Thursday, 10 October 2013

Revolusi Pendidikan



Perjalanan menaiki kereta pada hari itu dirasakan agak lama. Sambil mendengar abah asyik bercerita, ku lemparkan pandangan ke luar tingkap melihat keindahan alam dunia. “Benarkah apa yang aku dengar? Masih wujud insan sedaif itu dalam zaman sekarang? Tak sangka! Aku tak pernah prihatin terhadap masyarakat. Malu lah Iman!” Ahh, tepat terkena pada batang hidung sendiri.
                
Lembut abah menuturkan kata, “Kakak nak tau? Suatu hari, ketika abah dalam perjalanan ke pejabat, abah nampak seorang pak cik tua dalam lingkungan umur 60-an berjalan kaki dalam kawasan UiTM. Abah nampak pak cik tu berjalan mendaki bukit dan jalan yang sama abah lalu hari-hari. Sebenarnya, dah seminggu abah perasan akan kehadiran pak cik tu, tapi takdir Allah pada hari tu abah berpeluang untuk tumpangkan dia dan sembang serba sedikit dengannya.”

Ya, abah adalah seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Kebanyakan UiTM memang dikenali dengan luasnya kawasan dan berbukitnya jalan. Abah sambung cerita lagi, “Rupanya pak cik tu tinggal kat Kuala Selangor. Setiap hari, dia akan berjalan kaki dan menaiki bas untuk sampai ke tempat kerja. Dari rumah ke stesyen bas dia akan berjalan kaki dalam lingkungan 20 minit. Kemudian, perjalanan menaiki bas mengambil masa lebih kurang dalam satu jam. Bas tu pula akan berhenti kat pintu depan UiTM sahaja. Selebihnya dia terpaksa berjalan kaki lagi untuk sampai ke tempat kerja. Mugkin itu lah yang abah nampak hari-hari, dia berjalan kaki dalam kawasan UiTM itu sendiri dengan badan dan tenaga yang semakin dimamah usia. Kakak boleh bayang tak agak-agak pukul berapa hari-hari dia keluar rumah untuk pergi bekerja dan sampai rumah usai siap semuanya?”
               
Fuhhh termenung panjang aku kira pukul berapa pak cik itu bertolak dan sampai rumahnya. “Tak sangka kan, tatkala majoriti rakyat Malaysia sudah berkenderaan masih wujud juga golongan yang berjalan kaki dan menaiki kenderaan awam. Ingatkan mat-mat Bangla dan minah-minah Indon sahaja yang menaiki bas. Hampir empat dekad pula pak cik tu menempuh perjalanan yang sama hari-hari untuk mencari rezeki yang halal demi sesuap nasi. Mahu bergenang juga air mata apabila terbayang kesusahan pak cik itu.”

Buat seketika, aku mendiamkan diri. Banyak perkara yang menerawang di fikiran. “Agaknya macam mana lah keadaan anak-anak pak cik tu? Cukupkah makan pakainya? Bagaimana lah status pendidikannya? Dan paling penting, adakah mereka membesar sebagai seorang yang mendengar kata? Mesti perit seorang ibu bapa untuk membesarkan anak dengan sempurna dalam keadaan serba kekurangan. Hmmm.” Aku mengeluh sendirian.
                
Tiba-tiba aku terbayang beberapa peristiwa semasa aku masih berada di Tahap 2 sekolah rendah. Tiap kali loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat, aku akan bergegas turun ke pagar sekolah menanti kedatangan abah. Pernah sekali, waktu persekolahan tamat pada pukul 12.40 petang. Tunggu punya tunggu, abah tak juga muncul. Aku sudah mula menarik muka masam dan muncung panjang apabila melihat abah sampai setengah jam kemudian. Dalam hati sudah mula terasa penuh dengan amarah lebih-lebih lagi apabila masa untuk aku bersiap solat dan mandi sebelum ke kelas mengaji semakin singkat. “Semuanya salah abah sebab ambil lambat!” Tak henti-henti aku mengomel dalam hati. Melihat kan anak daranya tak seceria seperti selalu, apabila pulang ke sekolah tak putus celotehnya untuk bercerita tentang apa yang berlaku hari ini, abah mula membuka bicara.
                 
