. Sebelum dirawat saya diberi katil untuk berbaring dan berselimut. Tidak lama kemudian datang seorang pegawai lelaki. Tak ingat lah dia buat apa tapi yang pasti dia ada cucuk di bahagian atas tapak tangan kiri saya untuk memasukkan ubat dan air. Sesudah itu dikepitkan pula jari telunjuk sebelah kanan dengan apa ntah sebelum dibiarkan selama sejam untuk menunggu  tindak balas dari saya. Saya perasan pegawai tu pakai sarung tangan sejak dari awal. Oleh itu, saya memaklumkan kepada cg bahawa saya hendak solat ketika diberi ruang selama sejam untuk berehat. Buat kali pertama saya solat sambil berbaring. Huhu. Dan kemudian saya tertidur....

Saya tersedar setelah terdengar bunyi suara daripada pegawai tersebut. Cg ckp sy dah boleh balik sekarang kerana keadaan dah stabil. Alhamdulillah saya tidak perlu ditahan di wad. Lebih kurang jam 3 petang kami bergerak dari Yan dan jam     4 ++ petang saya tiba di kolej. Alhamdulillah bengkak2 tersebut semakin surut dan saya tidak lagi menggigil. Yang tinggal hanyalah kesan2 merah di seluruh badan dan masih lagi rasa gatal2. Keadaan saya semakin elok sehinggalah ke Maghrib dan Isyak. Saya juga telah menjalankan kehidupan seperti biasa dengan bersiap sedia untuk melakukan presentation pada hari esok. Presentation tersebut adalah mengenai research yang telah kami jalankan semasa sem break lepas dan ianya sangat penting kerana akan membawa carry mark dalam 3 subjek iaitu Biology, English dan Critical Thinking. Malam itu saya rasa saya telah sembuh seperti sedia kala walaupun tidak sepenuhnya. Bersungguh2 saya melakukan persiapan untuk presentation sehingga jam 2.30 pagi. Tepat jam 3 pagi saya sudah mula bersedia untuk tidur setelah selesai menyiapkan segalanya termasuk menggosok baju. Huhu. Namun, malangnya tiba2 rasa gatal tersebut datang kembali. Semakin lama menjadi semakin hebat rasanya. Saya cuba juga paksa diri untuk tidur namun tidak berjaya. Bengkak2 tersebut juga mula timbul kembali. Akhirnya pada jam 4 pagi saya nekadkan diri untuk mandi mana tahu kot2 akan berkurang. Ketika hendak keluar ke toilet saya nampak bilik sebelah cerah. Mugkin Ija baru bangun dan tengah sibuk edit slide. Saya pergi lah ketuk pintu bilik dia tapi senyap je. Dia takut kot nak bukak sbb pelik pg2 buta ada org ketuk. Hehe. Saya teruskan sahaja niat untuk mandi. Selesai mandi sy lihat bilik Ija masih cerah. Masuk bilik saya terus call dia. Dia ckp.."laa..mpa ka yg ketuk pintu td...kmi egtkn sapa.." hahaha..kan betul dia takut..ngeh2..Saya pergi ke bilik dia sekejap. Dia tengok tangan saya bengkak. Dia ckp biasanya kalau mcm ni sapu dengan air garam. Saya bgtau mna ada garam. Gula ada la. Dia pun mula hendak memanaskan air untuk bagi saya rendam. Sejurus selepas tu saya berlalu semula ke bilik sebab tak nak ganggu dia buat kerja. Cuma saya ckp kalau ada apa2 datanglah sebab saya tak rasa saya akan dapat tidur pd pg tu. Setelah lama duduk termenung sendirian dalam bilik Ija masuk bawak air panas. Dia suruh saya rendam tangan sekurang2nya saya tidak akan menggaru. Saya buat je seperti apa yang disuruh sehingga jam 5 pagi saya akhirnya tertidur. Bgun2 pagi esoknya, saya tengok tgn saya tidak lagi bengkak. Malah dah sembab. Sy terus mengambil keputusan untuk pergi ke hospital pd pg itu.Setelah selesai melalui prosedur di dalam kolej lebih kurang jam 8.30pg saya sudah berada di hospital. Jam 10.30pg sy mendapat suntikan kali kedua. Kata doktor ubat yang disuntik ini lebih tinggi dosnya berbanding semalam. Doktor juga memberi saya MC kerana kesan daripada suntikan saya pasti akan rasa mengantuk. Jam 11.15pg saya sudah berada di kolej kembali. Saya masih berkira untuk membuat presentation ataun tidak. Jika hendak buat, laratkah saya?? Jika tidak, saya mugkin telah menyusahkan group members yang lain dan saya jugak kne present sorg2 nanti. Hurmm..Sy msg kt teacher. And teacher reply : I showed cg wan (cg bio sy) ur msg. He said that u should rest so u dont have to present today.  