Kali ini saya punya satu cerita. Untuk diambil iktibar dan dijadikan pengajaran. Ceritanya begini... huhu
Terdapat sepasang suami isteri mempunyai seorang anak lelaki. Usia anak tersebut telah pun mencecah 20 tahun. Anak tersebut sedang melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA terkemuka. Nak dijadikan cerita, si anak telah mempunyai seorang kekasih. Seorang yang cantik, ayu malah berpenampilan sopan. Tapi, pelik kenapa si ibu seperti tidak suka si anak punya buah hati?? Padahal si anak masih menjaga batas pergaulan dan tidak pernah sesekali bersentuh tangan. Hmm..Sebenarnya begini. Dengarlah ye wahai si anak..
Didikan ibu dan ayah perlu seiring dengan perkembagan zaman bukan? Tapi lupakah kamu bahawa dunia sekarang seakan2 kembali semula ke zaman jahiliyah. Dan bukankah itu suatu perkara yang munafik. Sebenarnya bukanlah ibumu tidak memberi keizinan langsung untuk kamu berpacaran. Mana mungkin manusia dapat menidakkan fitrah. Cuma, cara yang kamu gunakan itu adalah salah. Itulah yang ibu kamu tidak setuju. Ibu tidak mahu anaknya menjadi seperti anak2 remaja yang lain. Mempunyai pasangan dan dibawa berdating ke hulu hilir. Ibu tidak sanggup melihat anaknya mengangkut anak gadis orang ke sana ke mari walhal di antara kamu masih belum punya apa2 ikatan yang sah. Tiap kali cuti sem kamu pasti membuat temu janji dengan si dia. Kamu memang seorang anak yang baik. Apa pun kamu pasti maklumkan kepada ibu terlebih dahulu jika kamu ingin keluar. Tapi ingatlah. Kamu adalah anak si ibu yang telah mengandung, melahirkan, malah mendidikmu sejak kamu lahir. Mungkin ada waktu2nya kamu tidak memberitahu perkara yang sebenar, tapi pada hakikatnya ibu tetap tahu ke mana hala tujumu. Ada lagi satu perkara yang tidak ibu senangi sebenarnya. Mengapa mesti handphonemu berbunyi 24jam sehari malah beratus2 kali seminggu. Tidak letihkah kamu melayan kerenah si dia?? Tidak bosankah kamu?? Walaupun ibu sering berdiam diri di hadapanmu, hati ibu sering berkata2 sebenarnya. Dan perkara yang paling ibu sedih ialah sekarang kamu menjadi semakin sensitif. Walaupun perkara yang ditegur itu adalah kecil, kamu sudah mula merajuk. Itu belum lagi hal mengenai si dia yang ibu ingin luahkan. Kelak apa pula reaksi kamu...
Wahai si anak...
Kamu adalah seorang lelaki. Memang sejak azali lagi Islam telah menetapkan bahawa ketaatanmu adalah wajib terhadap ibumu. Malah kamu perlu melebihkan dia dalam apa jua perkara termasuklah mengutamakan ibumu berbanding isterimu apabila kamu telah mendirikan rumahtangga kelak. Ingin mendirikan sebuah masjid adalah satu niat yang suci. Namun, janganlah kamu cemari yang suci itu dengan dosa2 kering yang telah banyak kamu lakukan di saat kamu dilamun cinta. Ibumu tahu jua mengerti bahawa adalah mustahil untuk kamu memutuskan perhubungan dengan si dia dalam sekelip mata. Apa yang ibumu ingin pinta, kurangkanlah aktiviti2 yang kamu lakukan seperti sebelum ini. Kalau boleh berjihadlah melawan nafsu sehingga sampainya waktu yang sesuai. Dalam setiap apa yang kamu lakukan kamu pasti akan megucapkan terima kasih kepada si dia kerana tidak jemu memberikan dorongan, semangat mahupun sokongan. Tapi lupakah kamu bahawa doa seorang ibu adalah doa yang paling mustajab. Pernahkah kamu berterima kasih kepada ibumu kerana tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan hidupmu pada tiap kali selesai solatnya? Mungkin ayat 'she always in my heart' semata2 untuk membuktikan betapa dalamnya cintamu terhadap dirinya. Tetapi, janganlah terlalu over wahai si anak. Semua itu hanya menyumbang kepada perkara mungkar..
Wahai si kekasih anak..
Walaupun dari segi zahirnya kamu adalah baik, namun, ada perkara yang perlu kamu tahu. Kamu punya pengaruh tersendiri terhadap seorang lelaki. Pasti kamu dambakan seorang suami yang soleh, bukan? Justeru, biarlah dia menjadi seorang anak yang soleh juga. Pasti kamu dambakan sebuah mahligai yang sentiasa mendapat lindungan dan barakah dariNya. Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa. Walaupun ibu dan bapamu sendiri telah merestui, ibu dan bapa si lelaki belum tentu bukan? Apa yang perlu kamu perbuat ialah belajarlah mengambil hati mereka bermula dari sekarang. Namun, bukanlah dengan hadiah yang indah2. Bukanlah dengan hadiah yang mahal2. Dan bukanlah juga dengan hadiah yang cantik2. Sebaliknya, buktikanlah bahawa dirimu seorang yang solehah. Mungkin kamu bisa untuk menolak ajakan untuk bertemu janji. Dan mungkin kamu juga bisa untuk mengurangkan perhubungan komunikasi dalam sehari. Dengan cara inilah ibu bapa si dia akan lebih merestui. Malah kamu berdua juga dapat memelihara diri daripada dosa2 kering.
Cerita ini adalah rekaan tetapi inti patinya adalah berdasarkan fakta yang benar. Punya maksud tersendiri saya karang kisah ini. Semoga mereka yang berkenaan mendapat kesedaran..
Saya kagum dengan satu ayat yang pernah diucapkan oleh seorang sahabat. 'Saya tidak akan pernah bertemu mata dengan si dia selagi belum pernah bersua muka dengan kedua orang tuanya'
Thanks to all for being my follower ;-)
ReplyDelete