“Kakak marah abah ke sebab ambil lambat? Abah minta maaf. Abah bukan sengaja. Kebetulan tadi abah ada meeting dan meeting tu pula habis lambat. Dari pukul 12.40 lagi abah dah tau abah kena ambil kakak tapi abah tak dapat nak elak untuk keluar meeting.  Abah minta maaf ye sayang. Lain kali abah akan cuba untuk ambil kakak tepat pada waktu ye.” Hati baranku masih belum cukup lega dengan penjelasan abah. Aku masih tetap membisukan diri. Melihatkan aku yang tidak berubah riak, abah sambung cerita lagi. “Kakak tau tak, dulu masa abah kecil-kecil abah pergi sekolah naik bas je. Masa tu bas tak banyak. Kitorang terpaksa berebut-rebut naik bas sebab sekolah jauh, sampaikan abah tak naik lalu pintu depan, abah lompat masuk guna tingkap. Masa tu abah kena jaga pak long lagi, pastikan dia naik sama, sebab ye lah pak long kan bisu dan pekak. Waktu nak balik pulak, kalau dah tertinggal bas alamatnya kena balik jalan kaki lah. Pernah sekali, abah asyik main bola dengan kawan-kawan masa nak tunggu bas datang, abah tak perasan yang bas tu dah pergi. Bila kawan tegur barulah abah sibuk nak kejar bas tapi tak dapat. Terpaksalah petang tu abah dengan pak long balik jalan kaki. Kitorang sampai rumah bila azan maghrib dah bunyi. Sampai-sampai, abah kena marah lagi dengan nenek. Abah cuma nak cakap, kakak beruntung. Sebab sekarang kakak tak payah pun pergi sekolah naik bas atau balik jalan kaki. Abah yang akan hantar dan ambil kakak balik sekolah. Sebab apa? Sebab abah sayangkan anak abah yang seorang ni. Tak kan abah nak biarkan kakak jalan kaki sorang-sorang panas-panas. ” Kata-kata terakhir abah ucapkan sambil mengukir senyuman. Tatkala mendengar perkataan ‘sayang’, kelopak mataku secara automatik penuh bergenang. Hati anak mana yang tak tersentuh apabila seorang bapa mengungkap kata sayang.
                
Kini, aku sedar mengapa abah berusaha sebaik mungkin untuk memberikan segala yang terbaik untuk aku. Mungkin abah banyak reflek dengan zaman remajanya dahulu. Usai tamat sekolah menengah, ibu bapanya tidak pernah menggalakkannya untuk belajar tinggi-tinggi. Kata mereka, memadailah masuk maktab dan keluar menjadi guru. Yang penting, ada kerja dan dapat gajinya nanti. Namun, dek kerana kemahuannya menuntut ilmu, abah sambung pengajian ijazahnya tatkala sudah berumah tangga. Tak cukup dengan itu, umi dan abah sudah punya cahaya mata untuk dibesarkan. Cuma masa itu, bukan aku yang dilahirkan. Pengorbanan umi dan abah ketika itu sangat tidak ternilai harganya. Umi terpaksa tinggal bersama keluarga sementara abah bergelar pelajar dan tinggal di asrama. Suatu ketika, aku terbaca surat yang umi utuskan buat abah. Umi terpaksa mengadu mengalami masalah kewangan sehinggakan susu anak pun tak mampu untuk dibeli kerana segan untuk meminta wang pada atuk dan nenek lagi. Walhal umi tau, hidup abah juga hanya bergantung pada elaun sara hidupnya sebagai seorang pelajar. Tak lebih dari itu. Semenjak hari itu, abah mula berusaha untuk mencari lebih wang saku. Namun apa kan daya itu lah harga yang perlu dibayar demi menggapai sebuah kejayaan dan memastikan hidup anak-anak cerah pada masa hadapan. Sumpah, tak berhenti air mataku mengalir apabila membaca warkah itu.
                