Then, sy cuba untuk melelapkan mata dan berehat di sickbay. Pada waktu rehat Ina datang. Dia pegang tangan saya yang sembab. Dia cakap tangan saya panas. Tapi dia tak dapat jenguk saya lama sebab dia pun tengah tunggu turn nak present. Btw, thanks Ina sbb jenguk kte! ;-) Sebenarnya sepanjang kat sickbay tu tak nyenyak pun saya tidur. Saya pun pelik sbb doktor ckp sy mmg akan mengantuk. Ubat ini efektif ke x ni?? Huhu. (Pdhal 1 hari nanti insyaAllah saya juga bakal bergelar seorg doktor. Adakah doktor akan sentiasa dipersalahkan?? hehe)  Dlm 12.45 pm Didi call. Sblm tu mmg saya ada msg kt dia sbb xdpt nk mlksnakan kerja memandangkan saya sakit. Tak lama kemudian dia muncul di sickbay. Dlm msa yg sama Cg Zana pun datang. Cg saje jenguk untuk melihat keadaan saya. Saya cakap kalau boleh nak aje saya ikat kedua2 tangan ini berasingan seperti menggari di kepala katil supaya kedua2nya tak akan attract sesama sediri dan mulalah menggaru. Ni dah macam ada magnet. Huhu. Akhirnya cg tinggalkan saya dan Didi di sickbay untuk keluar ke pekan mencari garam kasar dan bedak sejuk. Tengah hari itu juga cg datang balik dan memberikan garam dan bedak sejuk kepada saya. Kebetulan semasa Didi ada di sickbay umi dia call. Saya terdengar dia ada menceritakan perihal saya kepada uminya. Petua yang umi dia cakap untuk saya cuba ialah melumurkan tanah di tempat yang bengkak dan gatal. Mana tahu boleh surut. Saya pun ajak Didi keluar untuk cari tanah. Namun, keadaan masih sama walaupun telah cuba mempraktis petua tersebut. Satu ayat dari Didi yang memang saya ingat hingga sekarang, " Bersabarlah. Allah dah bagi awak kulit cantik selama 19 tahun." hmm..saya sentiasa terfikir dan muhasabah diri. Apa pun saya x pernah kesal ditimpakan ujian. Malah saya sentiasa bersyukur. Dari segi kesihatan, keadaan saya memang sering terganggu sejak dari sekolah menengah lagi. Demam selsema tu setahun kadang2 3 4 kali. Sem lepas sebelum final masa study week pun 2x saya demam. Bersyukur kerana mungkin Allah sedang mengampunkan dosa2 kecil saya di saat saya sedang menghadapi kesusahan. Mungkin juga kesakitan yang saya sering alami itu kecil dan kerap berbanding orang lain yang terus ditimpa kecederaan parah. Di saat dia menimpakan sesuatu yang kecil ke atas kita mungkin dalam masa yang sama Dia sedang merancang kita terlepas daripada perkara yang lebih bahaya. Tengah hari itu saya ajak Didi lunch sekali sebab meal yang ds bg boleh membuat saya jd lebih parah kot. Telur dan udang! Huhu. Sudahnya saya makan nasi dan sayur sahaja. Nasib baik Didi ada belanja aiskrim dan air 100plus. Thanks Didi. Ngeh2..Alhamdulillah selepas solat Zohor tangan yang sembab mula surut sedikit demi sedikit. Nampaknya lepas tiga jam baru ubat ni berkesan. Huhu. Saya cepat2 bertukar fikiran untuk melakukan juga presentation. Lebih kurang jam 3.30 petang barulah semuanya selesai. Alhamdulillah. Pukul 4 ada pulak kerja sikit saya kena uruskan bersama sahabat2 JTAI. Diorang adalah snap tangan saya yang mula surut smbabnya.



