Saturday 17 March 2012

Nadwah Islamiah

Saya selalu nekad dengan keputusan saya. Kalau saya tak nak, tak nak lah jawabnya. Kalau saya tak suka, tak suka jugalah. Kalau saya reject, say bye2 je lah. Huhu. Tapi tak sangka. Walaupun awal2 lagi saya dah tolak, awal2 lagi saya dah menjauhkan diri, akhirnya dia tetap datang juga. Haihh..nak tak nak terima juga lah. Tapi sebenarnya berlaku juga beberapa konflik sebelum semuanya selesai. Alhamdulillah selama 4 hari (8-11 Mac) saya telah meluangkan masa menimba ilmu di Kolej Mara Banting (KMB) sempena Nadwah Islamiah IPMa 2012. IPMa stand for Institut Pendidikan Mara. Slogan untuk nadwah kali ini adalah "Rasulullah Qudwah Remaja Kini".

Pada mulanya, memang saya tarik diri namun pada saat2 akhir ada rakan yang minta menggantikan tempatnya. Itu lah yang orang katakan, kalau dah jodoh tak kemana. Agak2 kenapa ye saya ke KMB??? Huhu. Sebenarnya, saya menyertai pertandingan memasak. Haha. Pelik ke tak entah lah. Even saya masuk pertandingan tu pun x bererti saya sangat expert memasak. Kadang2 saya ni confident je lebih. Semua saya adun. Bab tumis menumis ke apa ke bawang semua saya masuk ikut suka. Agak2 ok dah lah. Haha. Kami bersembilan yang menyertai pertandingan tersebut. Dalam tempoh dua jam kami perlu manyiapkan 3 hidangan. Hidangan tradisional, hidangan berasaskan ayam dan dessert. Kami memilih soto Johor, ayam panggang madu, puding roti karamel dan jus pegaga+epal sebagai hidangan.

Kami betolak pada hari Khamis jam 10.30 pagi dan tiba di destinasi lebih kurang pada pukul 8.45 malam. Fuhhh..hampir setengah hari perjalanan. Al maklumlah bas kolej bukan macam bas ekspress. Bas ekspress dah usang boleh tukar ganti bas baru. Bas kolej x de maknanya. Huhu. *pakcik tu cakap

Oh ya. Guru pengiring kami sepanjang nadwah tersebut adalah dua orang pensyarah yang comel! Hihi. Ustazah Rodhiah dan Cg Nik Nadiah. Kedua2 nya sebaya dan comel! Tapi kesian kt Cg Nik Nadiah sebab pregnant2 pn kna pergi jgk. Tapi tu mgkin satu berita gembira bg dia sebab dapat jumpa husband. Ngeh2. Husband dia engineer dan menetap kat Serdang. Kat Kedah cg dduk dgn family. Tabah kan cg! 3 4 hari duduk dengan cg kadang2 saya rasa wujud pulak beberapa persamaan antara saya dengan cg. Haha. Mungkin sebab nama "Nadiah" kot. Dari segi luaran cg nampak strict, tapi sebenarnya dengan orang2 terdekat saya rasa dia ada persoaliti lain. Cehh pandai2 je buat andaian. Haha. Lebih kurang lah tu dengan saya. Cuma satu je yang saya x boleh challenge. Cg kreatif! Tapi saya x pn. Huhu. Ustazah pulak cute je. Kadang2 nak anggap ustazah macam kakak pn ada. Huhu.



Malam tersebut program dimulakan dengan sesi taklimat. Kenal lah siapa presiden mpp KMB. Ngeh2. Daripada gaya dia bercakap saya dapat agak dia bukan budak engine. Betullah, sebenarnya dia budak medic. Sepanjang 4 hari di sana jugalah saya menjejak kasih dengan sahabat lama. Sahabat ketika berada di sekolah rendah. Dia adalah salah seorang pelajar dan mpp di KMB yang menjadi sukarelawan untuk program nadwah. Nur Syardiellah Farhah bt Mohd Sani namanya. Tuisyen Anggun Syarmim kat Machang tu bapa dia punya lah. Hoho. Syardiellah memang menjadi sahabat saing saya sejak dari kecil. Kalau bukan saya, dia lah yang akan mendapat no 1 dalam kelas. And most of the exam memang dia pun. Huk2. Naik sekolah menengah saya kalah lagi dengan dia. Dia dapat masuk sbp tapi saya hanya berjaya masuk sebuah sekolah harian. Cuma kelebihannya saya ditempatkan di sekolah agama. Result SPM pun dia mendahului saya dengan straight A's. Sadis2.. Even kami berdua mendapat tawaran medic dia tetap di hadapan sebab dapat melanjutkan pelajaran ke oversea selepas ni manakala saya local sahaja..Huhu.  Apa pun alhamdulillah saya tetap bersyukur dengan apa yang saya peroleh. Sekurang2nya apabila menoleh ke belakang, saya melihat masih ramai lagi mereka yang beratur di belakang saya .