Namun, aku sedar, usaha abah bukanlah suatu yang sia-sia dan pengorbanan umi bukanlah tidak bermakna. Kehidupan kami menjadi semakin baik dari sehari ke sehari dan kini abah juga dalam usaha untuk menamatkan PHDnya. Benarlah kata pepatah, tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Tak perlu memandang jauh, aku dapat melihat contoh dalam kehidupan seharian sendiri. Tak hairanlah sejak dari kecil, abah sudah mula menanamkan benih cita-cita untuk menjadi seorang doktor dalam diriku. Dia tak mahu aku hilang arah tuju. Sebaliknya, dia mahu aku punya cita-cita dan impian sendiri. Hidup bermatlamat adalah seribu kali lebih baik daripada hidup tidak bermatlamat. Dia juga tidak mahu pisang berbuah dua kali, iaitu sedar akan kesalahan tatkala diri sudah meningkat usia. Kini, aku sangat yakin dan pasti bahawa perlunya belajar untuk hidup, bukannya hidup untuk belajar. Dan yang paling penting, sentiasa tajdid niat lillahitaala. Abah, segala nasihat dan pesananmu akan ku genggam kemas!

Sebenarnya kisah di atas adalah cerpen yg dihantar untuk satu pertandingan. Dan kalau perasan, kisah yg sama telah dicoretkan dalam salah satu post yg terdahulu.

Monday, 20 May 2013

M for Memorable May


Bismillahirrahmanirrahim

May 2013 banyak peristiwa yang berlaku. Ada yang menggembirakan hati, ada juga yang mendukakan rasa. Namun tak semua benda boleh diungkap kerana siapa sangka kan aturan Dia begitu berombak. Allah. Sebenarnya jika hendak dibandingkan dengan apa yang saya/kita alami adalah jauh lebih baik berbanding mereka yang lebih jerih hidupnya.

Tapi yang paling tak sangka setiap hari dalam bulan Mei ada je birthdayy orang yang dikenali. Budak2 batch kat RCMP sendiri pulak tu. Heheh. Hari ni seorang, semalam ada jugak, semalam semalam 2 orang kalau tak salah. Ramai adik beradik hari saya rupanya :D

3 Mei, first time saya mengembara sendiri ke KL dengan sahabat. Ke bookfair usahanya. Gara2 nak habiskan baucer buku. Huhu. Tang mood nak beli buku medik xde mcm tu lah gamaknya. Kalau tak cepat je habis. Sebenarnya bukan tak ada mood, cuma saya tak jumpa lagi buku mana yang saya nakkk sangat. Feeling nak jatuh suka kat buku pun bukan sembarangan tau. Heheh. 

4 Mei, letih sakit kaki belum hilang jalan sakan kat bookfair, sampai lah pula ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam aka Bukit Cerakah. Sebenarnya saya yang ajak datang cycling k sini lepas teringat hari tu tengok gambar kat instagram angah family datang cycling sini tapi masa tu saya kat Ipoh. Seronok. Seronok sangat sangat sebab dah lama tak cycling. Lagipun spend weekend dengan family yang lengkap siapa tak happy kan :D Mencabar jugak kat sini rupanya sebab jalan dia berbukit bukit. Berat kot nak naik. Tak larat saya tolak je basikal tu. Huhu. Mungkin betul lah abah cakap, saya tak boleh sesuka hati buat kerja adventure sembarangan sbb otot otot saya ni 'manja'. Hukhuk. Saya selalu cakap 'mana adaaa'. Tapi dah terbukti sikit. Heh. Saya tak mampu nak habiskan satu route yang entah berapa km tu. Sampai suku je saya dah mula loya sbb letih sangat kot and then tiba2 vomit lepas muntah. Tapi suku2 route pun lebih kurang 2.5km jugak dengan jalan berbukit tinggi bagai nak rak. Hihi.