Petang itu saya mandi larutan air garam dan bedak sejuk. Malam tu bila cerita kat umi xpasal2 kena gelak. Umi cakap bedak sejuk untuk sapu bukan untuk mandi! Hoho. Mana tahu. Saya ikut je apa orang cakap dan suruh buat. Kalau tak salah, cg suruh larutkan sekali air garam dan bedak sejuk. Hurmm. Malam tu saya tertidur awal. Bacaan pun terskip. Lepas Isyak lagi saya siap2 bertukar jd putih sebab sapu bedak sejuk seluruh badan. Saya tersedar dari tidur masa umi call. Umi cakap umi tengah on da way ke Kedah. Tp sebenarnya saya tak terkejut pun. Hehe. Lepas habis bacaan dalam 11.40 saya perasan Aina ada datang bilik. Saje nak jenguk saya kot. Esoknya saya tanya dia kenapa datang semalam. Dia cakap saje lah nak tengok sbb diorang cakap tangan awak dah jadi macam tangan Aliah. Haha. Haih melampau lah tu. Sape lah yang buat2 cerita plak ni. Xpe2. Dunt worry, saya maafkan. Hehe.

Isnin pagi jam 9 pagi tiba2 umi muncul depan bilik. Siap bwk air zamzam lagi. Fuhhhh ajaib betul. Salah saya jugak sebab dua hari ni asyik call dan msg ckp itu ini manalah umi xbimbang. Kan dah express datang Kedah. Umi datang dengan abah, along ng angah. Kesian diorang mesti letih. Umi ckp petang ahad tu jgk tiba2 abah ajk datang sini. Malam tu jugaklah dalam pukul 11 diorang bertolak dari Klang. Jam 5 pagi sampai di Alor Star. Pukul 9 ada kt KMKN dah eh. Huhu. Pagi tu saya keluar breakfast di Kuala Nerang. Lepas tu kitorag singgah rumah Kak Azwa kejap (kawan along yg banyak bantu sy di sini. Kebetulan rumah dia dekat2 sini). Tengah hari tu jugak abah ajak saya ke Alor Star. Untuk jumpa bapa mertua pakcik saya. Mugkin dia dapat membantu. Tapi setelah ditengok2 dikelih2 xde ape yang mengganggu saya sebenarnya termasuk tiny2 being. Alhamdulillah. So semua chilll..Dunt worry okey! ;-) Hehe. Mungkin ini hanya kerana gigitan semut hutan itu yang berbisa. Pakcik tu ada cakap memang ada sejenis semut yang agak berbahaya. Semut Selangor namanya. Sahlah saya kena gigit dengan semut tu. Memang akan ambil masa 4 5 hari jgklah nak baik. Sebelum balik dia ada bagi 2 botol air penawar. Satu untuk mandi satu untuk minum. Haihh..dah banyak koleksi air saya. Haha. Dengan air sungai adik tu bg lagi, smlm sy kirim Ina beli air 100plus botol besar lg. Haha. Petang tu lepas abah hntr sy balik KMKN, diorang terus ke Kulim rumah pakcik untuk berehat sebelum bergerak balik malam tu jgk. Abah memang tak nak balik hari Selasa sbb tak nak tersekat dalam jem yang berjela. Malam tu jam 11 lebih jgk lah diorang bertolak balik ke Klang. Kesiannya..2 malam tidur dalam kereta..Umi, abah, along, angah..Nadiah mintak maaf sebab menyusahkan ;-( Oh ya..sblm balik td pakcik tu pesan. Makan kena pantang. No ayam, no telur, no seafood and yang yes nye hanyalah nasi, sayur dan ikan. Huhu. Adoi laa..Nasib saya sebab minggu ni hari2 ds bg mkn ayam sama ada lunch atau dinner. Menguji kesabaran betul. Free2 je bg ayam kt org. Untunglah ina, teha, zafirah yg pernah dpt ayam free dari saya. Ada satu ketika tu memang makan nasi dengan sayur je. Dah jadi vegetarian plak. Haha. Umi kena percaya ni anak umi bersusah payah nak telan sayur. Hehe..Sampai bila la nak kena pantang ni???

