Wednesday 30 November 2011

Tolong Jangan Lemah Semangat

Entri kali ini ditujukan khas buat seorang sahabat yang berada jauh di perantauan. Jauh dari keluarga demi mencapai cita2 murni. Dia ialah seorang sahabat baik saya. Sebenarnya usia perkenalan kami tidaklah begitu lama. Siapa sangka ukhuwah yang terbina hanya dalam masa setahun telah melahirkan satu persahabatan yang cukup ampuh. Kami berkenalan ketika di tingkatan 5. Itu pun sebenarnya secara kebetulan kami dapat duduk bersebelahan. Di situlah bermula segala2nya. Sepanjang saya kenal dia, saya tahu dia seorang yang tabah. Mengapa saya katakan dia tabah?? Sebenarnya dia ialah seorang anak yatim piatu. Dia telah kehilangan ibunya ketika masih berada di sekolah rendah. Kemudian disusuli pula oleh bapanya. Ketika di tingkatan 2 sekali lagi dia merasai kehilangan orang tersayang. Satu2nya abang yang dia ada pergi meninggalkannya kerana lemas. Sejak kecil dia tidak pernah menceritakan masalah yang dihadapi kepada orang lain. Mungkin dia lebih selesa menyelesaikannya sendirian. Saya sebagai sahabatnyalah yang sentiasa bercerita kepadanya perkara suka mahupun duka. Kebiasaannya, wanita yang mudah menangis itu adalah wanita yang hatinya sungguh lembut. Tetapi sahabat saya ini sangat berbeza. Pada saat keberangkatannya untuk ke luar negara juga dia tidak menitiskan air mata walau setitik. Sangat kagum saya kepadanya. Baru2 ini kami bertemu muka melalui skype. Semenjak dia berada di perantauan memang sudah beberapa kali kami bertemu di skype. Sampai satu ketika saya sanggup menahan mata sehingga jam tiga pagi hanya sekadar mahu mendengar khabar darinya. Tapi pertemuan kami pada kali ini agak berbeza. Inilah kali pertama dia sudi berkongsi kekacauan yang dihadapinya bersama saya. Saya amat2 menghargainya. Masalah rutin apabila kita berada jauh dari keluarga, kita pasti merindui mereka. Homesick yang dihadapinya berlainan benar kerana selama ini walaupun dia berada jauh daripada keluarga dia tidak pernah sehomesick ini. Even ketika berada di intec dahulu dan kerap demam sepanjang 3 bulan di sana, tak lah sebegini homesicknya. Mungkin gara2 berada di dua negara berlainan membuatkan dia rasa terlalu jauh bersendirian. Sebenarnya dari awal lagi saya dapat mengagak bahawa wujud kekacauan di jiwanya. Setelah memujuknya berkali2 barulah dia sudi untuk meluahkan kepada saya. Bukan apa, sebenarnya dia terlalu segan untuk menceritakan masalah sendiri. Maklumlah, kadang2 menceritakan masalah sendiri ibarat membuka aib dan menunjukkan kekurangan kita kepada orang lain, bukan? Iyalah. Siapa yang tidak malu. Namun, di sini saya ingin tegaskan kepada dia, saya tidak mahu menjadi seorang sahabat yang ada bersama sahabatnya ketika senang sahaja. Saya juga mahu berada bersama sahabat ketika kesusahan melanda dirinya. Kadang2 kita merasakan diri kita mampu untuk menanganinya sendirian. Tapi pada hakikatnya kita tidak mampu. Kita memerlukan seseorang untuk turut sama menanggung berat yang dipikul. Bukankah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing? Sahabat, janganlah terlalu ego dengan memandang tinggi terhadap diri sendiri. Kamu masih punya orang lain untuk diluah bersama. Mungkin dengan cara ini akan terkurang bebanmu. Mungkin juga semangatmu dapat dipulihkan kembali mendengar kata2 perangsang darinya. Mungkin tidak banyak, walaupun sedikit tetap bermanfaat. Hidup berjauhan dengan keluarga tidak bermakna kamu boleh lemah semangat. Harus diingat. Mereka saban waktu mendoakanmu. Mereka saban waktu mengenangkanmu. Mereka saban waktu merisaukan dirimu. Jangan kerana faktor sekelilingmu di sana, kamu boleh tewas dengan nafsu. Memang benar cinta itu adalah mainan remaja. Semua orang pasti mendambakan agar yang pertama itulah yang terakhir. Sesungguhnya aku gembira kamu punya naluri itu kerana sekian lama kita bersahabat kadang2 kamu bagaikan tidak punya perasaan itu. Tetapi janganlah kamu terkawal olehnya. Sebaliknya, kamulah yang perlu bijak mengawal perasaan itu. Sekadar mempunyai keinginan tiada salah kerana itu memang fitrah seorang manusia. Lebih2 lagi kita yang masih hijau berada di tangga 18. Cukuplah kamu memendamnya sendirian buat masa ini. Biarlah orang lain hidup dengan cara mereka. Tidak perlulah kita terpengaruh akan sikap kurang elok tersebut. Aku yakin kamu mampu lakukan. Ingatlah, jihad melawan hawa nafsu adalah jihad yang paling besar. Aku bersyukur sekurang2nya kamu berasa bolak balik akan hal ini. Ini bermakna jiwamu sendiri tidak tenteram kerana kamu masih lagi dipelihara olehNya. Janganlah sampai kamu hilang perasaan bolak balik itu kerana itu bererti kamu seolah2 telah immune dengan hal ini. Dalam setiap solatku, aku sentiasa doakan moga kau berada di jalan kebenaran dan dipelihara olehNya. Akhir kata, saya sayang awak sangat2! ;-)


No comments:

Post a Comment