12 Mei, Hari Ibu? Hmm tak tahu nak cakap. Ada orang kata kita tak boleh sambut kan sebab meraikan ibu tu perlu setiap hari bukan pada hari tertentu sahaja. Tapi, sebenarnya saya nak cakap pada tarikh keramat ini , Along telah mengikuti Istiadat Konvokesyen UiTM ke 78 :) Maka, selamat lah along bergelar seorang graduan. InsyaAllah along telah tunjukkan tauladan yag terbaik buat kami adik beradik. Kadang2 kejayaan seseorang ini kita tidak boleh pandang dari satu sisi sahaja. Tak menjadi engineer seorang lelaki tu tak berjaya lah dia! Haha overnya. Tak okayy. I mean, walaupun mungkin along grad lambat, saya tetap bangga
sebab dia berjaya tempuhi hari2 mendatangnya dengan penuh ceria. Kalau saya, jangan cakap laa. Tiap kali exam je mesti cuak. Asal habis exam je cuak. Nak dapat result je cuak. Haha. Jangan jadi macam ni, tak elok! Hidup cool je lahh okay. Peace.

Apa pun, 12hb malam tu saya belanja umi makan Tutti Frutti. Heheh. Sebab umi suka tutti frutti lepas first time cuba hari tu ;)







Dan tanpa disangka sangka, saya yang plan nak balik 19hb memandangkan Tahun 2 bermula 20hb, telah mengambil keputusan wajar untuk balik awal ke Ipoh. Gara2 nak ikut program Rural Medical Mobile Mission (RM3) ke perkampungan orang asli. RM3 juga sebenarnya ikut program Malaysian Relief Agency (MRA) ke perkampungan orang asli Pos Slim, Simpang Pulai, Perak ni. So kiranya program MRA dengan kerjasama JAKIM dan JAIP lah yang saya ikut ni. Jabatan Agama Islam Perak. 

18 dan 19 Mei, saya berada di Pos Slim. Alhamdulillah. Seronok :D First experience lah katakan. Sebelum ni hanya sampai ke rumah orang tua dan anak anak yatim. Kali ini rezeki sini pulak ye ;) Alhamdulillah semua ini adalah keinginan saya sendiri untuk jejakkan kaki ke sini. 

Orang asli di sini ialah orang Semai suku kaum Temiang. Dan kawasan mereka juga boleh dikatakan agak moden kerana telah ada dewan dan beberapa belas rumah batu. Mungkin dah selalu bantuan sampai ke sini. Orang2 sini juga tak ada lah pemalu sesesesangat. Boleh bergaul elok je. Tapi kena pandai lah. Tips nak bergaul dengan mereka ialah kita kena dekati anak2 kecil ni. Mereka sangat peramah. Nak aje main dengan kita2. Tapi kena pandai approach la pergi bersembang dengan diorang. Diorang faham bahasa Melayu kerana kebanyakan anak2 kat kampung ni pergi sekolah. Walaupun sekolah tu agak jauh tapi tetap bersyukur sebab diorang dapat pendidikan. Moga ada di antara mereka sendiri yang dapat mengubah nasib mereka sendiri. Kami bermalam di sana buat 1 malam. Dan saya betul2 dapat rasa macam mana hidup tanpa elektrik. Malam tu kelihatan sangat gelita. Pada mulanya lah. Heheh. Sebab tak biasa. Tapi lama2 nampak je jalan kan. Siang sebelum tu ada jugak bersembang dengan seorang akak ni. Dia cerita zaman dia dulu nak pergi sekolah susah. Tak ada jalan tar. Pergi sekolah baju habis merah kena tanah. Dia suka sangat belajar lebih2 lagi dia macam cepat pikap. Dapat belajar Bahasa Melayu dalam sehari dua je dengan dengar kawan2 cakap2. Tapi tu lah malangnya dapat belajar sampai darjah 1 je. Anak2 yang zaman sekarang ni pun bila saya fikir malam2 diorang still susah nak belajar sebab tak ada elektrik. Kalau ada lampu jalan tu pun at leas mungkin boleh bertenggek kat situ tapi ni memang satu kampung gelap gelita. Dan ini lah sebenarnya antara kesulitan mereka.