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 7 lepas peristiwa tu berlaku. Keadaan saya semakin baik cuma belum 100% lg. Semalam umi ada call tanya keadaan saya. Umi ckp, biasalah penyakit tu senang je nak datang tapi nak baiknya lambat. Hurm. Betullah tu. So, bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang kita peroleh sekarang. Mungkin ada orang lain jatuh sakit lebih teruk daripada kita.

Sebelum mengakhiri tulisan, saya cuma nak cakap. Nadiah tahu abah selalu stalk blog ni. Hehe. Lepas ni abah jgn pulak xnak bawak Nadiah pergi mandi air terjun lagi. Nadiah xserik laa..Hehe. Bnda dah nak jadi, nak buat mcm mana kan.

And i'll sit for Standardised Test 1 on 30th and 31st of January. Do pray for me ya!

Terima kasih semuanya kerana mengambil berat tentang saya. Doakan moga saya cepat mendapat kesembuhan. ;-)


Thursday, 19 January 2012

15, 16, 18, 21

           Sem 2 baru sahaja bermula. Tak sampai sebulan pun lagi. Tapi dah bermacam-macam perkara yang berlaku. Hidup menjadi semakin hectic.  Mahu tidak mahu saya harus membiasakan diri dengan keadaan seperti ini. Mungkin keadaan selepas ini akan bertambah hectic nya, kan. Huhu. So, sepanjang minggu ini pun banyak perkara yang boleh di story. Ahad lalu bersamaan  15 Januari merupakan hari keputeraan sultan Kedah. Oleh itu, kami pelajar2 di negeri utara ini mendapat public holiday. Event yang saya sertai pada hari tersebut ialah Program Khidmat Masyarakat yang diadakan di Kg Kubang Palas, Kuala Nerang.  Program ini sebenarnya dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional, PEMBINA dan KMKN adalah salah satu tempat PEMBINA menggerakkan aktivitinya. Justeru, kami sebagai pelajar2 yang bakal memasuki RCMP dijemput menyertai program tersebut. Kiranya kami assist la aktiviti2 yang diadakan di situ termasuk gotong-royong memasak, menguruskan pertandingan mewarna kanak-kanak, assist doctor2 dari Hospital Sultanah Bahiyah melakukan rawatan, menguruskan bahagian pendaftaran rawatan pesakit, mengagih ubat-ubatan dan yang paling penting menjadi peserta menderma darah (it was my 2nd time to donate. Biasalah org darah O mmg universal donater. Hehe.) Kerana nak menjimatkan masa, saya cut2 lah story. Paparkan gambar je ye.. dan ini ada link berkaitan, http://pembinarcmp.net/2012/01/18/pembina-rcmp-bersama-jayakan-program-khidmat-masyarakat-kuala-nerang-kedah-darul-aman/


Yang tengah tdg kuning tu bkn student lah. Cg Nadia. Kaunselor. Muda lagi. Baru je kawen. Ngeh2

mak cik yang belakang tu namanya Mak Ngah kalau x silap. xde gigi orangnye. hehe


ajk ubat-ubatan

seekor lembu selamat ditumbangkan sempena majlis pada hari ini



still shivering lepas kena cucuk. haihh



take a rest after donating

sesi pertandingan mewarna hendak bermula




Teha try cek bp manually guna steteskop n her patient is me!

