Akhirnya, muncul juga satu idea untuk menulis di blog ini. Sedikit sebanyak adalah daripada apa yang diceritakan oleh abah dalam perjalanan pulang pada malam tadi. Pulang setelah mengambil adik di sekolahnya memandangkan hari ini adalah hari terakhir dia menjalani peperiksaan SPM dengan menduduki kertas Pendidikan Al Quran dan As Sunnah.
Dia mula memerah keringat bagi menambah pendapatan keluarga sejak berumur 17 tahun walaupun hanya mampu berbangga dengan sijil SRPnya. Kini, telah lebih 30 tahun dia berkhidmat sebagai penjawat awam. Namun, saban hari rutinnya masih sama. Tiada apa yang berubah. Bagaimana dia di usia suku abadnya, begitu jugalah dia di usia setengah abadnya. Setiap hari, seawal jam 6 pagi, Pak Arif (nama sebenar saya tak tau ;-P) sudah mula bergerak untuk ke tempat kerja. Jarak dari rumah ke tempat kerjanya sebenarnya tidaklah terlalu jauh, tetapi atas faktor kemampuan, perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa satu jam berlanjutan sehingga dua jam. Pengangkutan yang dia ada untuk pergi kerja pada setiap pagi hanyalah bas awam. Justeru dia terpaksa menuggu bas dari awal lagi untuk menuju ke bandar Klang, seterusnya mengambil bas yang lain pula yang bergerak menuju ke kawasan berhampiran tempat kerjanya. Sebaik turun dari bas tersebut, dia terpaksa meneruskan perjalanannya lagi dengan berjalan kaki pula. Kalian semua tahu bukan bagaimanakah agaknya keadaan sesebuah universiti?? MasyaAllah..tersangatlah besar dan luas. Jalannya pula berbukit bukau dan perlu didaki. Mahunya mengah berjalan kaki berkilo2 meter..Namun, itulah rutin harian si tua Pak Arif (tidaklah tua sangat rasanya sebab belum pencen) Setelah turun dari bas, dia berjalan kaki pula menuju ke perpustakaan universiti tempat dia bekerja sehinggalah tepat jam 8 pagi dia sudah sampai untuk memulakan segalanya.
Pada suatu hari, setelah turun dari bas yang melewati universiti tersebut, sebuah kereta keluaran KIA memperlahankan kenderaan menghampirinya. Alhamdulillah, pemandu tersebut punya niat yang mulia ingin menumpangkan Pak Arif bagi meneruskan perjalanannya. Rupa2nya, pemandu tersebut juga adalah salah seorang penjawat di universiti yang sama. Cuma, bezanya mungkin Pak Arif bekerja di bahagian perpustakaan manakala Encik Baik bekerja di salah satu fakulti di situ. Menurut Encik Baik, sebenarnya dia telah lama sedar akan kehadiran Pak Arif kerana pernah berselisih dengannya beberapa kali di dalam kawasan universiti dengan melihat bahawa Pak Arif hanya berjalan kaki. Oleh sebab itulah, apabila dia punya peluang sebegini, dia berhasrat untuk menumpangkan Pak Arif. Sekurang-kurangnya Pak Arif tidak perlu mendaki bukit lagi dan dapat sampai di tempat kerjanya lebih awal. Namun, sekiranya pada hari tersebut Pak Arif tiada rezeki untuk berselisih dengan Encik Baik, dia redha untuk meneruskan rutin yang telah pun 30 tahun di amalkan.
Banyak pengajaran yang kita dapat kutip daripada cerita di atas.
Abah saya pernah cakap, semasa beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) dahulu, ada seorang lecturer (kalau x silap) menasihatkan, "Apabila kamu semua telah keluar dan berjaya menjadi seorang guru, janganlah lupa untuk bersahabat dengan mereka yang berada di bawah. Kerani, officeboy, jaga, tukang kebun mahupun siapa sahaja, janganlah dipinggirkan, kerana kelak jika kamu ditimpa kesulitan merekalah golongan yang pasti dapat membantu kamu"
Justeru, janganlah kita angkuh dengan pangkat yang kita ada sekarang. Mereka yang berpendapatan rendah juga punya hati dan perasaan. Bagi golongan ini, mereka sangat mengagumi orang2 yang mampu menghormati mereka.
Malaysia kini terlalu dibangga2kan kerana dikatakan mampu mencapai taraf negara maju. Namun, mengapakah taraf hidup rakyat masih tidak dapat dipertigkatkan? Gejala kemiskinan masih tidak dapat dihapuskan? Sedarkah kita di kala setiap orang mampu memiliki 2, 3 buah kenderaan namun masih wujud segelintir pihak yang bergerak ke tempat kerja hanya dengan berjalan kaki? Bukanlah pendatang asing dengan izin yang saya wara2 kan ini malah warganegara kita sendiri. (ok ini ala2 ayat karangan SPM saya. skema kan??)
(Menurut abah saya) Bekerja sebagai pekerja kerajaan tidaklah terlalu menguntungkan. Justeru, belajarlah bersungguh2 dan berusaha membina tapak niaga sendiri bagi mejanjikan pulangan yang lumayan. 9 drpd 10 punca rezeki adalah perniagaan, kan?
Apa yang lebih ingin ditekankan di sini sebenarnya adalah hubungan antara dua darjat. Mengapakah kita perlu membeza2kan manusia mengikut pangkat sedangkan Allah tidak pernah membeza2kan hambanya melainkan berdasarkan amalnya.
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (HR Muslim)
Apa bukti Allah tidak membeza2kan??
1. Ketika menunaikan haji di Baitullah, semua umat Islam diwajibkan memakai pakaian yang sama bukan? Kain ihram tanpa sebarang pakaian berjahit bagi lelaki dan telekung putih bagi wanita. Tidak kiralah orang itu kaya, miskin, tukang sapu sampah, CEO syarikat hatta raja dan permaisuri sekalipun.
2. Apabila kita telah mati kelak, kita semua akan dikembalikan ke tempat asal iaitu tanah dan semuanya akan dikafankan menggunakan kain yang sama iaitu kain yang putih warnanya, bukanlah kain sutera mahupun satin untuk mereka yang hidup mewah.
3. Tempat asal dan kembali semua manusia adalah sama.
4.dan banyak lagi bukti yang lain.
mood hari ini : quite happy..hoho. td saya pergi buat practice menjawab ujian undang2 berkomputer kt office pejabat memandu (makcik tu bg chance) alhamdulillah lulus 5x test. heee. my highest mark hari ini 49/50 and lowest mark 43/50. semalam i felt sooo badddd..sebab 3x buat test 3x gagal. huhu. so, esk baru nak buat test yg betulnya. alhamdulillah, today is better than yesterday and hopefully tommorow is better than today. insyaAllah.
:: today my adik is not well. he gets a fever. no wonder lah pg tadi dia bangun lewat. selalunya pg2 dah bangkit. lpas mandi pula menggigil kesejukan. dah la tengahari tadi bermandi hujan naik motor dgn saya..kesian dia. get well soon ya!
No comments:
Post a Comment