Sunday 26 August 2012
Dah Lewat Ni ;(
Saturday 11 August 2012
Hidayah :)
Isi Hati
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Allahuakbar! Pejam celik pejam celik Ramadhan hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi. Tak tahu kenapa, tapi hatiku rasa seperti hilang arah tuju. Kadang2 matlamat itu jelas kelihatan, namun segalanya tidak berpanjangan. Ramadhan kali ini dirasa terlalu pantas berlalu. Malah, agak teruk ramadhan kali ini dirasa tidak banyak amal dilaku. Sifat jahil masih bersarang dalam diri. Perasaan iri masih terlekat di hati. Astghfirullahalazim. Jerih bukan untuk membendung masalah hati?? Bukan masalah berkaitan hati perasaan sahaja yang sukar. Huhu.
Kelihatan seperti diri ini masih tidak ketemu apa yang dicari. In fact, sebenarnya aku tak tahu apa yang aku mahu. Konflik dalaman tiada siapa yang tahu. Ianya berselirat kah berserak kah mahupun tersimpul erat kah. Mungkin kalian tidak mengerti. Lebih baik ku simpan sendiri. Andai pertolongan kalian ku butuh, kelak akan ku cari. Ku bukan insan yang mudah memberi kata titik. Seperti sesetengah yang pernah alami.
Sepanjang hayat di dunia, ada beberapa perkara yang paling tidak ku gemari. Memilih antara dua dan memberatkan yang sebelah. Masud di sini, membuat pilihan dan bersikap tidak adil. Pilihan yang paling sukar pernah kuhadapi yang membuat diriku tegang berhari-hari ialah memilih antara perubatan dan farmasi. Hanya Kau yang tahu betapa kusutnya hatiku waktu itu. Di saat aku perlu menentukan jalan hidupku sendiri, banyak aspek yang perlu diambil kira. Mungkin orang lain tidak punya kegusaran sebegini kerana itu memang pilihan mereka sejak azali.
Isu senget sebelah biarlah menjadi lipatan dalam diari. Tidak perlu kuungkap demi menjaga kemaslahatan sejagat. Huhu. Ianya umpama andai hendak beristeri dua biarlah segalanya dibahagi sama cukup sama rata. Kadang2 kasih sayang kepada ibu bapa juga boleh direfleks sama. Pernah kah anda tahu perasaan seorang bapa yang tidak pernah dia zahirkan dengan kata2. Benar, ibu yang telah melahirkan kita, namun bapa juga telah bekerja keras untuk membesarkan kita. Tepislah andaian bahawa dia lelaki, mungkin tidak kisah mahupun terasa. Namun, lumrah hidup sebagai manusia, kasih sayang adalah elemen penting sebagai baja untuk menyuburkan rasa cinta. Show the love and make him feels appreciated! Kelak andai rezeki kalian bergelar ibu dan bapa, barulah kalian sendiri akan mengerti.
Marilah sama-sama tebus kealpaan diri dengan mencari malam 1000 bulan, Lailatul Qadr!

Subscribe to:
Posts (Atom)