Monday 28 November 2011
Saya Sedih
Kebelakangan ini saya kerap berasa sedih. Bukan kerana banyak musibah menimpa diri sebaliknya sedih melihat masyarakat sekeliling yang tidak sedar bahawa musibah sedang menimpa mereka. Dah 2, 3 minggu apabila membuka laman facebook, saya kerap berasa meluat. Meluat melihat sahabat2 post perkara2 yang melalaikan baik yang masih bersekolah mahupun yang telah tamat alam persekolahan. Gambar2 yang diupload pula tidak lagi menutup aurat malah semuanya ingin kelihatan cantik seiring dengan perkembangan fesyen semata2. Semua mengetahui bahawa saya berasal dari sebuah sekolah agama di mana sekolah sayalah satu2nya sekolah agama yang menempatkan pelajar perempuan 100% di Kelantan. Sangatlah wajar jika saya berasa sedih kerana masing2 tahu hukum hakam batas Islam dalam cara berpakaian mahupun bersosial. Saya pernah terfikir, mungkin kita patut bersyukur diturunkan hujan selebat-lebatnya sehingga membawa kepada banjir. Bukankah ujian yang ditimpakan itu bertujuan memberi peringatan dan meghapuskan dosa2 kecil kita. Maka, beruntunglah bagi mangsa2 banjir kerana saban tahun Allah telah menurunkan ujian di samping menyucikan diri mereka. Boleh jadi itu juga adalah tanda bahawa DIA masih menyayangi hamba2Nya dengan tidak putus2 memberi peringatan. Hanya tinggal usaha kita sahaja samada mahu sedar atu tidak dengan segala kuasa yang telah ditunjukkan. Saya akui, dulu saya tidaklah seprihatin ini terhadap masalah2 sebegini. Sensitiviti terhadap isu2 moral Islam juga kurang. Namun, manusia semakin lama semakin meningkat usianya bukan? Wajarlah juga untuk kita berusaha meningkatkan level kematangan bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran yang lebih besar. Ada lagi satu perkara yang membuat saya sedih. Hal ini berlaku ketika saya sedang berada di ruangan menunggu di terminal Shahab Perdana. Ditakdirkan pada hari tersebut saya 'off'. Kebiasaannya kami pelajar2 KMKN yang ingin pulang bercuti akan mula menunggu bas sejak dari petang lagi. Dan seperti biasa, bas ke Klang Sentral dijadualkan bertolak pada jam 11.30 malam. Memadangkan hari itu saya 'off' sepanjang waktu Maghrib saya berada di ruangan menunggu sambil tolong tengok2kan beg sahabat2 yang ke surau dan yang ke food court. Subhanallah sedihnya tengok ada sesetengah kaum Adam tidak berganjak sedikit pun dari tempat duduk mereka. Tidak rasa terpanggilkah untuk segera menunaikan solat Maghrib?? Tidak kira tua mahupun muda semuanya sama sahaja. Ya! Mungkin inilah fenomena kini. Mungkin saya yang baru keluar ke dunia sebenar sejak sekian lama hidup dalam kepompong keluarga. Apa pun alhamdulillah sekurang2nya saya masih punya rasa sedih itu. Sedih melihat perkara kemungkaran insyaAllah iman masih bersama kita. Sentiasalah berdoa moga terus ditetapkan iman dan mati dalam Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment