Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillahhh! Akhirnya dapat jugak meluangkan masa di sini. Phewww.. susah betul nak cari masa. Sesetangah orang boleh buat post baru dalam masa setengah jam je. Tapi saya selalunya ambil masa dalam 1 jam 30 min- 2 jam. Huhuu. Tu yang memang betul2 perlukan leisure time.
Hari ni dah 15 Julai. Lebih kurang seminggu lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan kan ;-) Hurmm dan dah 2 minggu saya bergelar pelajar perubatan First Year, Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP). 1 Julai hari tu saya mula mendaftar. Dan, tentulah rutin kehidupan dah banyak berubah. InsyaAllah 5 tahun saya akan survive di Ipoh ni.
Bila fikir2 balik, cepat sangat kan masa berlalu. Tapi terasa pulak, oh lambat lagi baru boleh jadi doktor! Haha. 5 tahun akan datang..... hurmm apa lah yang akan berlaku?
Rutin harian kami sangat menyihatkan! Hari2 exercise pagi dan petang. Tapi kalau kelas habis pukul 3 jenuh jugak nak berjalan tengah2 panas buta. Minggu lepas macam ada nak pengsan sikit sebab 2 hari kelas straight 8am-6pm. Bulan puasa lagi lah nak pengsan banyak setiap isnin je kelas full. Huhu.
Yeahh..rabu, khamis dan jumaat ni kami bakal merentas ke Pulau Pangkor. Akhirnya dapat jugak ke pulau selain Langkawi. Haha. Ada orentasi sebenarnya. Eh kenapa lambat sangat baru nak orentasi? Daftar dah lama. Acually sebab orentasi ke pulau ni pergi sekali dengan budak2 diploma fisioterapi, radiologi, farmasi dan nursing. Diorang baru daftar hari ni. Oh patut lah!
Semalam 14 Julai saya merajinkan diri mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Rural Medical Mobile Mission (RM3) RCMP in collaboration with Malaysia Relief Agency (MRA) untuk membuat medical service di sebuah rumah orang2 tua di Bagan Serai, Taiping. Ipoh ke Taiping dalam sejam lebih jugak lah. Sebenarnya tempat tu bukan lah sebuah rumah pastu ada banyak banyak orang tua. Huhu. Actually orang2 tu tak duduk dalam sebuah rumah macam hostel pun. Mereka diberi sebuah pondok sorang. Tapi ada jugak satu pondok dua orang. Walaupun nama dia pondok tapi bukanlah diperbuat daripada kayu atau nak roboh what so ever. Diperbuat daripada batu jugak cukup la dalam tu ada toilet, tempat masak, tempat tidur cuma agak sempit lah. Untuk sorang duduk agak berbaloi lah. Ala2 kawasan setinggan gitu. Tak tau lah kalian boleh imagine x sebab saya lupa nak ambil gambar. Bersebelahan kawasan orang2 tua ada SABK, sekolah agama bantuan kerajaan.
Kalau ikutkan saya bertolak dari rumah dalam 7.15 am dan sampai lebih kurang 6.00pm. Tapi sebenarnya mission tu berlangsung lebih kurang 9.30am-3.30pm. So walaupun agak letih tapi seronok lah dapat pengalaman baru kan. Oh mission semalam pelajar yang terlibat hanyalah 16 orang. 11 first year, batch saya, 4 second year and sorang senior lelaki final year. Bersama kami adalah penaung RM3, Prof Karim. Daripada pihak MRA pulak adalah beberapa orang kuat juga bersama ahli2 fisioterapi hospital Ipoh. 11 orang first year adalah 6 lelaki 5 perempuan. Tak sangka pulak saya lelaki boleh ramai daripada perempuan sebab total first year 154 and portion lelaki dalam 40%. Proses medical check up ni tak ada la banyk sangat. Buat benda yang basic2 je. Timbang berat, ukur tinggi, kira BMI, check pulse/nadi, blood pressure, blood glucose, doctor's consultation and fisioterapi (exercise).
Prof Karim |
Beside me is Mak Lang. I don't know tiba2 dia suruh saya simpan no dalam hp dia. Huhu |
At the end of the day..
Berlaku satu insiden kesian dan lawak. 2 orang housemates ke rumah kawan untuk pinjam blender. Sorang menunggang sorang membonceng walaupun terang2 lagi bersuluh kat motor tu tampal L. Ye lahh siapa expect ada polis kat dalam kawasan perumahan. Lagipun xjauh pun. Diorang keluar rumah pun dah 6 lebih. Mereka ditahan polis dan hampir kena saman. Hampir je sebab diorang dah nangis dulu depan polis garang lagi bengis tu. Haha.
Wassalam :) :)