Oh ya..sebenarnya pagi tu kami bertolak lebih kurang jam 7.30 pagi dan akhirnya kami bergerak pulang ke KMKN jam 4.00 petang. Memang letih tak terkira lah rasanya bila sampai bilik petang tu kerana saya terus merebahkan diri dan skip dinner meal. Ok x larat nak turun. Akhirnya dinner mee sedap je. Huhu. Dan malam tu juga saya tertidur lebih awal hingga terskip moment2 nak prank Ainee Sarah. Tanggal 16 Januari adalah tanggal kelahiran Ainee yang ke 19. Ainee adalah naqibah dalam usrah Miftahul Jannah. So, kami ahli2 usrah dan classmate dia telah berpakat untuk melakukan kejutan dan ketidakbetulan. Memandangkan ainee seorang yang sangat gemar memakan biskut oreo maka mereka (saya x smpat nak join)  telah modified sedikit biskut tersebut. Inti cream nya telah diganti dengan perasa fresh dari ubat gigi. Ainee yang menyangka oreo tersebut berinti mint cream mengunyah tanpa ragu. HOho..  Tapi reaksi seterusnya, saya dah tak tau..heee. 16hb malam pula kami mengadakan jamuan besar2an utk Ainee di bilik F229. Combine lah antara classmate, ahli usrah dan roommate dia. Fuhhh.. kalau lah abah tau saya makan tengah2 malam mesti dah kena tadah telinga dah. Hampir 12 tengah malam juga lah baru kami memulakan majlis kerana faktor2 yang tak dapat dielakkan.  Habis sebungkus nasi goreng pattaya diselamatkan menjadi darah daging saya.

Dan kelmarin tanggal 18 Januari adalah hari kelahiran sahabat saya NUR HASYIMAH BT AZEMI. Perkara unik yang saya lakukan adalah mengewish kepadanya sebanyak 2x. Pertama adalah pada ketika waktu Malaysia jam 12.01am 18 Jan dan kali keduanya pada saat 12.01am 18 Jan waktu di Mesir. Hehe..Mah! Nak tuntut hadiah balik lah dulu kalau ye pun! 
Eh, rasa macam banyak nak cerita..Tp kenapa cam sikit je ni..hmmm..Dah cut2 habis jd no idea plak nih. Banyak je aktiviti kna bt time raya cina ni. And yang paling syok adalahhhh..........pada hari Sabtu ni saya akan berpicnic bersama rakan2 sekelas a.k.a mentee2 dari mentor yang sama di Titi Hayun waterfall. Tak sabar menanti..hehe