Cerita tentang orang asli ni banyak lagi saya nak ungkap sebenarnya. Tapii... heheh. Dah malam. Esok first day second year. Hihi. Doakan saya mampu tempuh lagi 4 tahun di sini :)

Disinopsiskan cerita, pada mulanya kami nak berkenalan dengan mereka kami berjalan seluruh kampung, pergi rumah by rumah bagi sedikit sumbangan beras dan gula. Ajak diorang datang ke dewan pada malam tu untuk makan beramai2 dan tonton wayang pacak. Ahad pagi kami buat sukaneka untuk adik2 ini. Habis sukaneka kami spend lah masa menghiburkan hati adik2 ini dengan ajak menyanyi lagu budak2. And lepas tu sambil doctor buat medical check up kami bawak adik2 ni ke sungai untuk dimandikan guna sabun dan syampu kutu. Seronokk. Mandikan budak2 ni kat sungai. Hihi. Tapi yang kecik tu memang dibukak semua lah kan. Sedang molek naik tak lama lepas tu diadakan majlis penutup dan makan tengah hari. Maka tamatlah pengembaraan pengalaman kami di kampung ini. InsyaAllah ada peluang lagi saya nak pergi lagi ke tempat2 macam ni. Kalau boleh yang lebih hard core. Macam yang senior2 cakap. Yang memang kampung tu tak ada elektrik langsung, nak masuk pun kena guna 4 wheel drive and lepas tu kena jalan kaki, penduduk dia memang pemalu sesesesangat. Oh ya, hmm mostly penduduk kat Pos Slim tu adalah non muslim. Saya berharap sangat moga suatu hari nanti Allah akan campakkan hidayah buat mereka melalui pengantara2nya. Kadang2 sedih tengok kehidupan mereka sehari hari adalah sama ibarat tiada tujuan.

Saya ingat lagi En Johari Han Abdullah, seorang trainee yang revert berkata bahawa, menjadi seorang sukarelawan bukan lah suka suka saje saje tapi sebenarnya kita perlu menunaikan tanggungjawab kita terhadap hak mereka.

















Btw, jalan nak pergi sungai tu tak mudah. Tapi lincah je budak2 ni jalan. Dah biasa kan. Tak pakai selipar pulak tu. Huhu. Ada jugak lah pengalaman kelat saya kat sana. Jatuh terduduk kot kat sungai tu sebab batu licin. Haihh Sakit jugak kan rupanya. Tapi tak teruk pun lah. Sikit je. Heheh.

Dah masuk 20 Mei gamaknya. doakan saya dapat tamatkan Tahun 2 MBBS dengan sempurna insyaAllah.

Juga mohon doakan ibu bapa saya serta atuk nenek dan bapa saudara yang akan ke Makkah untuk menunaikan umrah dan ke Madinah untuk berziarah. Moga segalanya urusan dipermudahkan dan berjalan lancar. Ameen.

p/s: yang menduka rasa biarlah saya simpan sendiri. peace :D

Thursday, 2 May 2013

Tamat Tahun 1


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah saya tengah bercuti sekarang. 5 minggu bercuti selepas berjaya tamatkan Tahun 1. InsyaAllah 20 Mei ini saya akan mendaftar sebagai pelajar Tahun 2. 

