Saturday 11 August 2012

Hidayah :)


Bismillahirrahmanirrahim..

Sesungguhnya saya masih lagi dalam keadaan terkejut! Huhu. Phewwwww. Tarik nafas panjang dulu. 

Allahuakbar hebatnya diorang!! Sangat respect! Tengah rajin2 study physiology tengah2 hari ni sempat lagi bukak fb kejap. Ternampak kat news feed ada seorang senior post gambar program alumni bersama junior2 di SMKANL. Senior yang post tu saya kenal sangat SPM 2009. Beza setahun je. Rupanya ramai lagi ajk lain senior2 yang dah grad universiti pun. Semua yang ada dalam gambar semua saya kenal. Batch SPM 2006. Waktu tu saya baru Form1 dan diorang Form5. 

Sebagai junior kalau kita kenal senior selalunya sebab dua benda je kan. Sama ada diorang tergolong dalam budak2 yang baik, 'juruh' atau yang kureng sikit, 'meto'. Huhu. Bukan lah untuk mengaibkan tapi dua orang yang saya kenal tu adalah golongan yang boleh dikira 'meto' dulu. Tapi hakikatnya 'meto' kat Naim tu tak adalah jahat sangat. Kenakalan mereka yang terserlah pun adalah pendekkan tudung. Huhu.
Tapi dalam gambar yang saya lihat, penampilan mereka berubah 360 darjah. MasyaAllah! Hebatnya diorang. Seorang bertudung bidang labuh dan seorang lagi berniqab. 

Memang benarlah hidayah itu milik Allah. 

Pada surah an-Nahl (16) ayat ke 93, Tuhan berfirman, "Dan kalau Allah menghendaki, niscaya Dia menjadikanmu satu umat (saja dan memaksamu untuk beriman). Tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan."

Moga mereka tetap istiqamah! :))

P/s: Kadang2 teringin jugak nak tau apakah turning point mereka??? Ada exam End of Module (EOM) 30 Ogos. Moga diberi hidayah ketika menjawab :DD

No comments:

Post a Comment