Saturday, 7 January 2012

TITIPAN 2011




Alhamdulillah. Telah hampir seminggu kita melangkah ke tahun Masihi 2012. Pasti banyak memori dan kenangan yang tercatat dalam diari 2011. Namun bagi saya, tahun 2011 adalah tahun di mana telah berlaku banyak peristiwa yang tidak pernah dirancang atau pun mengejutkan. Saya sendiri tidak pernah menyangka bahawa saya akan mengalami pengalaman 'itu' seawal usia 18 tahun. Setelah berfikir secara rasional dan terbuka alhamdulillah dapat diatasi 'kekacauan' tersebut. Bermula Januari 2011 juga lah saya tiba2 punya keinginan untuk bekerja. Serius, sebelum ini saya tidak pernah merancang untuk mencurah bakti di mana2. Apa yang dirancang hanyalah ingin mengikuti kelas bakery. Namun semuanya tidak menjadi. Rancangan saya berubah hanya kerana rasa tercabar setelah mengetahui bahawa seorang sahabat telah mula bekerja di Kedai Kain Hasmadi, Ketereh. Huhu. Dan sehingga kini saya tidak pernah menceritakan kepada sesiapa kenapa sebenarnya saya ingin bekerja. Memilih untuk bekerja di farmasi pada mulanya kerana ingin menimba pengalaman dan pengetahuan dalam bidang tersebut. Setelah terjadinya berbagai peristiwa bermula usia 12 tahun sehingga 17 tahun, saya telah bertekad untuk mengambil bidang farmasi sebagai kerjaya. Namun, takdir Allah tiada siapa yang dapat menebaknya. Segala2nya bermula apabila dengan tidak disangka2 saya memperoleh keputusan SPM yang agak cemerlang, 10A 1B. Yang lebih mengejutkan B yang saya peroleh adalah Chemistry, bkn Biology. Memang tidak dapat dinafikan bahawa saya sedih bahawa B itu adalah Chemistry kerana selama ini selama ini subjek yang paling saya tidak dapat kuasai adalah Biology. Dengan izin Allah, punya keputusan SPM sebegitu, impian saya untuk membuka satu farmasi suatu hari nanti juga telah tersimpang nampak gayanya. Saya sangat terkejut malah menggeletar agaknya sebaik sahaja mengetahui bahawa permohonan saya untuk mendapatkan biasiswa MARA dalam bidang perubatan untuk pengajian dalam negara telah berjaya. Sedikit pelik kerana rasanya saya tidak menerima berita tersebut dengan perasaan sangat2 gembira sebagaimana calon lain yang juga berjaya. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Saya menjadi sedikit tertekan dan lebih banyak berfikir. Inilah kali pertama saya berusaha berfikir serasional mungkin untuk membuat satu pilihan yang sangat mustahak dan melibatkan masa depan seluruhnya. Namun, apa yang saya masih ingat sehingga kini, umi sangat2 gembira apabila mendapat tahu bahawa saya telah dipilih untuk melanjutkan peajaran dalam bidang perubatan. Tatkala itu saya punya dua pilihan, antara medic under MARA atau asasi sains UiTM. Jika mengikuti program asasi, saya masih berpeluang untuk menjadi seorang ahli farmasi. Seolah2 di sini saya terpaksa memilih untuk menjadi seorang ahli farmasi atau doktor. Sebenarnya, saya punya alasan tersendiri kenapa saya ingin menjadi ahli farmasi pada mulanya. Alhamdulillah setelah lebih kurang seminggu mengalami kekacauan jiwa dan fikiran, saya telah menetapkan satu keputusan. Dengan petunjuk yang  diterima, saya telah memilih doktor sebagai kerjaya dengan lapang dada insyaAllah. Memandangkan cuti saya masih lagi berbaki hampir satu bulan setengah di saat sahabat2 lain sibuk mendaftarkan diri di matrikulasi mahupun asasi, saya mengambil peluang tersebut untuk mempersiapkan diri dengan bidang yang bakal ditempuhi. Satu lagi peristiwa yang saya tidak pernah terfikir pun telah berlaku, iaitu bermusafir ke rumah ibu saudara di Johor dan bermukim di sana selama 2 minggu. Ibu saudara saya mempunyai sebuah poliklinik. Justeru, saban hari saya akan mengikutinya keluar bekerja untuk mendapatkan pendedahan awal mengenai kerjaya doktor. Walaupun hanya 14 hari saya di sana, banyak ilmu dan pengalaman yang telah dapat dikutip. Masih tidak dapat dilupakan peristiwa melihat seorang bayi perempuan dikhatankan (nasib je dalam 2 mggu tu takde kanak2 lelaki yang dikhatankan. huhu), seorang lelaki dewasa menjalani dressing untuk jahitan di jarinya yang hampir terputus, seorang ibu tua dan gadis muda dijahit kepalanya kerana rebah di dapur secara tidak sengaja ketika ingin mempersiapkan makan tengah hari dan accident motor bersama teman lelaki serta banyak lagi peristiwa2 lain. Memandangkan poliklinik tersebut mempunyai seorang doktor wanita, maka ramailah wanita2 mengandung yang datang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk ultrasound. Jutaan terima kasih kepada Dr Fauzanah dan Dr Arba'ai kerana telah sanggup memberi tunjuk ajar semampunya kepada anak saudaranya yang masih hijau ini. Tanggal 10 Julai 2011 saya telah mendaftarkan diri di Kolej Mara Kuala Nerang. Sem 1 di KMKN adalah fasa penyesuaian diri saya dengan persekitaran baru. Tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang sem 1 saya banyak     mengusahakan kolam air mata. No no no no. Bukan kerana homesick lah. Saya bukan jenis yang homesick okay. (sbb tu xpenah mengaku bahawa saya seorang ank yang manja. heee...) Segala peristiwa pahit dan kelat yang telah terjadi telah melahirkan seorang Nadiah yang baru. Mungkin ini juga muncul seiring dengan pertambahan usia, maka logiklah diri menjadi semakin matang. Ayah saya juga pernah menyatakan bahawa beliau nampak akan perubahan dalam diri saya. InsyaAllah perubahan yang dimaksudkan adalah yang positif belaka. Sama ada percaya atau tidak, saya telah mula mengorak langkah untuk menjadi seorang ahli perubatan. Inilah yang sering saya fikirkan sendirian. Semakin lama saya semakin redha dengan ketentuan Dia. (redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. hehe) Sesungguhnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk saya. Mugkin itulah jawapan paling tepat bagi persoalan kenapa saya ditempatkan di sini. Siapa sangka cita2 yang sering disebut2 sejak berumur 7 tahun benar2 akan menjadi kenyataan. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Semuanya berjalan dengan baik sehingga lah penghujung tahun 2011. Masih teringat lagi suatu ketika saya menceritakan sesuatu kepada abah melalui satu paggilan telefon. Pada akhir perbualan abah nasihatkan anak gadisnya yang sorang ni...