Mengenang kembali final exam hari tu, saya bersyukur sangat sebab lulus. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kami exam selama tiga hari berturut-turut. 8/9/10 April. Dapat rehat sehari untuk tenteramkan diri dan 12 hb terus keluar result. 11hb tu saya dan studygroup-mate bersiar-siar sekejap dekat Cameron Highlands. Hehe. Alang2 dah dekat rugi lah kalau tak pergi. Nak sampai puncak sana kalau dari Ipoh ada lah dalam sejam setengah. Dalam jadual result keluar 12hb pukul 2 petang. Tapi, sehari sebelum maklumat maya tersebar kepada 4 petang. Huhu. Pada hari berkenaan memang cuak memanjang. Sampai dah tak tahu nak buat apa. Lepas solat zohor tu pun saya baca Quran je sampai sejam. Sudah baca Quran housmate datang ketuk pintu. Katanya dah berapa kali ulang alik ke tandas gara2 cuak. Huhu. Tu pun saya beritahu kita pergi kolej after asar je lah sebab kalau lecturer baru buat board meeting dengan dean after solat Jumaat around 2.30 belum tentu pukul 4 tu dah selesai. Kami pergi memang lepas asar dalam pukul 5. Tu pun memang dah contact dengan kawan2 yang ada kat kolej and memang result tak keluar lagi. Saya pun ajak lah sorang housmate tunggu kat library drpd duduk kat lobi tu je. Lama jugak tunggu. 

Lama-lama lepas tu terdengar diorang bersorak kat luar. Eh. Eh. Dah keluar ke? Punya lah kitorg bergegas keluar dari library. Rupanya lecturer semua baru habis meeting. Tapi dah dengar dah khabar yang 19 orang tak lulus. Ya Allah, lagi lah kencang degupan. Aku termasuk ke?? Kami menunggu lagi sebab result belum tampal. Hampir pukul 6 jugak lah keluar seorang pegawai unit peperiksaan dari lif memegang senarai nama pelajar lulus dan tidak lulus. Masa tu memang rasa macam nak terkam je pegawai tu. Haha.

Saya antara orang terawal yang bersesak-sesak jugak lah nak tengok tapi dek ketinggian tak mencukupi tak nampak jugak. Haha. Tapi memang mula2 duk aim senarai tak lulus lah. 2 3 kali tengok balik, alhamdulillah tak ada. Sekurang-kurangnya saya dah tahu saya lulus cuma belum tahu ranking berapa. Sebaik saja saya jumpa no giliran saya pada senarai lulus terus menitis air mata. Saya lari keluar daripada ramai2 yang berebut nak tengok tu, terus pegi dakap seorang senior a.k.a naqibah. Memang berderai lencun basah pipi. Hoho. Alhamdulillah. Saya memang berterima kasih kepada semua kerana mendoakan.

Puas berdakap, haha, saya call umi khabarkan berita gembira tersebut. Umi tak putus mengucapkan syukur. Tapi umi pelik, kenapa beriya saya nangis walhal lulus. Haha. Air mata kegembiraan tu. Seterusnya saya call abah pulak. Alhamdulillah, abah ucapkan. Yang penting lulus, ranking tu tak apa lah.

Begitu lah kisahnya hari saya mendapat result. Apa pun saya tetap bersedih kerana dalam kalangan 19 orang yang tak lulus, ada di antaranya rapat dengan saya. Minggu hadapan, 19 orang ini akan menduduki supplemen iaitu repeat paper. Mohon doakan mereka semua lulus. Fail supplemen, mereka terpaksa repeat Tahun 1 semula.

Hari bersejarah ini saya rasa paling memorable berbanding masa dapat result SPM mahupun PMR :)

Saturday, 23 February 2013

Kita Sedih, DIA Gembirakan



Bismillahirrahmanirrahim..

As days passed by, i felt like i got thin thiner and thinnest. Wuwuwu. Sedihnyaa. Orang lain punya beria nak diet, nak kurus tapi saya tak nak! Sebab nanti bila dah kurus sangat saya tak boleh nak derma darah. Macam semalam :'( 

You know how it feels bila you are rejected?!

Frust. Sangat. Sedih. Hanya sebab tak cukup 0.5kg. Hmm.