Tabik spring ring ring kat dia sebab mampu melakukan "perubahan" pada diri sendiri.

Majlis Ucap Tama menjadi pembuka tirai program kami. Yang Berbahagia Ustaz Nor Salami Masri, Imam Masjid Diraja Sultan Alaudin Kg Bandar Banting dijemput untuk menyampaikan ceramah sekaligus merasmikan Program Nadwah Islamiah IPMa 2012. Sesudah ceramah diadakan pula sesi diskusi dalam kumpulan. Seronok diskusi ini sebab masing2 saling bertukar buah fikiran dan menceritakan tentang suasana kolej tersendiri. Kami perlu mecari solusi bagi persoalan bagaimana hendak menerapkan sunnah Rasulullan dan menjadikan baginda sebagai qudwah remaja kini.

Petang Jumaat kami dijadualkan memulakan pertandingan. Memang sebelum tu lagi lah semua kontinjen membuat persiapan. Curi masa sewaktu lelaki2 sedang menunaikan solat Jumaat. Petang tu serius memang kami yang selesai mengemas paling lewat sebab saje malas nak rushing2. Haha. Sempat berpoya2 lagi habiskan semua bahan yang ada. Paling syok.. tanpa segan silu rajin kawan2 saya offer air tembikai lah, soto lah kat orag sekeliling. Asal nampak cg (dari kolej lain) tu lama perhatikan kitorang buat kerja apa pergi lah hulur secawan semangkuk kat dia. Yang berisi naaa.. Haha. Sebenarnya ada kesilapan yang perlu kami sesali. Tidak dapat menguruskan waktu dengan betul. Natijahnya buat hiasan bagi hidangan ala kadar je. Tak pe lah. Sekurang2nya dapat pengalaman kan! :D




Kenapa 1 pinggan tu kosong??? Adalah masalah teknikal sikit sampai kami hanya mampu hidangkan dua je. Huk2. And ayam tu xpasti lah kenapa hitam. Sebab letak madu atau terlekat pada grill pan. Err..kawan saya x suka gmbar dia di uplod atau diletak kat public. So, terpaksa lah saya jadikan begitu kerana belum ada ilmu nak buat cara lain. Tu pun main tekan je. Haha. Nanti lah saya belajar edit gambar.

Serentak dengan pertandingan memasak petang itu juga diadakan pertandingan syarahan dan imam muda (baca khutbah, Al Fatihah dan azan). Dan malam tu kami ramai2 memeriahkan dewan menyaksikan pertandingan nasyid. Nasib baik nasyid, kalau x semua lena. Juri nasyid adalah dari kalangan kumpulan Mestica. Dapat lah tengok show free jgk! Huhu



Pada hari Sabtu, seharian kami mengikuti program Sehari Bermasyarakat. Para peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan dan dibawa ke destinasi yang berbeza. Ada yang ke kilang kerepek, pusat serenti, tadika, rumah anak2 yatim, kilang cendawan dan pejabat Majlis Agama Islam. Saya dan Fafa (dari KMKN) tergolong dalam kumpulan 4 yang mendapat tempat di Rumah Anak2 Yatim Sg Manggis. Lebih kurang jam 9.30 pagi kami tiba di sana. Tak banyak aktiviti yang dapat kami lakukan kerana tidak membuat persiapan dari awal. Di sana kami mulakan aktiviti dengan gotong-royong. Lebih kurang jam 11 kami berhenti rehat untuk minum pagi. Aktiviti disambung dengan dua kategori. Kategori pertama adik2 10 tahun ke bawah, beberapa orang fasilitator mengajar cara2 berwudhu' dan solat dengan sempurna. Kategori kedua adik2 11 tahun ke atas adalah sesi dalam kumpulan. Fasilitator mendedahkan dan meceritakan kepada adik2 mengenai sahabat2 Rasulullah. Tapi kebetulan pada minggu tersebut ramai adik2 yang balik ke rumah sanak saudara sehinggakan hanya terdapat dua kumpulan adik2 perempuan sahaja bagi kategori kedua. Tentatif dan bahan untuk program ini semuanya telah ditetapkan dan disediakan oleh pihak urusetia nadwah. Saya telah menjadi fasilitator untuk kategori kedua. Sungguh, sebenarnya adik2 di rumah anak2 yatim ini sangat kurang medapat pengisian rohani. Apabila bertanya mengenai Rasulullah, ramai yang terpinga2. Semudah2 soalan apakah nama penuh Rasulullah pun mereka teragak2. Bukanlah niat untuk menyalahkan pihak tertentu, sekadar merasa sedih kerana mereka tidak mendapat didikan agama yang sempurna seperti mana anak2 yang pnya ibu bapa dan keluarga.