1) Jangan menangis depan orang
2) Belajar kawal perasaan
3) Jangan ikut flow diri (sama lah ni dgn yg ke 2)
4) Jadi kuat luaran mahupun dalaman
5) Jangan jadi orang pertama (saya kena ada experience dulu tengok orang lain melakukan sesuatu sebelum diri sendiri melaksanakan)
6) Beranikan diri hadapi trauma

Mungkin ada sesetengah kenyataan di atas ada perkara yang kalian tidak mengerti. Tidak mengapa lah sekiranya hanya saya sendiri yang tahu. Abahlah kaunselor peribadi saya sejak kecil hingga sekarang. Setiap patah yang beliau katakan saya pasti tidak berani membantah. Apa yang saya tahu, saya sangat sayang akan abah saya! ;-)

InsyaAllah sem2 ni tidak akan punya sejarah serupa dengan sem1. Segala nasihat yang telah diberikan akan cuba saya laksanakan sebaik mungkin!

Saya percaya 2012 juga bakal mencorak kenangan yang berwarna warni...

:: Baguslah kan kalau kita punya azam yang lebih baik. InsyaAllah semuanya untuk kebaikan diri kita juga. Moga tidak menghampakan orang sekeliling ::

:: Salah 1 sebab kenapa saya tidak sabar untuk pulang ke kolej, nk join usrah, lagi dan lagi. Di KMKN inilah saya mula menghayati manisnya berusrah. Ibarat tiada langsung walau secebis halangan untuk kami berkongsi cerita apa jua variasi. Seronok juga kerana selalu mendapat peringatan sekali gus meneutralkan kembali apa jua pemikiran atau perasaan yang muncul dalam diri ::

:: Lain kali saya akan post mengenai pengisian usrah yang diterima untuk dikongsi bersama ::