Orang cakap biasa la budak mbbs stress belajar tu yang makin kurus. Tapi kalau saya tau saya turun berat tu yang buat stress nya. Belajar --> Stress --> Kurus --> Stress

Wahh tak boleh jadi ni. Okay lahh chill out people. Ada certain perkara yang still boleh buat kita gembira kan contohnya,,, dapat elaun. Hehe. Saving saving. Penting untuk masa depan!
Sahabat saya cakap, "Takpe, insyaAllah lain kali boleh lagi. At least dah ada niat kan"

Okay ye la ye la
Hehe

Eh kejap. Jangan ingat saya tak pernah derma darah. Saya pernah derma darah 2x dah tau. Berat cukup, haemoglobin cukup. Ada rezeki nanti ada la kali ketiganya kan.

By the way, saya dah jumpa jawapan tentang post sebelum ni.

Seorang isteri wajib taat pada suami selagi apa yang suami laksanakan tak menyalahi syarak Islam. Syurgalah yang paling layak buat isteri andai si suami redha akannya. Macam wanita pertama yang masuk syurga :) Cuba baca kisah ni. http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.lamankongsi.com%2F2012%2F03%2Fwanita-pertama-masuk-syurga-wanita.html&h=-AQEN66M2

Ada juga kisah pada zaman Rasulullah, seorang wanita sampai tidak pulang menjenguk ibu/bapanya yang telah meninggal dunia hanya kerana tidak dapat meminta izin daripada suaminya yang keluar pergi berperang.  

Subhanallah, kuatnya dia kan. InsyaAllah syurga juga baginya.

Dan berkenaan hal satu lagi, hak isteri adalah milik isteri. Justeru, si isteri boleh berbuat kebajikan apa sahaja dengan haknya

Ada entri yang masih disimpan sebagai draft. Ada masa, saya siapkan :)

Wassalam

Wednesday, 13 February 2013

Gonna Find Out the Answer



Bismillahirrahmanirrahim..

First entri 2013. 

Haihh lambatnya lah kan. Okay sebenarnya saya ingat nak post tentang Kalumpang. Tapi buat masa sekarang tak ada gambar. Semuanya dalam fon. Usb pulak tak bawak balik. Nak bluetooth tak tau kenapa fon punya tak boleh detect bluetooth laptop.

So kita proceed je lah dengan apa yang ada.

Beberapa hari lepas, dalam kereta, terdengar radio. Satu persoalan diajukan kepada seorang ustaz. Apakah hukum seorang isteri untuk mentaati si suami andai suami juga melakukan hal yang salah dari segi undang undang agama Islam. Contohnya, suami memisahkan isteri dengan ibu bapanya dan ahli keluarga yang lain dan memutuskan hubungan silaturrahim mereka. Dalam Islam, ya, tanpa ragu, syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami namun andai perkara yg disuruh itu adalah kepada kemungkaran, wajibkah ditaati??

Hmm, tapi situasi sekarang suami memisahkan isteri dengan keluarganya bukan suruh pergi melacur ke apa kan. Kalau melacur tu memang jelas lagi bersuluh la perkara mungkar, perbuatan maksiat.

Dan satu kebetulan lagi, perkara yang hampir serupa, ada seorang sahabat bagi link filem "Syurga Seorang Isteri" dalam youtube. Saya, apalagi, cuti cuti macam ni lah yang boleh tengoknya. Tak salah! Cerita ini bawa content yang sama seperti persoalan saya. 

Salina, seorang isteri yang bersuamikan kaki kikis, Rahimi. Tak kurang dengan itu, si suami seolah2 hendak memutuskan hubungan antara si isteri dan keluarganya dengan tidan mengizikannya pulang ke kampung bagi menziarahi ibu bapanya. Lebih dahsyat lagi, apabila ayah Salina sakit kuat, dia sangat berkeinginan untuk pulang mugkin bimbang itu adalah peluangnya untuk bertemu si ayah buat kali terakhir. Namun, si suami bertegas dan mengugut akan menjatuhkan talak andai Salina tetap pulang.

Saya bertekad untuk mencari jawapan berkenaan permasalahan ini. Biar yang hak ditegakkan, yang batil diketepikan. Tiada niat langsung untuk memperjuangkan isu kewanitaan kerana hakikatnya lelaki dan wanita tidak boleh disama ratakan kerana masing2 punya peranan berbeza.