Sepanjang berada di sana, saya tak tahu kenapa saya tertarik dengan seorang adik ini. Nama dia Yana. Berumur 12 tahun. Pertama kali saya jumpa dia ketika itu dia sedang membasuh baju. Memang saya lah yang mula2 approach dia untuk berbual. Saya dapat kenal pasti yang dia ni sebenarnya jenis yang...hmm...macam mana nak cakap ye..nak kata liar x lah nakal sangat, biasalah budak2. Anda define sendiri lah dia type apa. Tapi xtahu kenapa dalam ramai2 saya tertarik dengan dia. Tapi macam biasa lah saya kalau tertarik dengan orang buat xtahu je. Haha. Cuma hati saya ada rasa sesuatu mengenai dia. Tak sangka untuk sesi perkongsian juga dia termasuk dalam kumpulan saya. Masa dalam sesi tersebut lah saya banyak approach dia untuk tumpukan perhatian dan bercakap. And nampak gaya macam dia boleh dengar cakap saya. And lama2 kitorang pun ok lah sikit. Petang selepas Zohor, tiba2 timbul konflik, saya berperang dengan emosi tiba2 homesick nak balik. Haha. (saya jarang homesick sebenarnya) Entah macam mana masa saya tengah xde mood Yana datang duduk dekat saya. Masa tu saya cuba tundukkan pandangan sebab rasa macam ada mutiara nak bergenang. Tapi akhirnya dia nampak jugak. Huhu. Dia tanya, saya cakap xde apa2. Dan sampai lah saat waktu saya nak balik. Selesai bersalaman tiba2 dia minta no telefon saya. Haihh.. terkejut jugak. Budak ni ada rasa sesuatu ke macam mana saya rasa kat dia. Saya bagi je lah. Sebenarnya tak sangka jugak sampai dia boleh minta no. On the way masa nak balik KMB dia ada text. Sempatlah berbalas 3 4 messages dengan dia. Tapi message2 yang saya hantar selepas tu dia dah x balas. Tertanya2 jugak saya. Kalau boleh saya nak keep in touch dengan dia. Saya dapat rasa dia perlu dibimbing dan diberi perhatian. Kadang2 saya rasa Yana ni 1 type dengan saya. Nampak je hard core kat luar tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Tak dapat nak mengekspresikan segala2nya dengan kata2.. Saya harap sangat dia balas message saya..






















Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke rumah anak yatim memang x akan saya lupakan. Saya berharap agar satu hari nanti saya dapat berkunjung lagi ke tempat2 seperti ini untuk berkongsi cerita dan memberi sedikit pengisian dengan ilmu yang x seberapa.

Aktiviti nadwah diteruskan dengan malam itu diadakan tayangan pertandingan dokumentari. Keesokan harinya, tibalah saat majlis penutup. Walaupun kontinjen saya hanya mampu merangkul tempat ke-2 imam muda dan tempat ke-3 dokumentari, saya berasa sangat beruntung kerana terpilih dan berpeluang untuk meyertai nadwah ini yang punya terlalu banyak manfaat dan mencoret beribu kenangan dan perasaan.



Saje ingin memperkenalkan naqibah saya. Huhu. Ukhti Ainee Sarah Ahmad. Orang kata saya kecik, tapi dia lagi kecik pada saya. Hehe. Tapi dia kecil2 cili padi. Hebat bersyarah orangnya. Cuma x ada rezeki nak menang musabaqah. 

Nampaknya, entri kali ini sampai di sini.


4 comments:

  1. entry pasal rumah anak yatim tu best.
    aku sebenarnya nak p rumah anak yatim tuh tp xdpa, dapat cendawan pulak..
    sedih aku baca, pasal budak tuh.. i wish i could be there

    ReplyDelete
  2. rzki mirul..first time ak g umah anak yatim. dah lme tringin. huhu

    ReplyDelete